Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Monday, March 21, 2022

Eyeing Ismail Sabri @ PAU 2021

ISMAIL SABRI BERJAYA LEPASI UJIAN PAU 2021

Ismail Sabri, Perdana Menteri yang tahu akan asal usul dirinya dan kekal beretika serta menjaga tatasusila walaupun mendapat layanan yang tidak seberapa daripada pucuk pimpinan parti beliau.

Seluruh keluarga Malaysia melahirkan empati yang sungguh tidak berbelah bahagi melihat beliau dilayan sedemikian rupa, serta kekaguman yang luar biasa melihat jiwa besar beliau yang kekal teguh tanpa ada secuit perasaan dendam walau sedikit pun.

Beliau memulakan ucapan beliau dengan merakamkan penghargaan kepada seluruh keluarga besar UMNO itu sendiri serta penyataan pendirian yang tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang.

Beliau ialah orang UMNO dan kekal teguh bersama parti hingga ke akhirnya, malah segenap kemampuan dan posisi beliau akan digunakan untuk membantu parti.

Dalam rangkuman ucapan beliau yang sarat dengan pencapaian bagi mematahkan hujah bahawa para MP-MP UMNO tidak “perform”, DSIS menggariskan enam (6) perkara teras yang merupakan agenda parti yang telah dilaksanakan di bawah aspirasi kerajaan pimpinan beliau iaitu :

a)       Mempertahankan dan menjaga kedaulatan institusi beraja yang merupakan payung utama perlembagaan negara dengan mentaati perintah YDPA, Tuanku bertitah agar  suhu politik negara ini diredahkan dan distabilkan demi menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda pemulihan nasional.

b)      Memperkasa dan menjayakan program vaksinasi untuk semua peringkat usia diseluruh negara demi mewujudkan kekebalan berkelompok dan melindungi seluruh negara daripada virus Covid-19.

c)       Meluluskan permintaan dan desakan KWSP RM10,000. Walaupun ianya harus suatu permintaan yang berat. Namun kerajaan tetap komited dan yakin bahawa simpanan hari tua rakyat akan segera dapat dipulihkan selaras dengan perkembangan positif pergerakan ekonomi negara ini di bawah pentadbiran DSIS.

d)      Penjenamaan semula kerajaan yang pernah terpalit dengan “black label”, di bawah aspirasi Keluarga Malaysia yang lebih menyeluruh melalui aspek keterangkuman,kebersamaan dan kesyukuran.

e)      Mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen agar proses semak dan imbang kekal berfungsi dengan baik, malah tidak ada pihak yang akan memonopoli kuasa demi kepentingan berkelompok.

f)        Penubuhan jawatankuasa berkaitan bagi isu-isu nasional yang berbangkit sebagai sebuah gambaran akan ketelusan kerajaan dalam menjalankan tugasnya. Antaranya ialah penyiasatan ke atas Tommy Thomas, Tabung Haji dan pembelaan ke atas arwah hero negara iaitu saudara Adib.

Manakala menyentuh soal ekonomi dan pemulihannya serta tawaran kerajaan UMNO/BN kepada rakyat pula, DSIS menyatakan bahawa banyak perkara-perkara yang sebelumnya tidak dinyatakan langsung oleh Presiden kerana keghairahan Zahid Hamidi untuk menekan PM bagi membubarkan parlimen dengan segera.

Antaranya ialah, :

a)       Ekonomi negara kita berkembang pada kadar 3.6% di bawah kepimpinan UMNO dn barisan menterinya.

b)      Penyediaan peluang pekerjaan sehingga 600,000 dengan peruntukan sebanyak RM4.8 billion.

c)       Syarikat-syarikat GLC yang menunjukkan peningkatan pendapatan dan peningkatan sumbangan mereka kepada kerajaan di bawah kepimpinan DSIS.

d)       Progam satu keluarga satu rumah, bagi memastikan setaip daripada rakyat negara ini mempunyai sekurang-kurangnya rumah milik sendiri yang dapat digunakan untuk berteduh.

e)      Bajet 2022 pula, sebanyak 75% daripada keseluruhan agihan akan diberikan kepada orang-orang Melayu selaku kaum majoriti terbesar di negara ini.

f)        Peningkatan gaji minimum bagi pekerja sektor swasta ke aras RM1,500 sebulan bagi meringankan kos hidup yang terpaksa di tanggung.

Berkaitan isu pembubaran parlimen dan PRU-15 pula, DSIS dengan penuh santun menyatakan pendirian beliau bahawa hak-hak YDPA hendaklah dihormati dengan sebaiknya, kuasa seorang PM hanyalah menasihati baginda sahaja.

Namun, DSIS dengan jiwa kepimpinan yang cukup besar menyatakan bahawa beliau selaku orang parti akan mengikut kata putus lima(5) kepimpinan tertinggi UMNO, sebelum mengusulkan hal berkaitan pembubaran ke kabinet untuk di bincang bersama dengan jemaah kepimpinan ahli kerajaan yang lainnya.

Demikianlah rangkuman ucapan DSIS, sebuah ucapan yang penuh tulus, menunjukkan kebesaran jiwa kepimpinan beliau dan yang terpenting sebagai sebuah pernyataan keras akan pendirian beliau.

Sebuah gambaran yang luar biasa daripada seorang individu yang kini sedang menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan Malaysia.

-RP-

No comments: