Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 16

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 16/2020


Biasa Baru (BB) / New Normal (NN)

Beberapa amalan telah diminta untuk rakyat amalkan bagi membantu mengekang / mengelakkan / mengawal jangkitan Covid-19. Antaranya elakkan 3C (crowded place, confined space, close conversation) dan amalkan 3W (wear mask, wash hands, watch distance).

Rakyat juga digalakkan "work from home" (WFH) dan berinteraksi diatas talian. Video conference, virtual meeting, webinars, town halls, virtual classroom dan lain lain lagi saperti zoom dan google meet etc etc.

Dinegara kita Malaysia ni, walaupun rakyat sibuk memerangi covid-19 dan meng-adaptasi cara hidup baru, tetapi pergolakan politik nya tidak berubah. Lompat melompat, rebut merebut, jajaran ubah berubah dan kenyataan yang berdolak dalik berlangsong saperti keadaan biasa.

Politik Malaysia juga wajib baru.

Penubuhan dan pendaftaran parti politik wajib dikawal dan mempunyai syarat umpamanya wajib mempunyai keahlian tidak kurang dari 5% dari jumlah pengundi. Tidak sewenang wenang boleh daftar parti politik. Ia tidak menyekat kebebasan orang atau individu untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas. Tidak mati Demokrasi.

Berdemokrasi dan berParti cara baru juga wajib difahami. Demokrasi bermakna yang minoriti mengikuti majoriti apabila sesuatu keputusan dibuat. Perbezaan pendapat dan perdebatan digalakkan. Tetapi bila dah diundi dan diputuskan, yang kalah wajar ikut yang menang. Jika setiap keputusan yang dibuat, yang kalah keluar Parti dan tubuh Parti baru, bukan demokrasi yang diamalkan tetapi autokrasi.

Jika kebersihan Parti telah dapat dilaksana dan fahaman berpolitik didalam sesebuah demokrasi difahami, perkara yang kedua penting ialah calon dalam pilihanraya. Calon yang menawarkan diri atau yang dicadangkan/dinamakan oleh Parti wajib "whiter than white". Tidak ada cacat celanya dari segi undang undang sama ada sivil mahu pun jenayah. Bersih dari rasuah dan skandal serta aktibiti luar tabi'i atau lain lain maksiat. Sewajarnya calon disaring dari mereka yang berwibawa, beramanah, berwatak sopan, berpengalaman, berilmu dan berintegriti. Tidak semesti kelayakkan tinggi tetapi hendaklah waras dan beretika tinggi (tidak Parlimen saperti pasar dan Dewan yang tidak dimuliakan dengan tingkah laku yang tidak sewajarnya). Kriteria pemimpin yang dipilih amat penting kerana diantaranya akan menanggong tugasan eksekutif. Jawatan eksekutif pula wajib mensyaratkan agar mereka dan keluarga serta waris terdekat tidak terlibat dengan portfolio yang diamanahkan. Pilihan diberi kepada penyandang untuk berkorban agar tidak disabit penyalah gunaan kuasa dan mempunyai kepentingan.

Perkara ketiga melibatkan kempen, publisiti dan perbelanjaan. Apa yang dibenarkan untuk calon dan apa yang dibenarkan untuk Parti. Sebaik nya perjuangan falsafah, tujuan dan matlamat individu atau parti dibenarkan. Wajar dilarang bahan, perbahasan dan tulisan yang mengaibkan individu atau parti yang bertanding. Positive vs Negative campaign.
Apabila perkara dua diatas telah dapat di sempurnakan, kempen yang bersih boleh di laksanakan dengan mudah kerana yang bertanding tidak mempunyai issue dan juga masaalah.

Perkara keempat ialah pengundian. Cara pengundian boleh diperbaikki dengan sistem pengundian online dalam dewan pusat daerah mengundi. Ciri ciri sekuriti mengenal pasti pengundi dan keselamatan kerahsiaannya wajib dipatuhi untuk elakkan penyelewengan. (Ini telah saya saksikan dilaksana di Nebraska semasa pilihan Presiden Amerika Syarikat apabila dijemput oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai pemerhati).

Perkara kelima ialah laporan calon diatas perkhidmatan nya kepada rakyat kawasan dewan undangan negeri atau parlimen. SPM wajar sediakan "report card" wakil rakyat dari aspek aspek perkhidmatan mereka kepada pengundi mereka. Wakil rakyat salurkan laporan melalui parti atau direct jika wakil bebas. Wakil rakyat yang menang diharamkan dari menukar parti hingga tempoh pemilihan nya tamat. Jika berlaku, wakil rakyat itu akan kehilangan kerusinya secara automatik.

Dan akhirnya, perbalahan dalam parti wajib diselesaikan mengikut perlembagaan parti dan tidak dibenarkan dilibatkan mahkamah saperti yang diamalkan sekarang.

Salam hurmat, NbM.

No comments: