Thursday, June 12, 2008
SELAMAT MENYAMBUT 10 TAHUN KEHADIRAN PERDASAMA
Ucaptama
Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
Khamis, 12 Jun 2008
Hotel Putra, Kuala Lumpur
Y Bhg Tan Sri Dato' Azman Hj Mokhtar
Pengarah Urusan,
Khazanah Nasional Berhad
1. Pendahuluan
Selamat menyambut perayaan 10 tahun pengujudan PERDASAMA.
Bersama ini dimuat turunkan ucapan Y Bhg Tan Sri Azman Hj Mokhtar,
Pengarah Urusan Khazanah Malaysia apabia merasmikan Mesyuarat Agong
PERDASAMA.
Assalamualaikum wbrt.
Alhamdulillah, saya malafazkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin
dan limpah kurnianya, dapat kita bersama pada pagi yang mulia ini di dalam
keadaan sihat sejahtera di dalam majlis tahunan Perdasama.
Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya
kepada pihak Perdasama kerana memberikan ruang untuk bersemuka dan
berdialog dengan ahli-ahli usahawan Melayu di majlis tahunan ini. Saya berdiri di
sini sebagai wakil kepada Yang Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop,
Menteri Kewangan Kedua, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Khazanah
Nasional Berhad dan juga Pengerusi Jawatankuasa Putrajaya Mengenai
Prestasi Tinggi Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Yang Berhormat
Tan Sri Menteri tidak dapat hadir bersama kita pagi ini atas urusan negara yang
lain, menyampaikan salam hormatnya kepada tuan-tuan dan puan-puan hadirin
sekalian, dan seterusnya mengarahkan saya untuk menyampaikan pesanan dan
amanat untuk kita bersama terus berusaha memainkan peranan masing–masing
untuk menjayakan dan membangunkan lagi agenda pembangunan negara umumnya
dan agenda pembangunan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB atau BCIC) khususnya.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan peribadi serta terima kasih yang
setinggi-tingginya kepada Y.Bhg. dan yang sangat berusaha Dato’ Izat Emir,
Presiden Perdasama, yang mana daripada jarang-jarang kita berjumpa entah
bagaimana telah di lorongkan berjumpa tiga kali di dalam dua minggu yang lalu.
Pertama kalinya dua Jumaat yang lepas secara terserempak mesra di Masjid
Negara, yang kedua tiga hari yang lalu serius bekerja di pejabat saya dan hari ini,
sebagai bidan yang agak terjun di majlis tahunan Perdasama. Alhamdullilah,
insyaAllah, ketiganya adalah pertemuan yang baik semuanya dan mudah-
mudahan akan kita memanfaatkan lagi bersama nanti.
Saya juga ingin menyampaikan ucapan setinggi tinggi tahniah kepada
Perdasama yang menyambut ulangtahun yang ke 10 tahun ini. Dari titik
permulaan yang semestinya mencabar di dalam kecamukan krisis kewangan
Asia tahun 1997-1998, suatu krisis kewangan yang membawa kembali suatu
memori yang masih jelas kepada diri saya yakni pemergian mengejut tokoh,
bahkan, pahlawan korporat pengusaha Melayu yang ulung, Allahyarham Tan Sri
Yahaya Ahmad pada awal tahun 1997, seolah-olah satu petanda akan ribut krisis
yang bakal melanda beberapa bulan kemudian yang telah membawa segala
macam cabaran dan tekanan di dalam suasana ekonomi, perniagaan dan juga
politik.
Dari titik permulaan yang sangat mencabar itu, alhamdullilah, Perdasama telah
berjaya untuk membangunkan semangat pemuafakatan di kalangan peniaga dan
usahawan Melayu untuk menjadi antara sebuah daripada persatuan yang
penting dan ulung di dalam sistem ekologi BCIC kita. Izinkan saya mengucapkan
syabas kepada ahli lembaga pengarah, AJK, dan barisan pengurusan dan
kepimpinan lain dan seterusnya ahli ahli Perdasama.
2. Pembangunan Bangsa, Pembangunan Negara
Alhamdullilah, sepuluh tahun selepas wujudnya Perdasama, negara telah
berjaya keluar, melepaskan diri daripada cengkaman krisis kewangan
penghujung tahun 1990-an, dan terus melangkah ke hadapan. Dari sudut
ekonomi dan kewangan makro banyak petanda, sama ada dari kadar
pertumbuhan KDNK, rizab negara bahkan tahap pasaran saham Bursa Malaysia,
adalah lebih baik, malah sesetengah angka, jauh lebih baik dari tahapnya
sepuluh tahun yang lalu. Bahkan, dalam setengah abad - 50 tahun Merdeka –
kita juga dapat merakamkan rekod cemerlang pertumbuhan KDNK pada kadar
purata 6.3% setiap tahun untuk 50 tahun. Kita juga mencatat suatu rekod dunia,
mungkin pingat emas jikalau ada acara Olimpik, untuk pembasmian kemiskinan
daripada lebih dari 50% pada tahun 1957 sehingga kurang dari 5% sekarang.
Alhamdullilah, eloklah kita mengambil sedikit masa untuk mengucapkan syukur
kita kepada Allah SWT yang memelihara kita, Dia yang memberi dan Maha Kaya,
dan juga mengucapkan terima kasih kepada usaha murni bersama rakyat jelata
dan kepimpinan masa lampau, dan masa kini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati sekelian,
Malah, kita semua hayati bahawa kejayaan-kejayaan ini tidak akan membawa
makna atau membawa kepada kejayaan-kejayaan seterusnya dan berkekalan
jika pembangunan dan kejayaan negara tidak disertai dengan pembangunan
seimbang dari segala sudut, antaranya dari sudut fizikal dan rohani, dari sudut
kota dan desa dan dari sudut antara masyarakat dan antara kaum.
Sememangnya telah banyak diperkatakan berkenaan tertinggalnya orang
Melayu dan Bumiputera di dalam pengeluaran, pembahagian dan perkongsian
ekonomi negara. Keadaan yang tidak “sustainable” ini kita semua sedia maklum
dan sememangnya adalah cabaran bersama kita, lebih-lebih lagi di dalam
keadaan ekonomi dunia dan negara yang begitu mencabar kini, dengan
kenaikan harga bahan-bahan mentah dan keperluan harian, kepada suasana
globalisasi yang membawa kepada persaingan yang lebih sengit lagi.
Di dalam suasana ini, dan atas amanat kita bersama untuk membangunkan
negara amnya dan masyarakat perniagaan Melayu dan Bumiputera khususnya,
ingin saya memberi sedikit pandangan, beberapa pemerhatian dan cadangan
yang di harapkan dapat menjadi antara ramuan yang bersama-sama mungkin
dapat kita jamukan sebagai ubat bersama. Izinkan saya mengumpulkan
pandangan dan cadangan ini di dalam tiga kelompok atau prinsip.
Yang Pertama: “Ekologi”
Maksudnya, cabaran ini adalan cabaran bersama. Setiap kumpulan atau badan
wujud di dalam suatu ekologi atau persekitaran yang saling memerlukan dan
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesetengahnya mungkin lebih
berkuasa dari yang lain, mungkin lebih memerlukan dari yang lain, tetapi setiap
bahagian mempunyai kekuatan, keperluan, kelemahan dan sememangnya,
tugas masing-masing. Tidak mungkin mana-mana satu pihak sama ada
Kerajaan, GLC, usahawan, syarikat bukan GLC atau persatuan dan NGO seperti
Perdasama, dapat menyelesaikan masaalah dan cabaran bersama ini secara
persendirian. Ini adalah titik permulaan untuk kita berkongsi fikiran dan bekerja-
sama
Yang Kedua: “Efficiency”
“Efficiency” atau kecekapan dan produktiviti ini kita semua sedia maklum adalah
amat penting, malah lebih daripada itu di dalam dunia yang berdaya saing ini,
adalah kritikal dari segi “survival” sendiri. Kita semua sedia maklum bahawa
pertambahan nilai ataupun value-creation yang berterusan akan hanya berlaku
apabila “efficiency” dan produktiviti berlaku. Ini adalah naluri dunia, dan juga,
mungkin boleh diketengahkan, adalah juga naluri abadi, yakni kejayaan
berkekalan akan hanya wujud dengan izin Allah dan usaha manusia di mana
suatu pendekatan dan pengeluaran, pembinaan dan kesempurnaan kerja
berlaku dengan efficient, baik dan produktif. Kualiti kerja yang baik pada akhir
nya menjadi penentuan kejayaan yang berkekalan.
Yang Ketiga : “Meritokrasi” .. “Meritokrasi berlandaskan pembangunan”
Perkataan meritokrasi ini tuan tuan dan puan puan kita sedia maklum
sememangnya membawa pelbagai reaksi di dalam dunia bisnes dan politik.
Yang penting, elok kita teliti dan kupaskan perkataan ini di dalam konteks
pembangunan negara. Dari satu sudut, meritokrasi adalah berlandaskan prinsip
keadilan di mana yang lebih bagus dan berwibawa di beri keutamaan. Ini suatu
konsep yang mudah dan simple yang setiap insan memahami. Sesetengah ahli
ekonomi menamakan prinsip ini sebagai prinsip “static efficiency”.
Tetapi, kita harus lihat dengan lebih mendalam; kupasan seterusnya juga
membawa kepada suatu kaedah, juga menjadi prinsip semula jadi yang mana
pembangunan dan keadilan adalah berlandaskan kepada prinsip ihsan dan
memberi peluang, ruang dan bekalan bahan yang secukupnya untuk mana mana
pihak yang sedia berusaha untuk maju ke hapadan. Ahli ahli ekonomi yang sama
memanggil prinsip ini prinsip “dynamic efficiency”, di mana pembahagian atau
anugerah tidak sahaja di beri dengan cara “static” kepada yang lebih bagus,
tetapi harus di ambil kira juga keadaan permulaan dan juga handicap yang harus
di lalui oleh pesaing yang lain.
Kita semua fahami contoh pencapaian 10 A seorang anak muda daripada
keluarga yang mungkin papa, bersekolah di desa yang serba kekurangan adalah
merupakan pencapaian yang lebih tinggi dan lebih bermakna daripada
keputusan yang sama oleh rakannya di sekolah kota, yang serba cukup
prasarana dan berkeluarga serba ada. Hatta, prinsip “dynamic efficiency” ini
adalah lebih mirip kepada, bahkan adalah intipati semangat dan prinsip
pembangunan dengan ihsan dan “growth with equity”. Sehubungan ini, saya
mencadangkan suatu penggunaan perkataan meritokrasi yang dimaksudkan
ialah sebenarnya “developmental meritocracy” atau “meritokrasi berlandaskan
pembangunan” yang berlandaskan prinsip ini di mana perlaksanaan meritocracy
yang amat penting untuk membina hasil ini di sertakan dengan prinsip
pembangunan dan ihsan.
3. Transformasi dan Peranan GLC
Berlandaskan tiga prinsip utama ini, yakni ekologi, efficiency dan meritokrasi
berlandaskan pembangunan, ingin saya mengambil peluang ini untuk memberi
penerangan sedikit mengenai peranan dan transformasi GLC. Saya berterima
kasih sekali lagi kepada Y.Bhg Dato Izat kerana memberi saya peluang untuk
memberi penerangan. Sememangnya banyak persoalan mengenai peranan GLC
terutamanya di dalam memberi peluang kepada usahawan-usahawan Melayu
dan Bumiputera dan berkenaan isu “crowding out” atau penyempitan peluang
usahawan-usahawan sektor bukan GLC termasuk syarikat swasta Melayu dan
Bumiputera .
Secara terus terang ingin saya nyatakan bahawa sememangnya dunia GLC ini
walaupun dengan beberapa kejayaan program transformasi beberapa tahun
yang lepas, adalah masih jauh lagi daripada sampai ke peringkat cukup mantap
dan sempurna. Walaupun terdapat kekurangan ini, saya yakin akan tiga perkara
Pertama, bahawa GLC terus komited dan saya percaya telah banyak
menyumbang dan memberi peluang pembangunan dan keusahawanan yang
telah bermula lebih dari 20 tahun yang lalu. Kita semua sedia maklum berkenaan
rancangan-rancangan seperti program Pembangunan Vendor Bumiputera
(BVDP) yang diwujudkan bagi membantu GLC mencapai matlamat
pembangunan ini. Beberapa contoh BVDP di GLC adalah:
Daripada RM3 bilion dibelanjakan oleh TM untuk pemerolehan pada 2007,
RM2.1 bil atau 77.1 peratus adalah bagi vendor bumiputera.
Daripada RM3.7 bilion pemerolehan TNB untuk 2006, RM2.3 bil atau 61.5
peratus adalah bagi vendor bumiputera
Sebanyak RM3.2 bil atau 64 peratus jumlah kontrak pemerolehan UEM
pada tahun 2007 diberikan kepada vendor bukan anak-anak syarikat
termasuk vendor bumiputera, tempatan dan asing.
Banyak lagi angka-angka seperti ini telah dirakamkan, dan angka-angka ini dari
segi jumlah mutlak dan jumlah peratusan adalah jauh lebih tinggi dari sektor
sektor lain termasuk sektor korporat bukan GLC.
Juga perlu di nyatakan, GLC turut memainkan peranan yang amat besar dalam
pembangunan modal insan masyarakat Bumiputera. Untuk pengetahuan tuan-
tuan dan puan-puan, di dalam lima buah GLC terbesar Khazanah (TNB, TM,
MAS, Proton dan MAHB), secara puratanya sebanyak 81% daripada eksekutif
professionalnya adalah Bumiputera, sebanyak 76% pengurusan Kanan adalah
Bumiputera dan 85% Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada Bumiputera.
Daripada segi pemberian biasiswa pula, lebih 85% penuntut yang ditaja oleh
GLC-GLC ini adalah Bumiputera. Ini tidak termasuk perbelanjaan dan saraan
jumlah besar berbillion ringgit di dalam pembinaan dan perjalanan universiti-
unversiti dan institusi pambelajaran di syarikat-syarikat seperti TNB, TM, UEM,
Proton dan MAS.
Kedua, dari segi soal penyempitan peluang ataupun “crowding out”, ingin saya
nyatakan bahawa semua GLC telah diarahkan supaya tidak melakukan perkara
ini malah lebih dari itu menjadi syarikat payung dan pemangkin di dalam
pembangunan usahawan yang berwibawa.
Kita perlu meninjau perkara ini dari segi fakta dan realitinya. Sehubungan
dengan ini,ada dua perkara yang harus kita ambil kira. Yang pertama bahawa
banyak GLC sebenarnya telah dalam 20-30 tahun yang lepas ini berada di dalam
kesempitan. Memang saya orang yang pertama untuk mengakui banyak
kesempitan dan kekurangan ini berpunca dari kelemahan pentadbiran dan
pengurusan GLC sendiri – kerana itulah kita rancang dan laksanakan program
transformasi GLC. Tetapi pada masa yang sama, yang kedua, tidak boleh di
nafikan, malah perlu kita bersama mengakui bahawa banyak kesempitan ini juga
berpunca dari ancaman luar di mana tidak keterlaluan jika saya menyifatkan
sebagai ketidak-adilan ataupun kezaliman ke atas GLC yang pada akhir nya
adalah milik pemegang saham yang kebanyakannya adalah milik negara bagi
pihak rakyat jelata. Ini adalah hakikat yang harus di akui, yang mana kelemahan
berada di dalam kedua belah, dalaman di GLC dan dari luar GLC.
Khususnya, dari sudut “crowding out” atau penyempitan, walaupun telah selalu di
beri arahan, tidak boleh dinafikan ada amalan ini berlaku di kalangan syarikat
kerajaan sama ada di peringkat persekutuan ataupun di peringkat syarikat
syarikat milik kerajaan negeri. Walaubagaimanapun bagi syarikat-syarikat Khazanah,
yang pada keseluruhannya adalah syarikat-syarikat besar seperti TNB, TM dan UEM seperti
dinyatakan, pertindihan ke atas syarikat-syarikat bukan GLC adalah amat kurang
jikalau ada pun, malah peranan syarikat-syarikat ini sebagai payung dan
pemangkin adalah jauh lebih besar dari kejadian sambilan sebagai yang
menindih. Lebih dari itu, juga perlu dinayatakan bahawa syarikat-syarikat ini
sendiri selalu berada di dalam keadaan kesempitan sendiri, iaitu “crowded-out,
bukan crowding out”. Jadi, jangan terkejut apabila mendengar TNB melaporkan
keuntungan RM4 billion, tetapi masih lagi harus meminjam oleh kerana dana
aliran wang tunai (cash flow) nya adalah masih negatif, ya ini adalah lebih dari 4
billion negatif. Mungkinkah kekurangan ini disebabkan oleh pengurusan yang
tidak cekap, yang tidak efisyen? Jawapannya jikalau diambil kira dari lebih dari
RM 1billion setahun pengurangan pembaziran dan peningkatan produktiviti yang
berjaya di capai oleh pengurusan TNB beberapa tahun yang lepas ini, di mana
angka-angka ini adalah yang bertauliah sememangnya jawapannya adalah tidak;
kekurangan dan kesempitan ini adalah lebih disebabkan oleh faktor-faktor lain
termasuk faktor luaran.
Malah, kita lihat di dalam keadaan semasa, telah di kenakan cukai khas atau
windfall tax keatas syarikat-syarikat bukan GLC, termasuk syarikat-syarikat IPP
atau penjana bebas. Saya harap ini jangan di salah faham sebagai kritikan tidak
berasas terhadap IPP atau pesaing-pesaing GLC yang lain; jauh dari itu,
syarikat-syarikat seperti IPP dan pesaing-pesaing GLC seperti Air Asia dan lain
lain, membawa banyak amalan-amalan efficiency yang baik kepada pasaran kita
dan harus terus di berikan setiap galakan untuk terus maju asalkan kemajuan itu
berlandaskan saingan yang baik. Syarikat-syarikat GLC semuanya saya ingin
maklumkan adalah diarahkan untuk bersaing dengan baik selain dari terus
memperbaiki lagi pencapaian kewangan dan operasi masing-masing.
Alhamdulillah, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk memberi
penerangan bahawa usaha Program Transformasi GLC yang dilancarkan oleh
YAB Perdana Menteri pada Mei 2004 sehingga akhir November tahun lalu
(dalam tempoh tiga tahun setengah) telah mula membawa hasil yang baik. 20
GLC terbesar di dalam program tersebut sudah mencatatkan pertumbuhan
pendapatan yang kukuh dengan keuntungan agregat sebanyak RM19.1 bilion
pada tahun 2007 berbanding RM10.0 bilion pada tahun 2004. Dalam tempoh
yang sama, secara keseluruhannya, modal pasaran bagi semua 47 GLC yang di
senaraikan yang menyertai program ini telah melonjak sebanyak 70 peratus atau
RM148 bilion kepada RM361 bilion. Walaupun sudah ada peningkatan yang
ketara, kekuatan GLC-GLC ini masih lagi belum kukuh. TNB walaupun telah
banyak pulih, ia masih meminjam; MAS walaupun telah menunjukan suatu
pemulihan yang cukup dramatic adalah masih dilanda kos bahan mentah yang
melonjak dan seterusnya. Bahkan, sebagai syarikat-syarikat payung adalah
penting GLC-GLC ini terus di beri galakan dan pertolongan asalkan galakan dan
sokongan ini adalah yang adil dan setimpal
Ketiga, usaha GLC di dalam pembangunan negara, khususnya di dalam agenda
usahawan Melayu dan Bumiputera Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk
membetulkan suatu salah tanggapan yang kerap timbul bahawa Program Transformasi GLC
ini adalah mengenai keuntungan dan wang ringgit semata-mata. Malah, di bawah Program
Transformasi GLC, inisiatif membangunkan agenda usahawan Bumiputera
sebagai sebahagian daripada polisi Kerajaan adalah dipandang penting
sehingga ia dijadikan salah satu pengukur kejayaan dalam bentuk Petunjuk
Prestasi Utama (KPI).
Transformasi GLC adalah direka untuk memenuhi tiga objektif, iaitu
1. meningkatkan prestasi, efficiency dan produktivit GLC; dan
2. memberi faedah kepada pemegang kepentingan (stakeholders) untuk
memacu pembangunan sosial dan ekonomi negara bagi mencapai Misi
Nasional dan Wawasan 2020.
3. mempertingkatkan amalan pengurusan dan tadbir urus ataupun
“governance” GLC Khazanah, selaku sekretariat program ini, dalam menerbitkan pelbagai garis
panduan untuk menggalakkan amalan korporat terbaik di kalangan GLC, turut
menerbitkan sebuah buku khusus yang dipanggil Buku Merah atau Red Book
mengenai Amalan Terbaik Pemerolehan, dengan harapan dapat membantu
mewujudkan vendor serta usahawan Bumiputera yang berdaya tahan dan
berdaya saing untuk menerajui BCIC.
Sejak pelancaran Buku Merah oleh YAB Perdana Menteri pada 26 April 2006,
beberapa perkara asas berkenaan proses serta polisi pemerolehan GLC telah
berubah, antaranya dengan meletakkan tanggungjawab pemerolehan GLC di
atas bahu Lembaga Pengarah masing-masing; mengimbangi nilai komersial
serta tanggungjawab sosial dan menyokong dasar pembangunan negara dengan
menggalakkan penggunaan kandungan tempatan yang berdaya saing,
memastikan bahagian ekuiti ekonomi Bumiputera serta membangunkan
keupayaan vendor Bumiputera untuk menyokong BCIC.
Kita sudah melihat kejayaan awal di TM, TNB dan MAS yang mampu
menurunkan kos operasi di dalam situasi sukar tanpa menjejaskan produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan. Setiap tahun, pembekal-pembekal yang berdaya
saing dihasilkan. Sudah pasti, di dalam Program Transformasi GLC ini, ada
pembekal-pembekal yang tidak dapat bersaing. Di sini, saya menjemput
organisasi seperti Perdasama supaya terus meningkatkan daya saing pembekal-
pembekal ini kerana banyak peluang diberikan tetapi ia haruslah ditentukan oleh
penambahbaikan kualiti, kestabilan pembekalan serta tawaran jumlah kos
pemilikan yang kompetitif.
4. Peranan Usahawan
Program Transformasi GLC ini adalah suatu program jangka panjang. Di dalam
fasa ketiga ini, dari 2007 ke 2010, pihak Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi
Tinggi GLC (PCG) mengharapkan keputusan ketara dari GLC. Pada masa yang
sama, PCG mengharapkan penghasilan GLC yang berdaya saing di arena
serantau serta global. Ini memerlukan kerjasama erat di kalangan pembekal-
pembekal yang mampu meningkatkan keupayaan yang diperlukan. GLC akan
memilih pembekal-pembekal berdasarkan merit dan bukan sahaja berdasarkan
kepada status kelayakan sahaja.
Saya mengharapkan pemerolehan GLC terus dipertingkatkan melalui
maklumbalas membina pihak Perdasama. Memang benar, jumlah pemerolehan
20 GLC terbesar adalah besar, di dalam lingkungan lebih dari RM50 billion
setahun. Seperti yang ditunjukkan dalam contoh-contoh terdahulu, GLC-GLC
seperti TM, TNB, UEM dan Proton mengagihkan kontrak kepada pembekal
Bumiputera lebih dari RM10 billion setahun tetapi soalannya ialah berapa
ramaikah di kalangan mereka ini adalah benar-benar pembekal
Bumiputera? Saya berharap pihak Perdasama mampu membuat sesuatu
supaya ketirisan ini dapat dikurangkan atau dihapuskan terus.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau MECD, merupakan
peneraju utama di dalam usaha membangunkan vendor, mempunyai program
'matching' yang digelar Vendor Network. Saya mahu menekankan supaya pihak
GLC serta vendor-vendor mengambil peluang ini untuk meningkatkan visibiliti
dan promosi produk serta perkhidmatan masing-masing.
5. Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian,
Saya telah cuba menyampaikan pandangan tiga prinsip membina BCIC yakni
ekologi, efficiency dan meritokrasi berlandaskan pembangunan dan seterusnya
huraian akan peranan GLC dan juga peranan usahawan di dalam usaha ini.
Pada hemat saya, penyatuan ketiga prinsip penting ini adalah kunci untuk
membina kekuatan BCIC kita bersama demi untuk pembangunan bangsa dan
negara. Jikalau tiada efficiency dan kualiti maka tidak akan berkekalanlah hasil
kita, jikalau tiada meritokrasi akan berleluasalah ketidak adilan tetapi harus juga
tidak dilupakan bahawa meritokrasi ini haruslah suatu meritokrasi berlandas dan
bernafaskan pembangunan yang mana kedua prinsip meritokrasi dan
pembangunan diseimbangkan. Seterusnya, walaupun efficiency ataupun
kecekapan wujud dan meritokrasi berlandaskan pembangunan wujud, ini masih
tidak mencukupi kecuali kita bersatu di dalam ekologi atau persekitaran di mana
setiap pihak; kerajaan, GLC, bukan GLC, persatuan-persatuan seperti
Perdasama dan seterusnya harus bekerja sama dengan ikhlas, tekun dan bijak
insyaAllah
Di atas semangat memperbaiki diri ini dan permuafakatan berlandaskan keadilan
dan pembangunan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak
Perdasama dan seterusnya dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya, bagi
pihak Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua, dengan sukacitanya
merasmikan Mesyuarat Agung Perdasama kali ke-10.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warhmatullahhi
wabarakatuh.
Azman Hj. Mokhtar
Kuala Lumpur
12 Jun 2008
Eyeing other uses of the car alarm
LEAVE CAR KEYS BY BEDSIDE - READ WHY!
Tell your spouse, your children, your neighbors, your parents, your doctor, office mates, and the check-out girl at the market, everyone you run across. Put your car keys beside your bed at night. If you hear a noise outside your home or someone trying to get in your house, just press the panic button for your car. The alarm will be set off, and the horn will continue to sound until either you turn it off or the car battery dies.
This tip came from a neighborhood watch coordinator. Next time you come home for the night and you start to put your keys away, think of this:
It's a security alarm system that you probably already have and requires no installation. Test it. It will go off from most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or until you reset it with the button on the key fob chain. It works if you park in your driveway or garage. If your car alarm goes off when someone is trying to break in your house, odds are the burglar rapist won't stick around...after a few seconds all the neighbors will be looking out their windows to see who is out there and sure enough the criminal won't want that.
And remember to carry your keys while walking to your car in a parking lot. The alarm can work the same way there.... This is something that should really be shared with everyone. Maybe it could save a life or a sexual abuse crime.
Would also be useful for any emergency, such as a heart attack, where you can't reach a phone. Also it has been suggested to carry your car keys with you in case you fall outside. You can activate the car alarm and then neighbors will know there's a problem.

Monday, June 9, 2008
Eyeing the Call Centres
Actual call centre conversations !!!!!
>
> Customer: 'I've been ringing 0800 2100 for two days and can't get through to enquiries, can you help?'.
> Operator: 'Where did you get that number from, sir?'.
> Customer: 'It was on the door to the Travel Centre'.
> Operator: 'Sir, they are our opening hours'.
> -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
> Samsung Electronics
> Caller: 'Can you give me the telephone number for Jack?'
> Operator: 'I'm sorry, sir, I don't understand who you are talking about'.
> Caller: 'On page 1, section 5, of the user guide it clearly states that I need to unplug the fax machine from the AC wall socket and telephone Jack before cleaning. Now, can you give me the number for Jack?'
> Operator: 'I think you mean the telephone point on the wall'.
> ----------------------------------------------------------------------
> RAC Motoring Services
> Caller: 'Does your European Breakdown Policy cover me when I am travelling in Australia ?'
> Operator: ' Doesn't the product name give you a clue?'
> ----------------------------------------------------------------------
> Caller (enquiring about legal requirements while travelling in France ):
> 'If I register my car in France , do I have to change the steering wheel to the other side of the car?'
> ----------------------------------------------------------------------
> Directory Enquiries
> Caller: 'I'd like the number of the Argoed Fish Bar in Cardiff please'.
> Operator: 'I'm sorry, there's no listing. Is the spelling correct?'
> Caller: 'Well, it used to be called the Bargoed Fish Bar but the 'B' fell off'.
> ----------------------------------------------------------------------
> Then there was the caller who asked for a knitwear company in Woven.
> Operator: 'Woven? Are you sure?'
> Caller: 'Yes. That's what it says on the label; Woven in Scotland '.
> ----------------------------------------------------------------------
> On another occasion, a man making heavy breathing sounds from a phone box told a worried operator:
> 'I haven't got a pen, so I'm steaming up the window to write the number on'.
> ----------------------------------------------------------------------
> Tech Support: 'I need you to right-click on the Open Desktop'.
> Customer: 'OK'.
> Tech Support: 'Did you get a pop-up menu?'.
> Customer: 'No'.
> Tech Support: 'OK. Right-Click again. Do you see a pop-up menu?'
> Customer: 'No'.
> Tech Support: 'OK, sir. Can you tell me what you have done up until this point?'.
> Customer: 'Sure. You told me to write 'click' and I wrote 'click''.
> ----------------------------------------------------------------------
> Tech Support: 'OK. In the bottom left hand side of the screen, can you see the 'OK' button displayed?'
> Customer: 'Wow. How can you see my screen from there?'
> ----------------------------------------------------------------------
> Caller: 'I deleted a file from my PC last week and I have just realised that I need it. If I turn my system clock back two weeks will I have my file back again?'.
> ---------------------------------------------------------------------- -------------------------------------------
> There's always one. This has got to be one of the funniest things in a long time. I think this guy should have been promoted, not fired. This is a true story from the Word Perfect Helpline, which was transcribed from a recording monitoring the customer care department. Needless to say the Help Desk employee was fired; however, he/she is currently suing the Word Perfect organization for 'Termination without Cause'.
> Actual dialogue of a former WordPerfect Customer Support employee. (Now I know why they record these conversations!):
>
> Operator: 'Ridge Hall, computer assistance; may I help you?'
> Caller: 'Yes, well, I'm having trouble with WordPerfect.'
> Operator: 'What sort of trouble??'
> Caller: 'Well, I was just typing along, and all of a sudden the words went away.'
> Operator: 'Went away?'
> Caller: 'They disappeared.'
> Operator: 'Hmm So what does your screen look like now?'
> Caller: 'Nothing.'
> Operator: 'Nothing??'
> Caller: 'It's blank; it won't accept anything when I type.'
> Operator: 'Are you still in WordPerfect, or did you get out??'
> Caller: 'How do I tell?'
> Operator: 'Can you see the C: prompt on the screen??'
> Caller: 'What's a sea-prompt?'
> Operator: 'Never mind, can you move your cursor around the screen?'
> Caller: 'There isn't any cursor: I told you, it won't accept anything I type.'
> Operator: 'Does your monitor have a power indicator??'
> Caller: 'What's a monitor?'
> Operator: 'It's the thing with the screen on it that looks like a TV. Does it have a little light that tells you when it's on??'
> Caller: 'I don't know.'
> Operator: 'Well, then look on the back of the monitor and find where the power cord goes into it. Can you see that??'
> Caller: 'Yes, I think so.'
> Operator: 'Great. Follow the cord to the plug, and tell me if it's plugged into the wall.
> Caller: 'Yes, it is.'
> Operator: 'When you were behind the monitor, did you notice that there were two cables plugged into the back of it, not just one??'
> Caller: 'No.'
> Operator: 'Well, there are. I need you to look back there again and find the other cable.'
> Caller: 'Okay, here it is.'
> Operator: 'Follow it for me, and tell me if it's plugged securely into the back of your computer.'
> Caller: 'I can't reach.'
> Operator: 'Uh huh. Well, can you see if it is??'
> Caller: 'No.'
> Operator: 'Even if you maybe put your knee on something and lean way over??'
> Caller: 'Oh, it's not because I don't have the right angle - it's because it's dark.'
> Operator: 'Dark??'
> Caller: 'Yes - the office light is off, and the only light I have is coming in from the window.
> ' Operator: 'Well, turn on the office light then.'
> Caller: 'I can't.'
> Operator: 'No? Why not??'
> Caller: 'Because there's a power failure.'
> Operator: 'A power......... A power failure? Aha, Okay, we've got it licked now.
> Do you still have the boxes and manuals and packing stuff your computer came in??'
> Caller: 'Well, yes, I keep them in the closet.'
> Operator: 'Good. Go get them, and unplug your system and pack it up just like it was when you got it.
> Then take it back to the store you bought it from.'
> Caller: 'Really? Is it that bad?'
> Operator: 'Yes, I'm afraid it is.'
> Caller: 'Well, all right then, I suppose. What do I tell them??'
> Operator: 'Tell them you're too f --- ing stupid to own a computer!!!!!'
>
> Customer: 'I've been ringing 0800 2100 for two days and can't get through to enquiries, can you help?'.
> Operator: 'Where did you get that number from, sir?'.
> Customer: 'It was on the door to the Travel Centre'.
> Operator: 'Sir, they are our opening hours'.
> ------------------------------
> Samsung Electronics
> Caller: 'Can you give me the telephone number for Jack?'
> Operator: 'I'm sorry, sir, I don't understand who you are talking about'.
> Caller: 'On page 1, section 5, of the user guide it clearly states that I need to unplug the fax machine from the AC wall socket and telephone Jack before cleaning. Now, can you give me the number for Jack?'
> Operator: 'I think you mean the telephone point on the wall'.
> ------------------------------
> RAC Motoring Services
> Caller: 'Does your European Breakdown Policy cover me when I am travelling in Australia ?'
> Operator: ' Doesn't the product name give you a clue?'
> ------------------------------
> Caller (enquiring about legal requirements while travelling in France ):
> 'If I register my car in France , do I have to change the steering wheel to the other side of the car?'
> ------------------------------
> Directory Enquiries
> Caller: 'I'd like the number of the Argoed Fish Bar in Cardiff please'.
> Operator: 'I'm sorry, there's no listing. Is the spelling correct?'
> Caller: 'Well, it used to be called the Bargoed Fish Bar but the 'B' fell off'.
> ------------------------------
> Then there was the caller who asked for a knitwear company in Woven.
> Operator: 'Woven? Are you sure?'
> Caller: 'Yes. That's what it says on the label; Woven in Scotland '.
> ------------------------------
> On another occasion, a man making heavy breathing sounds from a phone box told a worried operator:
> 'I haven't got a pen, so I'm steaming up the window to write the number on'.
> ------------------------------
> Tech Support: 'I need you to right-click on the Open Desktop'.
> Customer: 'OK'.
> Tech Support: 'Did you get a pop-up menu?'.
> Customer: 'No'.
> Tech Support: 'OK. Right-Click again. Do you see a pop-up menu?'
> Customer: 'No'.
> Tech Support: 'OK, sir. Can you tell me what you have done up until this point?'.
> Customer: 'Sure. You told me to write 'click' and I wrote 'click''.
> ------------------------------
> Tech Support: 'OK. In the bottom left hand side of the screen, can you see the 'OK' button displayed?'
> Customer: 'Wow. How can you see my screen from there?'
> ------------------------------
> Caller: 'I deleted a file from my PC last week and I have just realised that I need it. If I turn my system clock back two weeks will I have my file back again?'.
> ------------------------------
> There's always one. This has got to be one of the funniest things in a long time. I think this guy should have been promoted, not fired. This is a true story from the Word Perfect Helpline, which was transcribed from a recording monitoring the customer care department. Needless to say the Help Desk employee was fired; however, he/she is currently suing the Word Perfect organization for 'Termination without Cause'.
> Actual dialogue of a former WordPerfect Customer Support employee. (Now I know why they record these conversations!):
>
> Operator: 'Ridge Hall, computer assistance; may I help you?'
> Caller: 'Yes, well, I'm having trouble with WordPerfect.'
> Operator: 'What sort of trouble??'
> Caller: 'Well, I was just typing along, and all of a sudden the words went away.'
> Operator: 'Went away?'
> Caller: 'They disappeared.'
> Operator: 'Hmm So what does your screen look like now?'
> Caller: 'Nothing.'
> Operator: 'Nothing??'
> Caller: 'It's blank; it won't accept anything when I type.'
> Operator: 'Are you still in WordPerfect, or did you get out??'
> Caller: 'How do I tell?'
> Operator: 'Can you see the C: prompt on the screen??'
> Caller: 'What's a sea-prompt?'
> Operator: 'Never mind, can you move your cursor around the screen?'
> Caller: 'There isn't any cursor: I told you, it won't accept anything I type.'
> Operator: 'Does your monitor have a power indicator??'
> Caller: 'What's a monitor?'
> Operator: 'It's the thing with the screen on it that looks like a TV. Does it have a little light that tells you when it's on??'
> Caller: 'I don't know.'
> Operator: 'Well, then look on the back of the monitor and find where the power cord goes into it. Can you see that??'
> Caller: 'Yes, I think so.'
> Operator: 'Great. Follow the cord to the plug, and tell me if it's plugged into the wall.
> Caller: 'Yes, it is.'
> Operator: 'When you were behind the monitor, did you notice that there were two cables plugged into the back of it, not just one??'
> Caller: 'No.'
> Operator: 'Well, there are. I need you to look back there again and find the other cable.'
> Caller: 'Okay, here it is.'
> Operator: 'Follow it for me, and tell me if it's plugged securely into the back of your computer.'
> Caller: 'I can't reach.'
> Operator: 'Uh huh. Well, can you see if it is??'
> Caller: 'No.'
> Operator: 'Even if you maybe put your knee on something and lean way over??'
> Caller: 'Oh, it's not because I don't have the right angle - it's because it's dark.'
> Operator: 'Dark??'
> Caller: 'Yes - the office light is off, and the only light I have is coming in from the window.
> ' Operator: 'Well, turn on the office light then.'
> Caller: 'I can't.'
> Operator: 'No? Why not??'
> Caller: 'Because there's a power failure.'
> Operator: 'A power......... A power failure? Aha, Okay, we've got it licked now.
> Do you still have the boxes and manuals and packing stuff your computer came in??'
> Caller: 'Well, yes, I keep them in the closet.'
> Operator: 'Good. Go get them, and unplug your system and pack it up just like it was when you got it.
> Then take it back to the store you bought it from.'
> Caller: 'Really? Is it that bad?'
> Operator: 'Yes, I'm afraid it is.'
> Caller: 'Well, all right then, I suppose. What do I tell them??'
> Operator: 'Tell them you're too f --- ing stupid to own a computer!!!!!'
Sunday, June 8, 2008
Eyeing the Johor State Assembly Songkok Issue
To wear or not to wear?
This question should not arise now.
Don't they know that the State Assembly attire is that.
If they want to be a "wakil rakyat" in Johor then they have to dress as one.
If not don't contest the elections.
By not wearing the State Assembly uniform, they are not allowed to be present in the assembly,
the whole purpose of them contesting the election is useless and wasteful because they cannot represent their constituents effectively.
To wear or not to wear should be answered when they agreed to contest the elections, not now.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/8/nation/21492103&sec=nation

Subscribe to:
Posts (Atom)