Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tuesday, May 15, 2018

Eyeing Zaharin Mohd Yassin's comments

Malaysia bukan sebuah negara Republik.
Tahukah anda bahawa Malaysia masih belum tertubuh Kerajaan walaupun seorang Perdana Menteri telah dilantik. Malaysia bukan sebuah negara Republik. Dimana memilih seorang Presiden sudah dikira tertubuhnya Kerajaan dan soal anggota kabinet boleh dilakukan dalam yang sesuai oleh Presiden mengikut kehendaknya. Satu Kerajaan wujud dengan adanya satu pasukan Kabinet dalam sistem demokrasi berparti.
Sebagai sebuah negara Raja Perlembagaan. Setiap sesuatu mesti mengikut kehendak Perlembagaan Malaysia dan mesti di patuhi. Yang Di Pertuan Agung dan Raja Melayu masih mempunyai kuasa perkenan dahulu sebelum perlantikan dan melucutkan jawatan sesiapa yang tertulis memerlukan perkenan Raja dan bukan semudah itu untuk melucutkan jawatan sesaorang..
Jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada dalam Perlembagaan Persekutuan. Sesaorang yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri mestilah memegang portfolio Menteri, Kerana sumpah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada.
Maka jika ada pegawai2 Kerajaan memberikan taklimat perkara-perkara rahasia kepada mereka yang tidak mengangkat sumpah menyimpan rahasia ia menjadikan satu kesalahan dibawah Akta OSA. Termasuk memberikan maklumat status rahasia rasmi kepada mereka yang tidak berkenan.
Selagi tidak diwartakan Akta Tugas dan Kuasa Menteri dan Timbalan Menteri 1969 yang ditandatangan oleh Yang Di Pertuan Agung. Tindakan itu menyalahi undang-undang dan tidak perlu di patuhi oleh penjawat awam.
Maka jangan ghairah sangat mengeluarkan maklumat kepada media sosial yang berstatus rahasia. Kita bukan sebuah negara cowboy, sesiapa yang ada pistol, boleh sesuka hati menembak sesiapa. Malah 'sheriff' pun boleh menembak siapa yang dia suka, tanpa dipersoalkan benar atau salah perbuatannya.
SANG KELEMBAI: Penjawat awam disamping berpegang kepada prinsip asal sistem pentadbiran awam di Malaysia. Ia itu 'Saya Menurut Perintah' dan serve goverment on the day tetapi sistem pertadbiran awam kita berpaksi kepada 'Urusan Seri Paduka Baginda' sesuatu keputusan dan tindakan itu adalah bagi pihak Raja Pemerintah saperti terkandung dan tertulis Peruntukan Perlembagaan.
Bandar Sri Permaisuri
Mei 15, 2018.