Sekadar berkongsi pemikiran saya 18/2020
1. Perayaan aidil adha disambut dengan "new normal" atau biasa baru. Di era pandemik covid-19 telah banyak mengajar kita yang sebenarnya. Seluruh dunia diminta mengamalkan wuduk bukan sekadar lima kali sekurang kurangnya sehari, menutup keseluruhan aurat (PPE), pusat hiburan dan maksiat ditutup.
2. Banyak yang perlu dikorbankan. Bebas bergaul telah terbatas. Tetapi baiknya masa berkualiti untuk mengeratkan mesra dan akrab dikalangan keluarga serumah (family bonding).
3. Berkorban lagi kerana kebebasan bergerak dikawal rapi. Oleh kerana itu pengorbanan tidak dapat jalankan tugas, mencari rezeki, mendapat pendapatan, berurus niaga dan terhentinya pembuatan, pembikinan dan pengeluaran.
4. Kepada mereka yang tidak mempunyai kelengkapan teknologi maklumat dan kemudahan komunikasi dalam talian atau akses kepada "wireless fidelity (wifi) atau pun rangkaian kawasan setempat tanpa wayar merupakan satu pengorbanan yang sangat tinggi kerana hidup dalam suasana kegelapan.
5. Tahun 2020, tahun Malaysia negara maju. Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang bergabung dengan ukuran ekonomi, pendapatan negara, jangka hayat, pendidikan, kebahagiaan, keharmonian, keselamatan, kadar kemiskinan & kelaparan akan memaparkan status negara. Negara maju wajib diwarisi oleh rakyat yang maju. Jika rakyat membangun perlahan dari pencapaian negara maka akan ujud jurang. Angka sedikit yang kaya akan menyama ratakan banyak yang miskin.
6. Penguasaan politik tidak tentu menjamin penguasaan ekonomi. Apabila terlalu banyak ketirisan dalam perlaksanaan oleh kerana kelemahan sistem pemantauan maka trillion yang diperuntukkan tidak menghasilkan matlamat yang hendak di capai. Pi mai pi mai, tangtu juga.
7. Era Biasa baru dan "new normal" post covid-19 wajib menerima pembaharuan didalam pemikiran dan tindakan pimpinan politik. Mereka wajib mencontohi amalan Nabi Mohamad SAW - Sidiq, amanah, tabligh dan fatanah ( benar, bertanggong jawab, berdakwah dan bijaksana).
8. Keadaan menjadi haru biru, kelam kabut dan tidak menentu jika ada kalangan pemimpin, pimpinan yang munafiq. Tidak kira diatas platform parti politik mana pun yang mereka wakili lebih lebih lagi mereka yang tidak ada apa apa parti politik dan sedang mencari cari ( yang sesat).
9. Allah swt telah berfirman didalam surah Al-Baqara ayat 8 hingga ayat 14. "Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10) Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikkan". (11) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". (14).
10. Sempena hari raya korban ini, ummah wajib bersedia untuk mengorbankan mereka yang berkepentingan diri, keluarga dan kroni lebih dari kepentingan rakyat dan kepentingan ummah. Ada yang telah banyak berjasa dan berkhidmat dengan cemerlang wajib juga berkorban kerana kelemahan, kelalaian, ditohmah, difitnah dan dihasut sehingga terjerumus dalam perangkap politik musuh dalam negara dan antarabangsa.
11. Berkorban apa sahaja untuk agama, bangsa dan negara. Jika didunia ada yang tidak terhambat dan dibuat, diakhirat tetap ada balasan nya.
Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat, NbM.
No comments:
Post a Comment