Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 9

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 9/2020


Serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru telah sedikit sebanyak berjaya untuk menyelesaikan masaalah mengurangkan kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Walaupun pegangan ekuiti telah tidak mencapai matlamat 30% nya tetapi DEB telah mengujudkan "middle class Malays" dan memberi peluang dan kebebasan kepada kaum lain untuk berkongsi rezeki negara yang melimpah ruah. "Sharing of the cake in an expanding economy and not robbing others opportunities".

Sudah tentu ada kebocoran dan ketirisan serta kelemahan dan kepincangan dalam perlaksanaan nya kerana ia ditadbir oleh manusia dan bukan nya robot. Insan yang lemah "as against" insan yang beriman, amanah, jujur & ikhlas akan berusaha untuk mencapai kepentingan kepentingan diri, keluarga dan kelompok. Dan oleh kerana itu matlamat tidak dicapai. "The multiplier effect and the effective distribution of wealth sacrificed". Kerana projek dijual dan nama serta hak keistimewaan disewakan. Trillion belanjawan tidak dapat dimunafaat kan.

Post Pandemic Covid-19, what are our options? Saya berpendapat, strategi serampang empat mata perlu dilaksanakan.

1. Membasmi kemiskinan, menghapus kelaparan, menjaga kesihatan maxima dikalangan rakyat dan menyelamatkan alam sekitar.

Satu Command Center (CC) atau Central Intelligence Center (CIC) wajib diujudkan yang menggabungkan maklumat rakyat Malaysia yang sepadu dan interactive. Sim card di Identity Card perlu hidup dan interactive sebagai device kewarganegaraan yang mengandungi maklumat kelahiran, pekerjaan, alamat majikan/pejabat/premis/industri, alamat kediaman, kod LHDN, kod KWSP, Kod Socso, kod kesihatan (MR no:), maklumat keluarga (isteri/isteri isteri/anak), maklumat pendaftaran perniagaan (SSM dan ROB), maklumat lesen memandu, maklumat kompetensi yang lain lain, maklumat passport antarabangsa dan lesen memandu antarabangsa, maklumat saman (PDRM/PBT/Penguatkuasa yang lain lain), maklumat qualification (kelayakkan), maklumat kerjaya (terkini dan kronologi sejarah), maklumat anugerah & darjah dan maklumat penting yang lain lain (misalnya akaun bank yang rasmi, keahlian Persatuan yang berdaftar, keahlian kelab kelab - golf, rekreasi dll, keahlian loyalty programs).

Smart Sim Card yang interactive dengan kebenaran akses yang berlapis dan kod sekuriti yang membenarkan pemunya dan pengguna yang dibenarkan sahaja beraksi diatas talian atau melalui modem/reader.

Sistem yang boleh kesan lokasi dan juga perjalanan ini boleh ditambah dengan alat pengesan tekanan darah, tahap gula dan denyutan nadi yang dirangkai terus ke pusat kesihatan yang berdekatan. Didalam keadaan kecemasan, bantuan khidmat tindakan balas kecemasan boleh dihubungi dengan menekan satu butang sahaja.

Sistem ini boleh dipanjang lebar untuk semua pelancong yang mengunjung negara dan juga pekerja dengan idzin (expatriates dan migrant workers).

Rasional nya agar diCIC itu akan dapat tracing dan tracking mobiliti rakyat dan pengunjung kekal & sementara. Melalui sistem tableau, peta pergerakkan dan pengumpulan juga akan dapat dikawal dan boleh digunakan untuk "monitor social distancing". Dimana pelanggaran syarat atau pun prosedur akan secara automatik "escalate" kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Dengan sistem ini, pihak berkuasa di Persekutuan mahu pun Negeri atau Daerah akan mengetahui dan mengenali rakyat didalam kawasan masing masing dan taraf serta keadaan mereka. Kepada yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan akan dapat diselaras dengan segera. Maka pembasmian kemiskinan akan lebih teratur, mereka yang lapar diberi bantuan khusus dan kesihatan rakyat dirapi setiap masa.

2. Pendidikan sepanjang hayat, menaja latihan dan peralihan kemahiran, menarik pelaburan untuk ujudkan pekerjaan dan laksana padanan mengikut keperluan awam dan swasta. Membekal tenaga untuk masa depan "future mega trends post covid-19". Wajib difikirkan juga "a uniform education system" untuk menjamin perpaduan masa depan negara.

3. Pertumbuhan ekonomi yang mampan dan lestari. Dimana penggunan tanah, tenaga kerja, modal dan pengurusan (keusahawanan) wajib di rancang dan strateji jangka pendek, menengah dan panjang dilaksanakan untuk menguruskan sumber sumber yang terhad untuk memenuhi permintaan yang tiada had.

Misalnya dibidang sekuriti makanan (food security). Peranan briged belia tani untuk mengusahakan tanah terbiar. Pelaburan melalui "contract purchase" dan program sistem pawah.

Banyak lagi bidang yang boleh dikaji dan diusahakan sebagai contoh "substitute" untuk produk produk yang gunakan khinzir. Menerokai pasaran halal dan menghalalkan perusahaan, pembuatan dan pengilangan.

4. Politikal reform yang berpaksi kepada perlembagaan negara untuk mengujudkan perpaduan sejati, keharmonian kaum melalui pematuhan rukun negara dengan tegas. "No atheis, no LGBT, lesbian, gay and so on so forth".

Peraturan dan perundangan yang kukuh dimana agama Islam, Bahasa Melayu, hak keistimewaan Bumiputera tidak boleh langsung diganggu gugat atau dibangkit serta diperbincangkan.

Memantapkan sistem pilihanraya dimana calun yang mewakili simbol yang beliau bertanding tidak boleh dibenarkan untuk "symbol hopping". Sistem yang tidak membenarkan simbol simbol yang menawar untuk bertanding tidak menepati janji janji mereka. Sistem yang tidak membenarkan calon calon membuat finah dan menghasut pengundi dengan dakyah yang tidak berasas. Sistem "self disqualification" kepada wakil rakyat yang telah dipilih tetapi derhaka kepada Yang DiPertuan Agong atau pun Raja atau Sultan dinegeri masing masing.

Political stability is key to the implementation of the three above. Kerajaan wajib jamin sistem keadilan yang luhur. No selective prosecution and persecution. Kerajaan juga wajib mempastikan "the delivery mechanism" oleh pihak pentadbiran efektif dan effisen. Penyelarasan Pusat dengan Negeri hingga keDaerah wajib tegas, cepat dan berkesan.

A solid and concrete infrastructure must be supported by a strong infostructure. We should harness information and communication technology but at the same time progress to control data technology.

Wallahu a'lam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب).
Salam hurmat, nbm.

No comments: