Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 21

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 

21/2020

Ekuiti Melayu/Bumiputera

Kerajaan tidak perlu "invent a new wheel". Vehicle yang ada sekarang dari Yayasan Pelaburan Bumiputera kepada Pelaburan Nasional Berhad dan seterusnya Amanah Saham Nasional Bumiputera boleh di gunakan untuk perbaikki kedudukkan ekuiti Bumiputera.

Model ini sesuai untuk majoriti daripada masyarakat kita kerana ramai kita dibawah dan pertengahan strata kuasa beli kerana kekurangan modal, masa dan kepakaran. Dengan ada satu badan professional yang menguruskan pelaburan dan mewakili pelbagai portfolio, risiko dapat dikurangkan jika dibandingkan pelaburan dibuat sendiri dan disatu kaunter sahaja. Pendapatan untung dari kaunter yang lain boleh subsidi kerugian kaunter yang lain. Elemen hedging ini akan membantu menjamin bayaran dividen yang diharapkan. Dan apabila pelaburan disatukan, tabung yang besar biasanya akan dapat peluang dan harga yang baik (volume purchase).

Dengan pemilikkan ekuiti oleh Bumiputera, selain dari dividen dan capital appreciation, peluang untuk anak Bumiputera mencari pekerjaan juga akan bertambah. Owners do have some influence in the running of business (policies) as long as they dont interfere with the operations.

Dengan professional yang pakar dan sistem yang canggih (computerised analytics and survey) dipasaran, ia akan dapat menjamin pulangan yang baik. Dengan pencapaian ini, bukan sahaja pelabur boleh guna simpanan peribadi atau potongan gaji, bahkan juga boleh meminjam kerana dividend yang diterima boleh melangsaikan bayaran instalment pinjaman.

Saya tidak mempunyai angkanya, tapi katakanlah ada 12 juta pelabur dengan pelaburan 200 billion, dengan ceiling 200,00 unit seorang pelabur, peluang untuk ramai lagi bumiputera untuk mencebur diri dalam pasaran ekuiti. Dengan potongan atau sistem auto labur dari pendapatan isirumah keluarga melayu (jika diambil kira 20 juta rakyat melayu purata 5 orang satu keluarga) yang berjumlah 5 juta pelabur bulanan dari RM10 hingga RM100 sebulan, peningkatan ekuiti dan pemilikkan asset industri, pengilangan, pembinaan, pembuatan, perusahaan dan perniagaan oleh bumiputera boleh dapat ditingkatkan. Dengan zaman teknologi yang canggih sekarang dimana sistem komputer boleh menganalisa senario ekonomi, prestasi syarikat, pengumpulan data yang besar, dengan pantas dan tepat, jaminan kepada pelabur akan lebih dipercayai dan diyakini.

Saya teruja dengan cadangan safety net yang dilontarkan oleh Dato Dr Hasan Mad. Clearing house atau tebus gadai saham milik bumiputera wajib diujudkan supaya ia kekal pegangan bumiputera. (Dalam konteks ini definasi bumiputera wajib di selaraskan dan dipastikan 100% dan bukan lagi 51: 49, 60:40 atau 70:30).

Satu aspek "safety net" yang saya ingin cadangkan ialah caruman keuntungan usahawan yang ditabungkan. Modus operandinya adalah saperti potongan KWSP tetapi melibatkan satu pihak ia itu keuntungan syarikat. Tabung untuk mikro business dan usahawan kecil & sederhana ini adalah safety net bagi usahawan bila menempuh kerumitan. Bila untung, katakan lah 10% dipaksa carum, bila menghadapi masaalah usahawan boleh bersandar kepada tabung ini bila kerugian atau kesulitan aliran tunai. Tabungan ini bila diuruskan dengan jaminan kerajaan juga akan menghasilkan dividen kepada penabung. Jumlah tabungan juga boleh jadi kolateral kepada pinjaman di instituisi yang lain.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat: NbM.

Eyeing PMN 20

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 

20/2020

Privatisation vs Peoplelisation.

Privatisation is the transfer of a business, industry, or service from public to private ownership and control. Privatization occurs when a government-owned business, operation, or property becomes owned by a private, non-government party.

Privatisation involves selling state-owned assets to the private sector. It is argued that the private sector tends to run a business more efficiently because of the profit motive. However, private firms can exploit their monopoly power and ignore wider social costs. The right Public Sector personnels can run the business effectively and efficiently with proper incentives.

It is argued that Privatization is important to economy because it brings lots of jobs and scale up a healthy competition in the market and reduces the price without which public sector would enjoy the monopoly . This is very questionable, the same can happen without privatizing.

They strongly advocate that Privatisation always helps in keeping the consumer needs uppermost, it helps the governments pay their debts, it helps in increasing long-term jobs and promotes competitive efficiency and open market economy. With good governance, calibre board members and dynamic trustworthy professional management, the same objectives can be achieved. As for reducing government debts, other financial measures can be implemented.

There are advantages for privatisation. For example there will be healthy competition. Products and services offered will be more appealing to consumers. The service which is privatized can become immune to political influence. The public services can be more efficient and at a lower cost. So with Greater efficiency, Lower taxes for residents, Reduced opportunities for political influence to drive services and better services through competition makes privatization attractive.

The disadvantages are also numerous. There will be lack of transparency. Private companies are less transparent than government outfits, and this reduced transparency paired with a drive for profit can be a breeding ground for corruption. There is also the issue of inflexibility, private companies might make itself attractive to win a contract, its service can take a quality nosedive once it's in place and its consumers complacent.
Although privatization is usually promoted on the basis that it will reduce consumers' costs, it can also drive costs up. 

The people will need to closely evaluate the disadvantages of a greater opportunity for fraud and corruption to occur, higher costs for consumers, inflexibility due to long-term contracts and profit, rather than peoples's needs, as a primary motivator.

Is the present predicament due to the 22 years of privatization policy and when action is taken for peoplelisation, the privateers fought back and plundered for another 22 months?

What the future holds for the people? Whatever name you use whether its "Kemakmuran Bersama" or whatever, lets think of the people first. Lets promote and fight for peoplelisation. Their food and beverage, clothing, accomodation, medical, education, transport, recreation, harmony, environment and so on so forth needs to have close monitoring and dynamic policies.

Can privatize a few which will benefit the people, but not all essential utilities. If at all privatization occurs, there must inbuild a high cost of cross subsidy for the people. If not, the rich becomes richer, the poor becomes poorer.

Allahu a'lam bis shawab.
Salam hurmat: NbM.

Eyeing PMN 19

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 19/2020


Fools or idiots - bodoh, ahmak, baghal, bahlul, bebal, benak,bengap, bingung, bongak, bongok, congong, dogol, dongok, dungu, goblok, hamik, jahil, palui, pandik, pongah, pusung, sementung, songor, tolol, samdol, bingai, tongong dan lain lain.

Di India kalau mengikut agama atau masyarakat ada kelas atau kasta mereka yang dibahagikan kepada Brahmin (Paderi dan Guru), Ksatriya (Pendekar  dan Pemerintah) Vaisya (Petani,  Pedagang dan Pelukis) dan Sudra (Buruh).

Agama, lokasi geografi, latar belakang, pelajaran & pendidikan, pekerjaan, percampuran & hubungan dan perkara perkara lain yang berhubung kait saperti . Takbur, Hasad dengki, Bakhil, Ujub, Riya’, Lahap kadangkala akan menentukan watak, sikap, pemikiran, tingkah laku, emosi, keputusan dan tindakan seseorang insan.

Almarhum Senator Datuk Azman Attar pernah menyuarakan bahawa "if you are in power, you must be powerful, if not you are a bloodyfool". Sudah tentu hujjah ini ada baik dan buruknya. Berkuasa untuk kebaikkan atau kejahatan. Adakala nya bolih dipisah dari putih dan hitam tetapi adakala nya ia kelabu. Oleh itu wajib ada pemisahan diantara Raja Berpelembagaan, cabang Eksekutif, Kehakiman dan Legislatif. Sistem diMalaysia cacat disatu ketika apabila eksekutif rampas hak Raja Berpelembagaan dan campurtangan dalam cabang Kehakiman. Alhamdullilah syukur, perkara ini telah diperbaikki dengan Eksekutif yang sedang berkuasa sekarang.

Fitrah Allah swt dengan ciptaan dan kejadian maanusia dibekalkan akal, minda, pemikiran, deria, mata, telinga, hidung, mulut dan anggota yang lain. Kita lihat dan dengar apa yang berlaku. Kita ambil, cerna dan tapis. Tabayyun saperti dalam surah 49 ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan“.

Masa yang lampau telah berlalu dan tidak kita mempunyai kuasa untuk merubahnya. Kita boleh "delete" dan padam tetapi telah tetap berlaku. Kita telah melaksanakan tanggongjawab kita mengikut suasana dan keadaan sewaktu itu. Silap atau betul, masa telah dan akan menentukan nya. Betul diwaktu itu mungkin salah sekarang. Selagi hayat dikandung badan, kita boleh membetulkan apa yang salah, perbaikki yang silap, kuatkan yang lemah, satukan yang telah berpisah, tegangkan yang telah kendur dan berserah kepada Allah swt.

Kita semua berilmu, hanya masa akan menentukan sama ada keputusan dan tindakan kita bijak atau tidak.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat: NbM.

Eyeing PMN 18

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 18/2020


1. Perayaan aidil adha disambut dengan "new normal" atau biasa baru. Di era pandemik covid-19 telah banyak mengajar kita yang sebenarnya. Seluruh dunia diminta mengamalkan wuduk bukan sekadar lima kali sekurang kurangnya sehari, menutup keseluruhan aurat (PPE), pusat hiburan dan maksiat ditutup.

2. Banyak yang perlu dikorbankan. Bebas bergaul telah terbatas. Tetapi baiknya masa berkualiti untuk mengeratkan mesra dan akrab dikalangan keluarga serumah (family bonding).

3. Berkorban lagi kerana kebebasan bergerak dikawal rapi. Oleh kerana itu pengorbanan tidak dapat jalankan tugas, mencari rezeki, mendapat pendapatan, berurus niaga dan terhentinya pembuatan, pembikinan dan pengeluaran.

4. Kepada mereka yang tidak mempunyai kelengkapan teknologi maklumat dan kemudahan komunikasi dalam talian atau akses kepada "wireless fidelity (wifi) atau pun  rangkaian kawasan setempat tanpa wayar merupakan satu pengorbanan yang sangat tinggi kerana hidup dalam suasana kegelapan.

5. Tahun 2020, tahun Malaysia negara maju. Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung dengan ukuran ekonomi, pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan, kebahagiaan, keharmonian, keselamatan, kadar kemiskinan & kelaparan akan memaparkan status negara. Negara maju wajib diwarisi oleh rakyat yang maju. Jika rakyat membangun perlahan dari pencapaian negara maka akan ujud jurang. Angka sedikit yang kaya akan menyama ratakan banyak yang miskin.

6. Penguasaan politik tidak tentu menjamin penguasaan ekonomi. Apabila terlalu banyak ketirisan dalam perlaksanaan oleh kerana kelemahan sistem pemantauan maka trillion yang diperuntukkan tidak menghasilkan matlamat yang hendak di capai. Pi mai pi mai, tangtu juga.

7. Era Biasa baru dan "new normal" post covid-19 wajib menerima pembaharuan didalam pemikiran dan tindakan pimpinan politik. Mereka wajib mencontohi amalan Nabi Mohamad SAW - Sidiq, amanah, tabligh dan fatanah ( benar, bertanggong jawab, berdakwah dan bijaksana).

8. Keadaan menjadi haru biru, kelam kabut dan tidak menentu jika ada kalangan pemimpin, pimpinan yang munafiq. Tidak kira diatas platform parti politik mana pun yang mereka wakili lebih lebih lagi mereka yang tidak ada apa apa parti politik dan sedang mencari cari ( yang sesat).

9. Allah swt telah berfirman didalam surah Al-Baqara ayat 8 hingga ayat 14. "Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10) Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikkan". (11) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". (14).

10. Sempena hari raya korban ini, ummah wajib bersedia untuk mengorbankan mereka yang berkepentingan diri, keluarga dan kroni lebih dari kepentingan rakyat dan kepentingan ummah. Ada yang telah banyak berjasa dan berkhidmat dengan cemerlang wajib juga berkorban kerana kelemahan, kelalaian, ditohmah, difitnah dan dihasut sehingga terjerumus dalam perangkap politik musuh dalam negara dan antarabangsa.

11. Berkorban apa sahaja untuk agama, bangsa dan negara. Jika didunia ada yang tidak terhambat dan dibuat, diakhirat tetap ada balasan nya.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat, NbM.

Eyeing PMN 17

Sekadar berkongsi pemikiran saya 17/2020


Dari segi pengukuhan pemerintahan, TSMY

1. Must form a high level Unity Committee (UC) consisting of himself (as President of PPBM), Zahid (President UMNO and Chairman BN and MN), Hadi Awang (President PAS and MN), Datuk Patinggi Abang Johari (Chairman GPS), Tengku Razaleigh (Chairman Advisory Council UMNO) and Dato' Seri Najib ( Advisor Barisan Nasional).

2. This UC should meet regularly informally to get really close and ironing out issues confronting their unification and also to strenghten their hold on the present administration at least once a week.

3. This UC will be the core Foundation and extended to include the other party heads from MCA, MIC and Sabah Parties in Perikatan Nasional in another platform which meets at least once a month.

4. PRU 15 must be won by Muslim/Malay/Bumiputera with two third majority. Their close rapport, understanding and friendship if genuinely developed can achieve the miracle with Allah's blessing.

5. If they are strongly united at the top, can influence the State Heads, Division Heads, Branch Heads and ordinary members to toe the line.

6. Once the above is achieved, they can mirror the Unity Committee at State, Division and Branch levels. (Mana yang ada ujud).

7. The UC's at all levels will need to converge on objective of governing Malaysia first whilst their personal interests should come second (in terms of candidacy for elections and positions).

Jika coalition tak rasmi ini dapat dimantapkan, in sya Allah anasir dari luar Negara yang menggunakan anasir dalam negara saperti PKR, DAP dan PAN dapat dielakkan dari merebut kuasa.

[27/07, 12:29] Datuk Naim Mohamad: 6 strateji yang mantap untuk Malaysia Prof Dr Haim.

Sekadar berkongsi pemikiran saya 17/2020

Dari segi pengukuhan pemerintahan, TSMY

1. Must form a high level Unity Committee (UC) consisting of himself (as President of PPBM), Zahid (President UMNO and Chairman BN and MN), Hadi Awang (President PAS and MN), Datuk Patinggi Abang Johari (Chairman GPS), Tengku Razaleigh (Chairman Advisory Council UMNO) and Dato' Seri Najib ( Advisor Barisan Nasional).

2. This UC should meet regularly informally to get really close and ironing out issues confronting their unification and also to strenghten their hold on the present administration at least once a week.

3. This UC will be the core Foundation and extended to include the other party heads from MCA, MIC and Sabah Parties in Perikatan Nasional in another platform which meets at least once a month.

4. PRU 15 must be won by Muslim/Malay/Bumiputera with two third majority. Their close rapport, understanding and friendship if genuinely developed can achieve the miracle with Allah's blessing.

5. If they are strongly united at the top, can influence the State Heads, Division Heads, Branch Heads and ordinary members to toe the line.

6. Once the above is achieved, they can mirror the Unity Committee at State, Division and Branch levels. (Mana yang ada ujud).

7. The UC's at all levels will need to converge on objective of governing Malaysia first whilst their personal interests should come second (in terms of candidacy for elections and positions).

Jika coalition tak rasmi ini dapat dimantapkan, in sya Allah anasir dari luar Negara yang menggunakan anasir dalam negara saperti PKR, DAP dan PAN dapat dielakkan dari merebut kuasa.
[27/07, 12:46] APN Daud: maaf. saya tak setuju kalau ada nama yg sedang diadili dimahkamah kerana kes jenayah.
[27/07, 12:59] APN Daud: dan kalau boleh prof masukkan nama baru dari gen y yg dinamik. sudah sampai masanya kita pass the leadership to new people.
[27/07, 13:11] Datuk Naim Mohamad: Biar Mahkamah buat keputusan. Jika bersalah, status nya gugur dari menjadi ahli jk perpaduan UC walaupun berpeluang untuk buat rayuan, sesiapa yang diamanah untuk mengisi peranan itu to continue with the coordination. Bukan nak mengembalikan mereka untuk berkuasa. Sedikit sebanyak pengaruh mereka ada. Ambil contoh reformasi AI selama 20 tahun lebih, walau dipenjarakan, gerakan pengaruh diluar tidak boleh dinafikan. Sekadar pandangan dan tiada paksaan.
[27/07, 13:22] Datuk Naim Mohamad: Kedudukkan didalam jk perpaduan informal UC atas kapasiti jawatan yang disandang. Gugur jawatan di gantikan dengan penyandang.
[27/07, 13:30] APN Daud: faham. anggapannya yg ada kedudukan politik, tentu ada pengaruh. betul. tapi bagaimana kalauvada yg berbakat, muda, dinamik, tak rasuah, bolih memberikan pengaruh yg diperlukan?.
[27/07, 13:42] Datuk Naim Mohamad: Setuju. Fasa pertama ni realitinya yang sedang berfungsi dalam jawatan rasmi masing masing. Saya lihat dari sudut structure. Di Fasa kedua, Pelapis dan pimpinan muda boleh ujudkan platform mereka diperingkat masing masing dan diangkat melalui saluran yang berkesan agar mereka boleh diberi peranan berkhidmat. Peluang wajib diatur untuk generasi muda disediakan untuk meneruskan pimpinan dan perjuangan.
[27/07, 13:53] Datuk Naim Mohamad: Pengukuhan menyatu padukan ummah ada dua pendekatan. 1. Top to bottom dan 2. Bottom to top. Jika pemimpin pemimpin berpengaruh diatas bersatu padu dan tidak bergeser, boleh melimpah kebawah dan keikhlasan perpaduan boleh mengalir dengan senang. Jika usaha dari bawah, untuk grassroot berpadu dan mendaki keatas tidak mudah. Ibarat kalau keruh diHULU keruh lah diHILIR. Kalau jernih diHULU jernih lah diHILIR. Jarang sekali air mengalir dari Hilir ke Hulu.

Eyeing PMN 16

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 16/2020


Biasa Baru (BB) / New Normal (NN)

Beberapa amalan telah diminta untuk rakyat amalkan bagi membantu mengekang / mengelakkan / mengawal jangkitan Covid-19. Antaranya elakkan 3C (crowded place, confined space, close conversation) dan amalkan 3W (wear mask, wash hands, watch distance).

Rakyat juga digalakkan "work from home" (WFH) dan berinteraksi diatas talian. Video conference, virtual meeting, webinars, town halls, virtual classroom dan lain lain lagi saperti zoom dan google meet etc etc.

Dinegara kita Malaysia ni, walaupun rakyat sibuk memerangi covid-19 dan meng-adaptasi cara hidup baru, tetapi pergolakan politik nya tidak berubah. Lompat melompat, rebut merebut, jajaran ubah berubah dan kenyataan yang berdolak dalik berlangsong saperti keadaan biasa.

Politik Malaysia juga wajib baru.

Penubuhan dan pendaftaran parti politik wajib dikawal dan mempunyai syarat umpamanya wajib mempunyai keahlian tidak kurang dari 5% dari jumlah pengundi. Tidak sewenang wenang boleh daftar parti politik. Ia tidak menyekat kebebasan orang atau individu untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas. Tidak mati Demokrasi.

Berdemokrasi dan berParti cara baru juga wajib difahami. Demokrasi bermakna yang minoriti mengikuti majoriti apabila sesuatu keputusan dibuat. Perbezaan pendapat dan perdebatan digalakkan. Tetapi bila dah diundi dan diputuskan, yang kalah wajar ikut yang menang. Jika setiap keputusan yang dibuat, yang kalah keluar Parti dan tubuh Parti baru, bukan demokrasi yang diamalkan tetapi autokrasi.

Jika kebersihan Parti telah dapat dilaksana dan fahaman berpolitik didalam sesebuah demokrasi difahami, perkara yang kedua penting ialah calon dalam pilihanraya. Calon yang menawarkan diri atau yang dicadangkan/dinamakan oleh Parti wajib "whiter than white". Tidak ada cacat celanya dari segi undang undang sama ada sivil mahu pun jenayah. Bersih dari rasuah dan skandal serta aktibiti luar tabi'i atau lain lain maksiat. Sewajarnya calon disaring dari mereka yang berwibawa, beramanah, berwatak sopan, berpengalaman, berilmu dan berintegriti. Tidak semesti kelayakkan tinggi tetapi hendaklah waras dan beretika tinggi (tidak Parlimen saperti pasar dan Dewan yang tidak dimuliakan dengan tingkah laku yang tidak sewajarnya). Kriteria pemimpin yang dipilih amat penting kerana diantaranya akan menanggong tugasan eksekutif. Jawatan eksekutif pula wajib mensyaratkan agar mereka dan keluarga serta waris terdekat tidak terlibat dengan portfolio yang diamanahkan. Pilihan diberi kepada penyandang untuk berkorban agar tidak disabit penyalah gunaan kuasa dan mempunyai kepentingan.

Perkara ketiga melibatkan kempen, publisiti dan perbelanjaan. Apa yang dibenarkan untuk calon dan apa yang dibenarkan untuk Parti. Sebaik nya perjuangan falsafah, tujuan dan matlamat individu atau parti dibenarkan. Wajar dilarang bahan, perbahasan dan tulisan yang mengaibkan individu atau parti yang bertanding. Positive vs Negative campaign.
Apabila perkara dua diatas telah dapat di sempurnakan, kempen yang bersih boleh di laksanakan dengan mudah kerana yang bertanding tidak mempunyai issue dan juga masaalah.

Perkara keempat ialah pengundian. Cara pengundian boleh diperbaikki dengan sistem pengundian online dalam dewan pusat daerah mengundi. Ciri ciri sekuriti mengenal pasti pengundi dan keselamatan kerahsiaannya wajib dipatuhi untuk elakkan penyelewengan. (Ini telah saya saksikan dilaksana di Nebraska semasa pilihan Presiden Amerika Syarikat apabila dijemput oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai pemerhati).

Perkara kelima ialah laporan calon diatas perkhidmatan nya kepada rakyat kawasan dewan undangan negeri atau parlimen. SPM wajar sediakan "report card" wakil rakyat dari aspek aspek perkhidmatan mereka kepada pengundi mereka. Wakil rakyat salurkan laporan melalui parti atau direct jika wakil bebas. Wakil rakyat yang menang diharamkan dari menukar parti hingga tempoh pemilihan nya tamat. Jika berlaku, wakil rakyat itu akan kehilangan kerusinya secara automatik.

Dan akhirnya, perbalahan dalam parti wajib diselesaikan mengikut perlembagaan parti dan tidak dibenarkan dilibatkan mahkamah saperti yang diamalkan sekarang.

Salam hurmat, NbM.

Eyeing PMN 15

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 15/2020


Kenapa berpolitik? Untuk mendapat sokongan dan pengaruh untuk berkuasa dan memberikan pulangan kepada matlamat dan tujuan organisasi politik yang berkenaan.

Parti atau gabungan parti parti yang menuntut kemerdekaan bertindak secara lain, sementara Parti atau gabungan Parti Parti yang berjaya memerdekakan negara memerlukan perancangan dan tindakan yang lain untuk mengisi kemerdekaan dan membangunkan negara.

Parti atau gabungan Parti Parti memerlukan perancangan dan strategi yang lain apabila mentadbir negara yang sudah membangun dan menjadi maju.

Didalam negara maju, apabila terdapat rakyat tidak maju akan menimbulkan keresahan dan konflik. Kearah negara maju wajib menengok kepada pembinaan insan. Dari mentaliti rakyat yang dijajah , kepada mentaliti memperbaikki diri dari segi tuntutan agama, taraf hidup, ilmu dan pendidikan, kebahagiaan dan ketenteraman serta keselamatan (mengisi perjuangan kemerdekaan).

Malaysia membangun dan maju didalam keadaan yang tempang, ada jurang diantara bandar dan luar bandar, ada jurang diantara yang kaya dan yang miskin. Ada jurang yang ketara diantara kaum. Walaupun program membasmi kemiskinan boleh dikatakan berjaya, program menstruktur masyarakat melalui "social engineering" mungkin telah di "hijack" untuk munafaatkan segelintir dari yang banyak.

Kemelesetan kemelesetan yang melanda ekonomi negara mempunyai kesan kepada kejayaan yang telah dicapai. Kemurungan ekonomi "post pandemic covid-19" akan menjejaskan lagi pekerjaan, pendapatan dan mutu kehidupan.

Apakah rupabentuk politik negara maju dan"post pandemic covid-19" ?. Parti atau gabungan Parti Parti yang macam manakah yang wajar diamanahkan untuk menerajui masa hadapan negara yang tercinta.

Pada pendapat peribadi saya, Parti atau gabungan Parti Parti yang hendak mendapat mandat untuk memerintah wajar "review dan revisit" matlamat dan tujuan mereka. Selain daripada perkara asas untuk mengamal dan melaksanakan Rukun Negara, membasmi kemiskinan dan kelaparan, menjaga alam sekitar, pembangunan ekonomi negara yang inklusif, kebahagiaan rakyat dan menghakis salah faham rakyat mengenai hak Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu dan keistimewaan keistimewaan "priviledges" Melayu & PriBumi. Pimpinan Parti wajib bersih dari cacat cela salah guna kuasa, rasuah dan jenayah. Pegang kepada amalan Rasul Allah (sidique, amanah, tabligh dan fatanah). Kepentingan rakyat lebih dari kepentingan keluarga dan kroni (hapus nepotism dan cronyism). Pilih salah satu, nak politik diperingkat berjawatan wajib korban untuk tidak melibatkan diri, keluarga dan waris berniaga. Govt. Insituisi, Ajensi, GLC, GLIC jangan bersaing dengan usahawan dan syarikat Bumiputera. Mereka wajib terokai aktibiti yang belum diceburi Bumiputera.

Konsep Malaysian Malaysia, perjuangan reformasi, kebebasan hak manusia ala barat, parti islam talibarut parti chauvinist perkauman China, parti melayu yang ditubuh semata mata untuk jatuhkan Najib & memberi pengaruh berkerajaan kepada DAP wajib di tolak. Malaysian Malaysia bercanggah dengan Perlembagaan, gerakkan reformasi adalah topeng untuk gulingkan Mahathir dan bebaskan Anwar, Anwar dah bebas dan diampunkan dan Mahathir telah dijatuhkan, PPBM (hitam & merah), PKR, DAP, PAN dan Warisan telah berjaya tumbangkan Najib dan BN dengan tipu helah, tohmahan dan fitnah serta hasutan. Setelah dua tahun tuduhan merompak & menyamun kekal tuduhan. Yang timbul pengubahan wang. Parti Parti ini telah mencapai matlamat dan tujuan mereka kecuali DAP. Tetapi mereka terus hendak memilikki kuasa untuk kepentingan kepentingan yang mereka saja yang tahu.

Selama 22 bulan Malaysia telah mengalami pemerintahan politik yang sedemikian di atas dan kegelisahan dan keresahan majoriti rakyat dapat dirasai.

Dengan peralihan pemerintahan apabila Pakatan Harapan "abdicate" dari mandat mereka, suasana berubah kepada satu keadaan yang lega dan selesa walaupun diancam oleh Covid-19.

Parti Parti Islam dan Melayu wajar berpakat dan dengan sokongan Parti Parti lain yang mempunyai fahaman yang sama untuk masa depan Malaysia, satu persetujuan wajib dimeterai untuk baki tempoh pemerintahan sessi Parlimen yang ada sekarang dan untuk persediaan PRU15. Saya menyokong saranan MPM tempohari.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat, NbM.

Eyeing PMN 14

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 14/2020


Pembangunan Negara bergantung kepada faktor ekonomi dan bukan ekonomi.

Antara perkara ekonomi ialah Aset alih & Tidak alih, hasil mahsul (Pertanian, Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan)
simpanan dan kegunaan modal, ekspot & impot, pendidikan & kemahiran & kepakaran serta pengajaran sepanjang hayat, guna tenaga & sumber manusia & modal insan, teknologi maklumat & bukan maklumat & Sains dan pengurusan yang siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Faktor bukan ekonomi yang agak terutama penting ialah politik atau sistem politik dan dasar pembangunan negara. Falsafah yang dituruti sama ada kapitalistik, sosialistik atau percampuran dan imbangan kedua duanya. Keadilan saperti termaktub didalam perlembagaan dan kesaksamaan yang telah dipersetujui. Kedaulatan undang undang. Ketenteraman & keselamatan serta keharmonian & kebahagiaan rakyat. Tiada rakyat yang lapar & miskin dan alam sekitar dipelihara.

Negara boleh membangun dan maju tetapi tidak semestinya warga negaranya turut maju. Kelemahan perlaksanaan Dasar akan mengakibatkan kepincangan ekonomi dan sosial. Jurang kekayaan boleh berlaku dan kesetabilan politik boleh terjejas. "A developed nation status without the peoples mental development, satisfaction and happiness will see a chaotic and restless future".

Kegawatan politik yang berlaku sekarang adalah kerana konflik kepentingan. Berebut kuasa untuk kepentingan apa dan siapa? Perolehan kuasa yang bukan ekonomi untuk menguasai ekonomi. Menyalahguna kuasa serta kedudukkan untuk kepentingan selain dari negara dan rakyat. Mengaut untung untuk kelompok dan bukan untuk pembahagian yang saksama kepada warga negara. Kepentingan diri dan keluarga lebih daripada kepentingan ramai (bukan maksud kepentingan keluarga tidak penting tetapi berpada pada).

Wajib ada pemisahan nyata supaya apabila memilih tampok kuasa, jawatan politik atau jawatan mentadbir - tidak boleh dibenarkan keluarga (dekat dan jauh) mendapat faedah kepentingan tanpa melalui peroses tender atau perolehan yang telus dan berintegriti. Orang meniaga yang pegang jawatan politik yang berkuasa wajib "blind trust" semua pegangan dan kepentingan perniagaan mereka. Jika hendak mentadbir wajib korbankan aktibiti perniagaan. Jika diri dan keluarga hendak berniaga jangan pegang jawatan politik yang mempunyai kuasa. Sebagai ahli politik biasa, penyokong parti politik tidak mengapa.

Masaalah boleh diselesaikan jika faktor ekonomi dan bukan ekonomi ditadbir urus dengan baik dan sempurna.

Salam hurmat, NbM.

Eyeing PMN 13

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 13/2020


Racism by definition : prejudice, discrimination, or antagonism directed against a person or people on the basis of their membership of a particular racial or ethnic group, typically one that is a minority or marginalized.

Are the minority citizens in Malaysia being antagonised, prejudiced, discriminated or marginalised? The answer is NO.

What's the issue? Interpretation of special priviledge to the majority which was agreed upon for independent Malaya/Malaysia is being manipulated as unfair and unjust. Its not a human right issue, its what just and fair for the owners/custodian of Tanah Melayu (its not persekutuan tanah Malaya but Persekutuan Tanah Melayu - the Malay Peninsular). Pendatang telah diwarga negarakan dengan bersyarat, hak keistimewaan Melayu/Bumiputera dijunjung dan hurmati. Walaupun perlaksanaan nya banyak kelemahan, tetapi syarat nya masih tidak berubah. Penerimaan syarat tidak jelas dan kemungkinan tidak diterap disekolah vernakular.

Jika semua rakyat faham, tidak timbul hak keistimewaan menjadi issue perkauman.

Tidak timbul seseorang itu sebagai "racist".
By definition: a racist is a person who shows or feels discrimination or prejudice against people of other races, or who believes that a particular race is superior to another.

The Malays are not superior but priviledged. Ketuanan Melayu telah disalah fahamkan. Jika dulu Melayu pandu Mercedes, dia adalah pemandu (driver). Tetapi demi masa ada Melayu yang memiliki bukan sahaja Mercedes bahkan Jaguar, Rolls Royce, Masseratti, Porche dll.

Melayu tidak merampas hak orang lain, keistimewaan kepada orang Melayu adalah hak mereka. Agama Islam, Raja2 Melayu, Bahasa Melayu, Tanah rezab Melayu, khidmat awam, tentera diRaja, biasiswa, hasil bumi, ekuiti dan quota2. Kaum lain diberi kebebasan mereka tertakluk kepada PERLEMBAGAAN dan undang undang negara.

Bantuan dan pertolongan kepada Melayu bukan nya penyalah gunaan kuasa, ia ada lah perlaksanaan tuntutan PERLEMBAGAAN. Apabila ada Parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia, merit dan sama rata, ia telah melanggar dan tentu nya bercanggah dengan piagam yang telah dipersetujui semasa menuntut kemerdekaan negara. Parti yang bermotif demikian wajib diharamkan. Ada juga Presiden PKR yang menyokong untuk kesamarataan ini. Parti ini yang tidak mendapat sokongan majoriti Melayu patut diharamkan juga.

Perlaksanaan keistimewaan satu kaum tanpa menyekat pertumbuhan kaum yang lain salepas 13 Mei, 1969 telah dilaksana dengan jaya dalam keadaan yang aman dan juga tenteram dan harmonis. Jika hak keistimewaan hendak diganggu gugat kerana hendak kuasa dengan sokongan kaum minoriti, maka keamanan dan ketenteraman negara juga akan tergugat.

Sebelum ia menjadi pertumpahan darah, elok Kerajaan menggunakan kuasa Yang DPertuan Agong dibawah Article 150 (2) untuk mengistiharkan dharurat sebelum mudharat. Jika Parlimen hendak dibubarkan, ia akan melibatkan kos yang tinggi dan tidak boleh jamin keselamatan kesihatan pengundi yang keluar mengundi.

Wallahu a’lam bish-shawabi.
Salam hurmat, NbM.

Eyeing PMN 11 & 12

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 11/2020


Satu andaian dan fahaman yang telah terbukti di-era pandemic covid-19 ini ialah bahawasanya gaji penjawat awam dibiayai oleh penyumbang cukai dan ditadbir oleh kerajaan sementara industri dan perniagaan serta perusahaan dibiayai oleh pengguna atau pun pelanggan.

Ramai penjawat awam berpendapat bahawa Kerajaan yang membayar gaji mereka, pada hakikatnya rakyat yang layak dicukai adalah pembiaya mereka. Dan peratusan kecil dari pembayaran cukai mereka menyumbang kepada peruntukkan membiayai belanja kerajaan yang lain2 saperti prasarana, infra, pendidikan, penjagaan kesihatan, keamanan & keselamatan dan yang lain lain. Boss mereka adalah rakyat dan badan serta aktibiti yang membayar cukai. Dengan ini perkhidmatan yang dedikasi dan cemerlang wajib diberi kepada rakyat dan pengusaha. Dengan penambahan percukaian oleh productivity serta pentadbiran yang effisien dan efektif, maka dengan penambahan revenue hasil cukai, pendapatan boleh di tingkatkan. Kualiti kehidupan akan bertambah dan sara hidup bermutu dijamin.

Untuk mereka dibidang swasta, gaji mereka dibiayai oleh pengguna dan pelanggan. Ramai yang berpendapat bahawa tuan punya atau pun syarikat yang membiayai saraan mereka. Sebenarnya, tuan punya atau syarikat membayar gaji tetapi dibiayai oleh pengguna dan pelanggan. Oleh kerana itu layanan dan khidmat kepada pengguna dan pelanggan perlu dimaximisekan untuk menambah pendapatan dan meluaskan pasaran. Pepatah "the customer is always right" sebagai panduan khidmat sahaja tetapi meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan akan menghasilkan tambahan yang boleh menguntungkan perusahaan dan menambah pendapatan pekerja.

Kadang kadang keutamaan siapa yang sebenarnya Boss disalah tafsir. Jika ini disedari oleh semua maka "we all can make the world a better place".

Salam hurmat, NbM.

Sekadar berkongsi pemikiran saya 12/2020

Didalam menyelusuri era pandemik covid-19 ini, sudah tentu Dunia bukan sahaja telah kehilangan mereka yang telah terkorban sebagai mangsa jangkitan, Dunia juga akan berhadapan dengan pelbagai masaalah dari segi pendapatan yang tidak menentu, perniagaan yang tidak dapat diteruskan, pemberhentian pekerja, pasaran saham yang merudum dan resessi atau "depression" ekonomi.

Ini akan mengakibatkan strata masyarakat yang susah menjadi lebih susah. Mereka yang punca pendapatan nya harian, akan lebih terkesan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakkan dan syarat syarat tertentu.

Walaupun Kerajaan tidak isyhtiharkan " A state of Emergency" atau keadaan dharurat, kita wajib memperaktikkan keadaan dharurat ini secara sukarela dengan pengawasan dari pihak keselamatan & ketenteraman awam dalam negeri serta angkatan tentera diRaja Malaysia yang di selaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Malaysia ada 2,838 klinik kesihatan (KK) disetiap pelusuk negara. KK ini boleh di jadikan bilik gerakan /command center - CC/ Intelligence Center - IC setempat dikawasan masing masing dengan geographical boundary mereka yang telah ditentukan. Biasanya KK akan ada maklumat terperinci mengenai penduduk, penempatan mereka dan rekod kesihatan (diluar bandar mungkin maklumat lebih tepat dari kawasan bandar dan pinggir bandar kerana ramai penduduk bandar /pinggir bandar melanggani klinik swasta). Kedepan, semua penduduk yang bermastautin dikawasan berkenaan wajib berdaftar dengan KK/CC/IC. KK/CC/IC boleh dapat maklumat dari Pejabat Pendaftaran Negara mengikut alamat terkini (dalam perkara ini penguatkuasaan kepada rakyat untuk pastikan alamat terkini mereka didaftarkan dalam tempoh yang cepat apabila berubah alamat adalah penting). Bilik Gerakan atau Command Center atau Intelligence Center ini akan menjadi pusat maklumat dan jawatankuasa pemandu (steering committee) bagi kawasan/jajahan dan kawasan sekitarnya dimana penyelarasan dengan Majlis Bandaraya/Perbandaran/ Pejabat Daerah/Polis DiRaja Malaysia/RELA/ Jabatan Pertahanan Awam/ Kem Tentera (jika ada) / JKKK / JKKKP/PIBG/ wakil tempat ibadat (masjid, tokong, kuil)/ JPS/ JKR/ TNB/ Telekom/ Lembaga Air/ Jabatan Pertanian/ Jabatan Kebajikan/ dan stakeholders yang lain lain.

Dibawah KK/CC/IC boleh diujudkan supporting committees yang complement kerja kerja bilik gerakan ini. Contohnya semua Pengerusi PIBG dan Guru Besar dari Sekolah2 dalam kawasan boleh tubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan Pendidikan. PAK imam Masjid, ketua Tokong, Ketua Kuil dan ketua rumah ibadat yang berada dalam kawasan boleh tubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Keagamaan. Pemimpin pemimpin NGO, parti politik (across the board), persatuan penduduk, pimpinan komuniti, pemimpin koperasi, rukun tetangga boleh tubuhkan Jawatakuasa Muhibbah misalnya.

Daftar tanah terbiar, kegunaan tanah untuk tanaman, daftar pengangguran (belia dan lain2 dan tahap pendidikan serta kemahiran), daftar OKU, daftar warga emas, daftar pendatang dengan idzin, daftar hasil mahsul dan lain2.

Untuk laporan, maklum balas dan hubungan interaktif, KK atau Comand Center ini di rangkai ke Pejabat Daerah ke UPEN Negeri dan ke ICU Jabatan Perdana Menteri serta Majlis Keselamatan Negara. MAMPU wajib menyelaraskan "the hardware and software" yang boleh diseragam pakai oleh semua KK, UPEN peringkat Negeri dan Negara, ICU dan MKN.

Sebaik nya Bilik Gerakan/Command Center/ Intelligence Center ini beroperasi 24 jam setiap hari dan gunatenaga mengikut shift. Semua Badan/Ajensi/Bahagian/Unit boleh bekerja cara lautan biru/blue ocean.

Salam hurmat, NbM.

Eyeing PMN 9

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 9/2020


Serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru telah sedikit sebanyak berjaya untuk menyelesaikan masaalah mengurangkan kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Walaupun pegangan ekuiti telah tidak mencapai matlamat 30% nya tetapi DEB telah mengujudkan "middle class Malays" dan memberi peluang dan kebebasan kepada kaum lain untuk berkongsi rezeki negara yang melimpah ruah. "Sharing of the cake in an expanding economy and not robbing others opportunities".

Sudah tentu ada kebocoran dan ketirisan serta kelemahan dan kepincangan dalam perlaksanaan nya kerana ia ditadbir oleh manusia dan bukan nya robot. Insan yang lemah "as against" insan yang beriman, amanah, jujur & ikhlas akan berusaha untuk mencapai kepentingan kepentingan diri, keluarga dan kelompok. Dan oleh kerana itu matlamat tidak dicapai. "The multiplier effect and the effective distribution of wealth sacrificed". Kerana projek dijual dan nama serta hak keistimewaan disewakan. Trillion belanjawan tidak dapat dimunafaat kan.

Post Pandemic Covid-19, what are our options? Saya berpendapat, strategi serampang empat mata perlu dilaksanakan.

1. Membasmi kemiskinan, menghapus kelaparan, menjaga kesihatan maxima dikalangan rakyat dan menyelamatkan alam sekitar.

Satu Command Center (CC) atau Central Intelligence Center (CIC) wajib diujudkan yang menggabungkan maklumat rakyat Malaysia yang sepadu dan interactive. Sim card di Identity Card perlu hidup dan interactive sebagai device kewarganegaraan yang mengandungi maklumat kelahiran, pekerjaan, alamat majikan/pejabat/premis/industri, alamat kediaman, kod LHDN, kod KWSP, Kod Socso, kod kesihatan (MR no:), maklumat keluarga (isteri/isteri isteri/anak), maklumat pendaftaran perniagaan (SSM dan ROB), maklumat lesen memandu, maklumat kompetensi yang lain lain, maklumat passport antarabangsa dan lesen memandu antarabangsa, maklumat saman (PDRM/PBT/Penguatkuasa yang lain lain), maklumat qualification (kelayakkan), maklumat kerjaya (terkini dan kronologi sejarah), maklumat anugerah & darjah dan maklumat penting yang lain lain (misalnya akaun bank yang rasmi, keahlian Persatuan yang berdaftar, keahlian kelab kelab - golf, rekreasi dll, keahlian loyalty programs).

Smart Sim Card yang interactive dengan kebenaran akses yang berlapis dan kod sekuriti yang membenarkan pemunya dan pengguna yang dibenarkan sahaja beraksi diatas talian atau melalui modem/reader.

Sistem yang boleh kesan lokasi dan juga perjalanan ini boleh ditambah dengan alat pengesan tekanan darah, tahap gula dan denyutan nadi yang dirangkai terus ke pusat kesihatan yang berdekatan. Didalam keadaan kecemasan, bantuan khidmat tindakan balas kecemasan boleh dihubungi dengan menekan satu butang sahaja.

Sistem ini boleh dipanjang lebar untuk semua pelancong yang mengunjung negara dan juga pekerja dengan idzin (expatriates dan migrant workers).

Rasional nya agar diCIC itu akan dapat tracing dan tracking mobiliti rakyat dan pengunjung kekal & sementara. Melalui sistem tableau, peta pergerakkan dan pengumpulan juga akan dapat dikawal dan boleh digunakan untuk "monitor social distancing". Dimana pelanggaran syarat atau pun prosedur akan secara automatik "escalate" kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Dengan sistem ini, pihak berkuasa di Persekutuan mahu pun Negeri atau Daerah akan mengetahui dan mengenali rakyat didalam kawasan masing masing dan taraf serta keadaan mereka. Kepada yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan akan dapat diselaras dengan segera. Maka pembasmian kemiskinan akan lebih teratur, mereka yang lapar diberi bantuan khusus dan kesihatan rakyat dirapi setiap masa.

2. Pendidikan sepanjang hayat, menaja latihan dan peralihan kemahiran, menarik pelaburan untuk ujudkan pekerjaan dan laksana padanan mengikut keperluan awam dan swasta. Membekal tenaga untuk masa depan "future mega trends post covid-19". Wajib difikirkan juga "a uniform education system" untuk menjamin perpaduan masa depan negara.

3. Pertumbuhan ekonomi yang mampan dan lestari. Dimana penggunan tanah, tenaga kerja, modal dan pengurusan (keusahawanan) wajib di rancang dan strateji jangka pendek, menengah dan panjang dilaksanakan untuk menguruskan sumber sumber yang terhad untuk memenuhi permintaan yang tiada had.

Misalnya dibidang sekuriti makanan (food security). Peranan briged belia tani untuk mengusahakan tanah terbiar. Pelaburan melalui "contract purchase" dan program sistem pawah.

Banyak lagi bidang yang boleh dikaji dan diusahakan sebagai contoh "substitute" untuk produk produk yang gunakan khinzir. Menerokai pasaran halal dan menghalalkan perusahaan, pembuatan dan pengilangan.

4. Politikal reform yang berpaksi kepada perlembagaan negara untuk mengujudkan perpaduan sejati, keharmonian kaum melalui pematuhan rukun negara dengan tegas. "No atheis, no LGBT, lesbian, gay and so on so forth".

Peraturan dan perundangan yang kukuh dimana agama Islam, Bahasa Melayu, hak keistimewaan Bumiputera tidak boleh langsung diganggu gugat atau dibangkit serta diperbincangkan.

Memantapkan sistem pilihanraya dimana calun yang mewakili simbol yang beliau bertanding tidak boleh dibenarkan untuk "symbol hopping". Sistem yang tidak membenarkan simbol simbol yang menawar untuk bertanding tidak menepati janji janji mereka. Sistem yang tidak membenarkan calon calon membuat finah dan menghasut pengundi dengan dakyah yang tidak berasas. Sistem "self disqualification" kepada wakil rakyat yang telah dipilih tetapi derhaka kepada Yang DiPertuan Agong atau pun Raja atau Sultan dinegeri masing masing.

Political stability is key to the implementation of the three above. Kerajaan wajib jamin sistem keadilan yang luhur. No selective prosecution and persecution. Kerajaan juga wajib mempastikan "the delivery mechanism" oleh pihak pentadbiran efektif dan effisen. Penyelarasan Pusat dengan Negeri hingga keDaerah wajib tegas, cepat dan berkesan.

A solid and concrete infrastructure must be supported by a strong infostructure. We should harness information and communication technology but at the same time progress to control data technology.

Wallahu a'lam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب).
Salam hurmat, nbm.