Kenyataan media
Ahmad Shuaib Ismail NP Peguam Bela Dan Peguam Cara
Mahkamah Tinggi Malaya
4 Jun 2020
Saya Mohon polis Sprm tangkap Ahli Parlimen Muar bawah Sosma AMLA 30 Hari.
Rasuah Salah guna kuasa.
Eksklusif : Konspirasi Penggubahan Wang Haram Dalam Armada Bersatu?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan, Rafiq Hakimi Razali, Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Mac lalu.
Penahanan Bendahari Armada Bersatu dijangka akan mendedahkan konspirasi penggubahan wang haram dan rasuah yang lebih besar lagi membabitkan kutipan derma orang ramai kepada Armada Bersatu.
Ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat dari penahanan ini.
Pertama, SPRM tidak menemui sebarang bukti yang boleh menyokong keterangan Syed Saddiq bahawa wang RM250,000 yang dilaporkan hilang Mac lalu adalah dari sumber keluarga beliau.
Ini menyebabkan mereka beralih kepada pihak lain yang dipercayai menjadi sumber wang tersebut.
Kedua, dengan penahanan ini siasatan juga bukan lagi sekadar kehilangan wang RM250,000 yang dilaporkan Syed Saddiq pada Mac lalu. Ia mungkin membabitkan jutaan kutipan derma yang diterima oleh Armada Bersatu sejak 2018.
Menurut sumber siasatan juga membabitkan transaksi ke dalam akaun peribadi Amanah Saham Bumiputera milik salah seorang pemimpin Armada. Kami tidak dapat mendedahkan nama pemimpin terbabit buat masa ini.
Ketiga, SPRM dijangka menumpukan siasatan kepada salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan rasuah yang membabitkan pengurusan dana dan kutipan derma anjuran Armada Bersatu.
Jika SPRM belum mempunyai maklumat mereka perlu menyiasat syarikat Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan nombor pendaftaran 002605736-W.
Sejak beberapa tahun lalu Armada Bersatu melakukan kutipan derma dan dana melalui akaun syarikat ini atas alasan membangtu rakyat dan menguruskan program parti. Tinjauan di Facebook Armada Bersatu mendapati hampir ke semua program kutipan sumbangan menggunakan akaun syarikat ini.
https://www.facebook.com/339068006838118/posts/751204058957842/
Carian Suara TV melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Armada Bumi Bersatu Enterprise telah didaftarkan atas nama Rafiq Hakim bin Razali. Adalah dipercaya Rafiq Hakim dalam syarikat ini adalah individu yang sama dengan yang ditangkap SPRM semalam.
Apa yang menarik syarikat ini telah tamat pendaftaran pada 3 JANUARI 2018 tetapi masih mengutip sumbangan dan derma menggunakan akaun syarikat terbabit.
Berdasarkan akaun Facebook Armada Bersatu, mereka masih menggunakan akaun syarikat yang ditutup ini pada 2019 (lihat tangkap layar akaun mereka di bawah).
Justeru tangkapan para pemimpin Armada Bersatu ini bukan sekadar ‘mainan politik’ seperti laporan Malaysiakini.com. Ia sesuatu yang mempunyai fakta-fakta jelas memerlukan siasatan mendalam SPRM.
Kutipan wang menggunakan akaun syarikat yang telah diisytiharkan tutup sejak 2018, transaksi yang meragukan ke dalam akaun individu tertentu dan kehilangan suku juta ringgit tunai dari rumah seorang menteri bukanlah cerita dongeng membina persepsi politik.
Sumber : Suara.TV
Tuesday, June 9, 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment