Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 11 & 12

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 11/2020


Satu andaian dan fahaman yang telah terbukti di-era pandemic covid-19 ini ialah bahawasanya gaji penjawat awam dibiayai oleh penyumbang cukai dan ditadbir oleh kerajaan sementara industri dan perniagaan serta perusahaan dibiayai oleh pengguna atau pun pelanggan.

Ramai penjawat awam berpendapat bahawa Kerajaan yang membayar gaji mereka, pada hakikatnya rakyat yang layak dicukai adalah pembiaya mereka. Dan peratusan kecil dari pembayaran cukai mereka menyumbang kepada peruntukkan membiayai belanja kerajaan yang lain2 saperti prasarana, infra, pendidikan, penjagaan kesihatan, keamanan & keselamatan dan yang lain lain. Boss mereka adalah rakyat dan badan serta aktibiti yang membayar cukai. Dengan ini perkhidmatan yang dedikasi dan cemerlang wajib diberi kepada rakyat dan pengusaha. Dengan penambahan percukaian oleh productivity serta pentadbiran yang effisien dan efektif, maka dengan penambahan revenue hasil cukai, pendapatan boleh di tingkatkan. Kualiti kehidupan akan bertambah dan sara hidup bermutu dijamin.

Untuk mereka dibidang swasta, gaji mereka dibiayai oleh pengguna dan pelanggan. Ramai yang berpendapat bahawa tuan punya atau pun syarikat yang membiayai saraan mereka. Sebenarnya, tuan punya atau syarikat membayar gaji tetapi dibiayai oleh pengguna dan pelanggan. Oleh kerana itu layanan dan khidmat kepada pengguna dan pelanggan perlu dimaximisekan untuk menambah pendapatan dan meluaskan pasaran. Pepatah "the customer is always right" sebagai panduan khidmat sahaja tetapi meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan akan menghasilkan tambahan yang boleh menguntungkan perusahaan dan menambah pendapatan pekerja.

Kadang kadang keutamaan siapa yang sebenarnya Boss disalah tafsir. Jika ini disedari oleh semua maka "we all can make the world a better place".

Salam hurmat, NbM.

Sekadar berkongsi pemikiran saya 12/2020

Didalam menyelusuri era pandemik covid-19 ini, sudah tentu Dunia bukan sahaja telah kehilangan mereka yang telah terkorban sebagai mangsa jangkitan, Dunia juga akan berhadapan dengan pelbagai masaalah dari segi pendapatan yang tidak menentu, perniagaan yang tidak dapat diteruskan, pemberhentian pekerja, pasaran saham yang merudum dan resessi atau "depression" ekonomi.

Ini akan mengakibatkan strata masyarakat yang susah menjadi lebih susah. Mereka yang punca pendapatan nya harian, akan lebih terkesan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakkan dan syarat syarat tertentu.

Walaupun Kerajaan tidak isyhtiharkan " A state of Emergency" atau keadaan dharurat, kita wajib memperaktikkan keadaan dharurat ini secara sukarela dengan pengawasan dari pihak keselamatan & ketenteraman awam dalam negeri serta angkatan tentera diRaja Malaysia yang di selaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Malaysia ada 2,838 klinik kesihatan (KK) disetiap pelusuk negara. KK ini boleh di jadikan bilik gerakan /command center - CC/ Intelligence Center - IC setempat dikawasan masing masing dengan geographical boundary mereka yang telah ditentukan. Biasanya KK akan ada maklumat terperinci mengenai penduduk, penempatan mereka dan rekod kesihatan (diluar bandar mungkin maklumat lebih tepat dari kawasan bandar dan pinggir bandar kerana ramai penduduk bandar /pinggir bandar melanggani klinik swasta). Kedepan, semua penduduk yang bermastautin dikawasan berkenaan wajib berdaftar dengan KK/CC/IC. KK/CC/IC boleh dapat maklumat dari Pejabat Pendaftaran Negara mengikut alamat terkini (dalam perkara ini penguatkuasaan kepada rakyat untuk pastikan alamat terkini mereka didaftarkan dalam tempoh yang cepat apabila berubah alamat adalah penting). Bilik Gerakan atau Command Center atau Intelligence Center ini akan menjadi pusat maklumat dan jawatankuasa pemandu (steering committee) bagi kawasan/jajahan dan kawasan sekitarnya dimana penyelarasan dengan Majlis Bandaraya/Perbandaran/ Pejabat Daerah/Polis DiRaja Malaysia/RELA/ Jabatan Pertahanan Awam/ Kem Tentera (jika ada) / JKKK / JKKKP/PIBG/ wakil tempat ibadat (masjid, tokong, kuil)/ JPS/ JKR/ TNB/ Telekom/ Lembaga Air/ Jabatan Pertanian/ Jabatan Kebajikan/ dan stakeholders yang lain lain.

Dibawah KK/CC/IC boleh diujudkan supporting committees yang complement kerja kerja bilik gerakan ini. Contohnya semua Pengerusi PIBG dan Guru Besar dari Sekolah2 dalam kawasan boleh tubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan Pendidikan. PAK imam Masjid, ketua Tokong, Ketua Kuil dan ketua rumah ibadat yang berada dalam kawasan boleh tubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Keagamaan. Pemimpin pemimpin NGO, parti politik (across the board), persatuan penduduk, pimpinan komuniti, pemimpin koperasi, rukun tetangga boleh tubuhkan Jawatakuasa Muhibbah misalnya.

Daftar tanah terbiar, kegunaan tanah untuk tanaman, daftar pengangguran (belia dan lain2 dan tahap pendidikan serta kemahiran), daftar OKU, daftar warga emas, daftar pendatang dengan idzin, daftar hasil mahsul dan lain2.

Untuk laporan, maklum balas dan hubungan interaktif, KK atau Comand Center ini di rangkai ke Pejabat Daerah ke UPEN Negeri dan ke ICU Jabatan Perdana Menteri serta Majlis Keselamatan Negara. MAMPU wajib menyelaraskan "the hardware and software" yang boleh diseragam pakai oleh semua KK, UPEN peringkat Negeri dan Negara, ICU dan MKN.

Sebaik nya Bilik Gerakan/Command Center/ Intelligence Center ini beroperasi 24 jam setiap hari dan gunatenaga mengikut shift. Semua Badan/Ajensi/Bahagian/Unit boleh bekerja cara lautan biru/blue ocean.

Salam hurmat, NbM.

No comments: