Langkah-Langkah Bertanggungjawab Dalam Mengurus Subsidi
Oktober 20th, 2013
by Najib Razak
Sejak beberapa tahun yang lalu, dunia telah mengalami keadaan
ekonomi global yang tidak menentu. Malaysia, sebagai sebuah negara
yang menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat, pasti tidak
terkecuali dari merasakan kesan kemelesetan ekonomi sejagat sama
seperti negara-negara lain.

Saya percaya, amatlah penting untuk kita merasionalkan beberapa
subsidi yang sedia ada bagi membantu kita mengharungi keadaan
ekonomi global, termasuk merasionalkan subsidi minyak.

Pada bulan September lepas, saya telah mengumumkan langkah untuk
memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen, dan ini secara langsung telah
menyebabkan kenaikan harga minyak.

Namun, walaupun langkah merasionalkan subsidi ini diambil, kerajaan
masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen
seliter untuk minyak diesel.

Dalam tahun 2013, RM 24.8 bilion telah diperuntukkan untuk subsidi minyak.
Berbanding negara-negara lain di Asia, harga petrol kita masih lagi rendah.
Harga seliter RON95 di Thailand ialah RM4.74, sementara di Filipina dan
Indonesia pula, seliter RON95 berharga RM5.44 dan RM3.05.

Pada bulan Jun yang lepas, kerajaan Indonesia terpaksa menaikkan
harga petrol sehingga 44%. Langkah tersebut sangat tidak popular,
namun kerajaan Indonesia sedar ia terpaksa ambil langkah-langkah
yang perlu untuk memperbaiki ekonomi negara itu.

Langkah-langkah bertanggungjawab dalam mengurus subsidi
Saya percaya kita perlu mengambil langkah jangka masa panjang
untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan pada
masa kini, supaya kita tidak akan membebankan generasi yang akan
datang kelak.
Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport
petroleum yang kecil, namun penggunaan domestik kita sangat tinggi.
Walaupun kita mengeksport petroleum kita ke luar, kita juga terpaksa
mengimport petroleum dari negara-negara lain untuk penggunaan
domestik.

Kita tidak boleh mengambil langkah fiskal yang tidak bertanggungjawab
dan terus menerus mengeluarkan RM 10 hingga 20 bilion dari kewangan
negara bagi tujuan subsidi minyak, sedangkan wang ini ia boleh
disalurkan kepada bidang-bidanglain yang lebih penting seperti
pendidikan dan peningkatan infrastruktur.

Pastinya potongan subidi ini merupakan perkara yang berat untuk
diterima oleh beberapa golongan masyarakat – kami memahami keadaan
ini.

Oleh itu, saya ingin meyakinkan semua rakyat Malaysia, terutama sekali
yang berada dalam golongan berpendapatan rendah, bahawa langkah
-langkah yang sesuai akan diambil untuk membantu anda mengatasi
keadaan kenaikan harga ini.

Kerajaan akan melaksanakan langkah ini secara beransur-ansur, dan
harga barangan terkawal dan perkhidmatan akan terus dipantau untuk
memastikan yang ia tidak dieksploit oleh mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab.

Saya harap langkah yang perlu ini akan disambut baik dengan hati
terbuka oleh semua pihak dalam kita bekerjasama mencapai matlamat
kita menjadi negara berpendapatan tinggi.