Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Friday, May 30, 2008

Tahniah kepada Tan Sri Rahim Tambychik


Tahniah kepada Y Bhg Tan Sri Rahim diatas perlantikkan beliau sebagai Pengerusi RISDA.

Profil Penubuhan

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

  1. Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah
    (Akta 85 Tahun 1972)
  2. Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

Misi dan Objektif RISDA

PERNYATAAN MISI

MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KOMERSIAL.

PERNYATAAN OBJEKTIF

PEKEBUN KECIL MEMPEROLEH PENDAPATAN SEKURANG-KURANGNYA RM2,000 SEBULAN SEKELUARGA MENJELANG 2010.

Piagam Pelanggan

  • Melulus permohonan yang lengkap bagi tanam semula dan semua program pembangunan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh terima.

  • Membuat bayaran bantuan tanam semula dan semua bayaran program pembangunan dalam tempoh 30 hari selepas lawatan pemeriksaan.

  • Membuat bayaran tuntutan am dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

  • Membuat bayaran imbuhan daripada keuntungan projek komersial kepada peserta mengikut jadual.

  • Memberi khidmat nasihat, latihan formal serta bimbingan yang professional kepada pekebun kecil dalam projek berkaitan secara berterusan.

  • Menyedia peluang bagi generasi kedua mengikut program pengajian akademik dan kemahiran yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerja.

  • Membekal input pertanian seperti benih tanaman, baja, ikan, ternakan dan lain-lain yang bermutu tinggi mengikut jadual.

  • Menyedia khidmat promosi produk projek ekonomi tambahan secara berterusan.

  • Memberi maklum balas kepada semua aduan dalam tempoh 7 hari.

No comments: