Mereka mahu penjelasan bertulis bersama bukti maka saya hantar penjelasan bertulis bersama bukti - Najib Razak.
Tapi jika dibahas isu ini, mereka akan terus kantoi dengsn beberapa-beberapa soalan mudah sahaja bahawa Rakyat perlu tanggung hutang 1MDB.
Kita abaikan saja 8 pangkalan anggota keselamatan yang telah dibina dan dinaik taraf oleh 1MDB.
Kita tolak tepi sebarang hasil penadapatan serta nilai aset projek TRX bernilai RM40b serta aset lain seperti tanah Pulau Indah dan tanah di Pulau Pinang dimiliki 1MDB.
Kita tak ambil kira penjimatan dari penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah ketinggalan zaman PM4 yang dianggarkan bernilai RM50b.
Kita tak kira juga segala perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi, Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan Deloittes.
Kita cuma fokus satu projek sahaja iaitu Bandar Malaysia.
Pada masa dahulu, bidang tanah dengan keluasan 486 ekar ini kurang menarik. Agak jauh dari bandar dan tiada rancangan pembangunan yang jelas.
Lalu, kerajaan BN dahulu rancang ianya stesen terminus bagi HSR Kuala Lumpur-HSR.
Kita buat dua stesen MRT di sana.
Kita lanjutkan ERL dari kLIA ke sana.
Kita jenamakan semula projek terebut dan menarik pelabur asing ke sana.
Kerajaan BN dahulu faham bagaimana cara untuk "add value", "create value" ataupun cara membina kekayaan negara.
Harga tanah di Kuala Lumpur hari ini boleh cecah RM3,000 satu kaki persegi.
Harga tanah di Singapura boleh cecah RM15,000.
Pada masa depan, jarak antara Singapura dengan Bandar Malaysia cuma 90 minit dengan HSR.
Kita tahu hutang 1MDB sebanyak RM32b ini hanya akan sampai tempoh pada tahun 2039.
Tony Pua sudah mengaku nilai tanah Bandar Malaysia sudah naik sehingga RM12 bilion hari ini.
Maka berapakah niai tanah keluasan 486 ekar Bandar Malaysia pada hari ini dan pada masa depan sehingga tahun 2039?
Jika kita ambil RM3,000 satu kaki persegi, maka:
486 ekar X 43,560 X RM3,000 = RM63.5 bilion
Itu tanah sahaja dan pada harga RM3,000 sahaja.
Tony faham matematik tak?
Bayangkan berapakah nilai tanah itu mungkin naik lagi sehingga tahun 2039?
Dan berapakah lagi keuntungan yang mampu dijana sekiranya kerajaan sendiri yang majukan projek ini?
Biarpun kami sering gunakan nilai RM140 bilion bagi nilai projek Bandar Malaysia tetapi ianya tidak mustahil sekiranya jumlah keuntungan mencecah angka ini pada masa depan apabila ianya siap dimajukan.
Sebab itu, geng sebelah sana hanya akan ratib hutang tapi tak pernah sekali sebut nilai aset dan projek 1MDB.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=528819698608973&id=100044428416531&sfnsn=mo
No comments:
Post a Comment