Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tuesday, October 22, 2013

Eyeing Najib's arguments on Malaysia's subsidy rationalisation

Langkah-Langkah Bertanggungjawab Dalam Mengurus Subsidi
Oktober 20th, 2013 
by Najib Razak

Sejak beberapa tahun yang lalu, dunia telah mengalami keadaan 
ekonomi global yang tidak menentu. Malaysia, sebagai sebuah negara 
yang menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat, pasti tidak 
terkecuali dari merasakan kesan kemelesetan ekonomi sejagat sama 
seperti negara-negara lain.

Saya percaya, amatlah penting untuk kita merasionalkan beberapa 
subsidi yang sedia ada bagi membantu kita mengharungi keadaan 
ekonomi global, termasuk merasionalkan subsidi minyak.

Pada bulan September lepas, saya telah mengumumkan langkah untuk 
memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen, dan ini secara langsung telah 
menyebabkan kenaikan harga minyak.

Namun, walaupun langkah merasionalkan subsidi ini diambil, kerajaan 
masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen 
seliter untuk minyak diesel.

Dalam tahun 2013, RM 24.8 bilion telah diperuntukkan untuk subsidi minyak.

Berbanding negara-negara lain di Asia, harga petrol kita masih lagi rendah. 
Harga seliter RON95 di Thailand ialah RM4.74, sementara di Filipina dan 
Indonesia pula, seliter RON95 berharga RM5.44 dan RM3.05. 

Pada bulan Jun yang lepas, kerajaan Indonesia terpaksa menaikkan 
harga petrol sehingga 44%. Langkah tersebut sangat tidak popular, 
namun kerajaan Indonesia sedar ia terpaksa ambil langkah-langkah 
yang perlu untuk memperbaiki ekonomi negara itu.

Langkah-langkah bertanggungjawab dalam mengurus subsidi

Saya percaya kita perlu mengambil langkah jangka masa panjang 
untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan pada 
masa kini, supaya kita tidak akan membebankan generasi yang akan 
datang kelak. 

Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport 
petroleum yang kecil, namun penggunaan domestik kita sangat tinggi. 
Walaupun kita mengeksport petroleum kita ke luar, kita juga terpaksa 
mengimport petroleum dari negara-negara lain untuk penggunaan 
domestik.

Kita tidak boleh mengambil langkah fiskal yang tidak bertanggungjawab 
dan terus menerus mengeluarkan RM 10 hingga 20 bilion dari kewangan 
negara bagi tujuan subsidi minyak, sedangkan wang ini ia boleh 
disalurkan kepada bidang-bidanglain yang lebih penting seperti 
pendidikan dan peningkatan infrastruktur.

Pastinya potongan subidi ini merupakan perkara yang berat untuk 
diterima oleh beberapa golongan masyarakat – kami memahami keadaan 
ini.

Oleh itu, saya ingin meyakinkan semua rakyat Malaysia, terutama sekali 
yang berada dalam golongan berpendapatan rendah, bahawa langkah
-langkah yang sesuai akan diambil untuk membantu anda mengatasi 
keadaan kenaikan harga ini.

Kerajaan akan melaksanakan langkah ini secara beransur-ansur, dan 
harga barangan terkawal dan perkhidmatan akan terus dipantau untuk 
memastikan yang ia tidak dieksploit oleh mana-mana pihak yang tidak 
bertanggungjawab.

Saya harap langkah yang perlu ini akan disambut baik dengan hati 
terbuka oleh semua pihak dalam kita bekerjasama mencapai matlamat 
kita menjadi negara berpendapatan tinggi.



No comments: