Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Friday, March 4, 2022

Eyeing Najib rebuttal Tun M

 Tun Mahathir kata saya "idiot" sebab saya kata kerajaan PH dan PN tidak pernah membayar balik satu sen prinsipal hutang 1MDB sejak PRU14.

Okay. Biarkan saya jelaskan.

Pada PRU14, baki hutang 1MDB  adalah:

1. Sukuk RM5b

2. Bon US$3.5b (RM14.7b) - dijamin IPIC

3. Bon US$3b (RM12.5b)

RM5b + RM14.7b + RM12.5b = RM32.3b

Ini turut disahkan oleh Jawatankuasa parlimen pada tahun 2019.

"RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB)" https://www.sinarharian.com.my/article/38270/BERITA/Nasional/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Bajet-sahkan-hutang-negara-RM11-trilion

Ianya masih RM32b setakat akhir bulan Jun 2021:

"Okt 2021: Hutang terkumpul 1MDB RM32 bilion setakat akhir Jun 2021"

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/881690/hutang-terkumpul-1mdb-rm32-bilion-setakat-akhir-jun-2021

Jadi, Tun boleh beritahu saya sukuk atau bon mana yang telah dilangsaikan sepanjang tempoh PH dan PN memerintah?

Selain hutang, saya turut perjelaskan lagi banyak perkara berhubung 1MDB semasa saya berucap dalam dewan.

Tapi Tun hanya dengar hutang sahaja.

Yang lain seperti penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah oleh 1MDB yang menguntungkan negara sebanyak RM50b dan turut menyumbang kepada kenaikan rizab tunai Petronas dari RM30b ke RM176b pada masa PRU14, Tun tak komen walaupun inilah projek-projek kroni ketinggalan PM4?

Pembatalan perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik kerajaan Abu Dhabi di mana IPIC sepatutnya membayar balik sehingga US$6.5b sebelum 30 Dec 2020, Tun tak mahu koimen sedangkan kerajaan PH yang batalkannya?

Projek TRX bernilai RM40 bilion, Tun juga tak komen walaupun menteri kewayangan Tun sebut ini adalah antara aset terpenting negara?

Pembinaan dan kenaikan taraf 8 pangkalan anggota keselamatan oleh 1MDB termasuk pembinaan pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan terbesar negara, Tun M tak komen?

Projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion milik 1MDB, Tun tak mahu komen walaupun Tun pernah sebut ini adalah antara projek paling strategik negara, Tun tak mahu komen?

Siapa idiot sebenarnya?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=520206346136975&id=100044428416531&sfnsn=mo

No comments: