Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Friday, June 12, 2020

Eyeing TS Lee Sin Yan's views on Mahathir

Mantan Timbalan Gabenor BNM Akui Dr. Mahathir Bukan Penyelamat Tapi Con Man?

Dr. Mahathir Bukan Seorang Penyelamat Tetapi Seorang Penipu?

Dalam satu temuramah dengan BFM Radio, Lin See Yan mengatakan bahawa Dr. Mahathir bukanlah seorang penyelamat yang mampu menyelamatkan ekonomi Malaysia sekarang tetapi bagi beliau Dr. Mahathir adalah seorang penipu.

Mungkin ada yang persoalkan kredibiliti TS Lin See Yan, mantan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia yang juga seorang pakar ekonomi lulusan dari Universiti Harvard.

Tapi kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk tidak melihat siapa yang berkata tetapi mendengar apa yang dikatakannya.

Apakah benar apa yang didakwa oleh mantan Timbalan Gabenor BNM tu?

Cuba kita lihat realiti yang berlaku ke atas Malaysia sekarang.

Tarikan pelabur asing ke atas sesebuah negara bergantung pada pelbagai faktor dan antara faktor yang terpenting ialah keyakinan pelabur tersebut pada kepimpinan negara tersebut.

Sejak mula menjadi Perdana Menteri ke 7, TIDAK ADAwalau satu sen pelaburan asing dapat dibawa masuk oleh Dr. Mahathir atau menteri-menteri beliau.

Malah pelabur asing yang sebelum ini melabur di Malaysia telah membawa keluar pelaburan mereka dan Malaysia menjadi negara yang paling banyak di bawa keluar pelaburan oleh pelabur asing.

Sebagai kuasa ekonomi dunia yang baru, negara China merupakan antara pelabur asing yang besar di Malaysia tetapi sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan, bukan saja tidak ada pelaburan baru dari China malah pelaburan yang sedia ada di Malaysia telah dibawa keluar.

Kemarahan China pada Malaysia berpunca dari keputusan kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Dr. Mahathir mengumumkan pembatalan semua projek mega antara Malaysia dan China yang telah dipersetujui oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu dan juga sikal biadab Dr. Mahathir yang menuduh kerajaan China sebagai penjajah baru dalam bidang ekonomi.


Singapura merupakan negara pelabur asing yang kedua terbesar di Malaysia tetapi kerana sikap Dr. Mahathir yang kurang bijak dalam menangani isu air dan persempadanan ruang udara dan maritim antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI), mereka telah menarik balik pelaburan mereka secara perlahan-lahan sebagai tanda protes.

India negara kuasa ekonomi ketiga dunia dan juga pengimpot kedua terbesar kelapa sawit Malaysia selepas China telah mengambil keputusan untuk mengalihkan perhatian kepada Indonesia kerana marah dengan sikap campurtangan Dr. Mahathir dalam dasar luar negara India dengan Pakistan dalam isu Kashmir.

Yang pasti mendapat laba dari kemarahan India terhadap Dr. Mahathir sudah pasti Indonesia.

Indonesia mendapat keuntungan berganda dari China dan India atas sikap campurtangan dan keras kepala Dr. Mahathir.

Bangsa Yahudi yang menguasai 7 dari 10 dana terbesar dunia juga hilang keyakinan terhadap kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dr. Mahathir?

Satu perkembangan yang menarik tetapi amat memalukan kerajaan Malaysia ialah, sewaktu berlakunya protes rakyat ke atas kerajaan Hong Kong, taikun-taikun perniagaan di Hong Kong enggan memindahkan kira-kira 600 bilion duit mereka ke Malaysia tetapi memindahkannya ke Singapura dan bila ditanya mengapa, dengan tegas mereka mengatakan :

SIAPA YANG BOLEH PERCAYA PADA DR. MAHATHIR?

Ini bukanlah satu persepsi tetapi ianya adalah satu realiti dan menjadi perbualan hangat di Singapura.

Malaysia semakin menuju ke arah kemusnahan ekonomi berskala besar dan sebab utama adalah kerana ketidakcekapan dan kelemahan Dr. Mahathir menangani isu-isu yang berkaitan ekonomi dan hubungan luar negara.

Jelas, Dr. Mahathir BUKAN seorang yang boleh menyelamatkan ekonomi Malaysia seperti yang beliau sendiri dakwa tetapi Dr. Mahathir sebenarnya adalah seorang pemusnah ekonomi Malaysia.

Ibarat musang yang berbulu ayam, Dr. Mahathir bijak berpura-pura dengan watak penyelamat yang prihatin dengan keadaan negara dan rakyat Malaysia tetapi hakikatnya Dr. Mahathir adalah seorang pemusnah yang sangat licik menipu!!!



Petikan tulisan asal :

Fb Salahuddin Hisham

Tuesday, June 9, 2020

Eyeing MPT Bersatu's decisons

MPT Bersatu sokong Muhyiddin sebagai pemangku Pengerusi dan Perdana Menteri

Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 05, 2020 11:26 +08 | Durasi: 49 saat

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung malam tadi bersetuju mengiktiraf Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku Pengerusi parti itu.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengiktirafan itu selaras Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu.

Jelasnya, klausa itu terpakai susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti itu pada 24 Februari lalu.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, MPT juga bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas dilantik Yang Dipertuan Agong berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Selain daripada itu, mesyuarat MPT juga mengesahkan bahawa keputusan untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) telah dimuktamadkan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Feb 2020.

"Dan, pengumuman rasmi yang dibuat Muhyiddin selaku pemangku Pengerusi pada 24 Februari adalah sah dan teratur,” katanya lagi.

Dalam kenyataan itu, Hamzah turut memaklumkan, keputusan Bersatu keluar dari PH adalah sah dan telah dimuktamadkan pada mesyuarat MPT bertarikh 23 Feb 2020.

Testing the new blogger

Good to go.

Eyeing Ahmad Shuaib's press statement

Kenyataan media
Ahmad Shuaib Ismail NP Peguam Bela Dan Peguam Cara
Mahkamah Tinggi Malaya
4 Jun 2020

Saya Mohon polis Sprm tangkap Ahli Parlimen Muar bawah Sosma AMLA 30 Hari.

Rasuah Salah guna kuasa.

Eksklusif : Konspirasi Penggubahan Wang Haram Dalam Armada Bersatu?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan, Rafiq Hakimi Razali, Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Mac lalu.

Penahanan Bendahari Armada Bersatu dijangka akan mendedahkan konspirasi penggubahan wang haram dan rasuah yang lebih besar lagi membabitkan kutipan derma orang ramai kepada Armada Bersatu.

Ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat dari penahanan ini.

Pertama, SPRM tidak menemui sebarang bukti yang boleh menyokong keterangan Syed Saddiq bahawa wang RM250,000 yang dilaporkan hilang Mac lalu adalah dari sumber keluarga beliau.

Ini menyebabkan mereka beralih kepada pihak lain yang dipercayai menjadi sumber wang tersebut.

Kedua, dengan penahanan ini siasatan juga bukan lagi sekadar kehilangan wang RM250,000 yang dilaporkan Syed Saddiq pada Mac lalu. Ia mungkin membabitkan jutaan kutipan derma yang diterima oleh Armada Bersatu sejak 2018.

Menurut sumber siasatan juga  membabitkan transaksi ke dalam akaun peribadi Amanah Saham Bumiputera milik salah seorang pemimpin Armada. Kami tidak dapat mendedahkan nama pemimpin terbabit buat masa ini.

Ketiga, SPRM dijangka menumpukan siasatan kepada salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan rasuah yang membabitkan pengurusan dana dan kutipan derma anjuran Armada Bersatu.

Jika SPRM belum mempunyai maklumat mereka perlu menyiasat syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan nombor pendaftaran 002605736-W.

Sejak beberapa tahun lalu Armada Bersatu melakukan kutipan derma dan dana melalui akaun syarikat ini atas alasan membangtu rakyat dan menguruskan program parti. Tinjauan di Facebook Armada Bersatu mendapati hampir ke semua program kutipan sumbangan menggunakan akaun syarikat ini.
https://www.facebook.com/339068006838118/posts/751204058957842/
Carian Suara TV melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Armada Bumi Bersatu Enterprise telah didaftarkan atas nama Rafiq Hakim bin Razali. Adalah dipercaya Rafiq Hakim dalam syarikat ini adalah individu yang sama dengan yang ditangkap SPRM semalam.

Apa yang menarik syarikat ini telah tamat pendaftaran pada 3 JANUARI 2018 tetapi masih mengutip sumbangan dan derma menggunakan akaun syarikat terbabit.

Berdasarkan akaun Facebook Armada Bersatu, mereka masih menggunakan akaun syarikat yang ditutup ini pada 2019 (lihat tangkap layar akaun mereka di bawah).

Justeru tangkapan para pemimpin Armada Bersatu ini bukan sekadar ‘mainan politik’ seperti laporan Malaysiakini.com. Ia sesuatu yang mempunyai fakta-fakta jelas memerlukan siasatan mendalam SPRM.

Kutipan wang menggunakan akaun syarikat yang telah diisytiharkan tutup sejak 2018, transaksi yang meragukan ke dalam akaun individu tertentu dan kehilangan suku juta ringgit tunai dari rumah seorang menteri bukanlah cerita dongeng membina persepsi politik.

Sumber : Suara.TV