Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saturday, July 23, 2022

Eyeing Najib’s rebuttal

Tun M masih nak salahkan saya bagi membalas kenyataan saya kata negara semakin berundur ke belakang berbanding negara jirang selepas PRU14.

Antara kenyataan yang dia keluarkan hari ini ialah projek-projek masa Najib terlalu mahal, tidak diperlukan dan negara sudah bankrap.

Secara khusus dia petik projek keretapi laju HSR Kuala Lumpur ke Singapura.

Dia kata HSR ini tidak diperlukan sebab jaraknya terlalu pendek.

Baiklah..

HSR pertama Indonesia ialah dari Jakarta ke Bandung yang dijangka siap pada tahun depan (2023) = jarak 142km.

HSR pertama Thailand ialah dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima dan dijangka siap pada tahun 2026 = jarak 253 km

HSR pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke Singapura yang ditangguh oleh kerajaan PH dan dibatalkan kerajaan PN = jarak 350km.

Nasib baik Tun M bukan PM di Indonesia dan Thailand sebab tak adalah negara-negara jiran tersebut buat projek HSR sebab jaraknya lagi pendek berbanding HSR KL-Singapura.

Lagipun, Tun M macam tidak faham bahawa sektor KL-Singapura merupakan sektor penerbangan antara paling sibuk dalam dunia.

Permintaannya tinggi dan HSR KL-Singapura bakal menguntungkan.

Disamping memajukan pembangunan negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia yang dilalui landasan HSR, tren elektrik HSR ini akan mengurangkan pencemaran udara, menyediakan tambang yang lebih murah, menyenangkan Rakyat dan memajukan lagi sektor pelancongan memandangkan Singapura merupakan hab penerbangan antarabangsa yang dikujungi ramai pelancong antarabangsa.

Pembangunan Johor Baharu, Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, Putrajaya dan Kuala Lumpur mendapat manfaat besar.

Maksudnya pulangan ekonomi dari projek ini adalah sangat besar. Melebihi RM500 bilion pada tahun-tahun mendatang.

Tapi malangnya Tun M tak faham benda macam ini. Dia lebih gemar buat kereta nasional ketiga dan projek kereta terbang.

Sebab itu, keretapi laju tidak diperlukan. Rakyat boleh terbang ke sini ke sana dengan memandu kereta terbang.

Lepas itu, Tun M pula berulang meratib negara sudah bankrap bawah Najib.

Entahlah pelabur mana yang mahu labur dalam negara sekiranya Perdana Menteri sendiri selalu ratib negara sudah bankrap.

Dah kata bankrap, masih mahu labur ke?

Entahlah bankrap ke mana masa itu sebab ketika kerajaan BN kalah PRU14, hutang negara sebanyak adalah sebanyak RM686.8b. Nisbah hutang kepada KDNK pada suku pertama 2018 adalah 48.7%.

Lalu hutang dinaikkan ke RM1.08 trilion selepas PRU14. Nisbah hutang turut naik ke 62%.

Petronas dijarah RM80 bilion manakala RM30 bilion aset bersih Khazanah lesap ketika PH memerintah.

Lalu Tun M pula yang pernah mengaku rizab kekayaan negara adalah sebanyak RM2 trilion.

"Feb 2020: Dr M: Govt to tap RM2 trillion 'war chest'"

https://www.nst.com.my/business/2020/02/569993/dr-m-govt-tap-rm2-trillion-war-chest


Ya. RM2 trilion. Dinaikkan RM1.2 trilion dari RM800 bilion dalam tempoh saya PM.


Jika Tun tak bersetuju, sila nyatakan berapakah kekayaan negara pada tahun 2008 sebelum saya jadi PM sekiranya kekayaan negara melebihi RM2 trilion pada tahun 2020?