Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saturday, December 11, 2021

Eyeing siapa yang memalukan

DSN - Malu apa Boss ku.

Jom kita tanya diri. 

Cuba tanya, membawa negara Malaysia dengan gelaran pasaran saham paling lama menaik oleh media antarabangsa ini adalah satu tindakan yang memalukan ke? 

Cuba tanya, membawa model pembiayaan infrastruktur Malaysia sebagai satu templat untuk rujukan semua adalah sesuatu yang memalukan ke? 

Cuba tanya, menaikkan nilai Khazanah Nasional dari RM32 Billion sehingga RM116 Bilion adalah sesuatu yang memalukan ke? 

Cuba tanya, menaikkan rizab tunai Petronas dari RM30 Billion ke RM174 Bilion adalah sesuatu yang memalukan? 

Cuba tanya, MRT, Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway (Tanpa Tol), CSR (Tanpa Tol), LRT 2 dan 3, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah tu memalukan ke? 

Cuba tanya, MRT yang berjaya disiapkan lebih awal dengan penjimatan kos sebanyak RM 2 BILION dari sasaran asal MRT laluan Sg Buloh Kajang tu memalukan ke? 

Cuba tanya, kejayaan pelaburan konglomerat Malaysia di London melalui Battersea Power Station tu memalukan ke? 

Cuba tanya, negara ingin dibangunkan dengan Wilayah Iskandar, Rapid Pengerang, Danga Waterfront, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia tu memalukan ke? 

Ini pun sekadar cebisan-cebisan sahaja dari banyak2 sumbangan yang diberikan sepanjang karier beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. 

Maaf lah ya. 

KALAU DS Najib ini yang sangat banyak menyumbang dikira memalukan untuk negara bagi Hakim-Hakim di Malaysia ini, saya tertanya2 pula. 

Bagaimana pula dengan video yang dikatakan pemimpin Malaysia yang tersebar dan sampai ke sudah tidak dapat dikenalpasti pelakunya walaupun disahkan sahih adalah tidak memalukan? 

Bagaimana pula dengan penguatkuasaan undang2 Malaysia yang sehingga hari ini membiarkan Jho Low dan Nik Faizal bebas tanpa diheret untuk dibicara? 

Bagaimana pula dengan tindakan mengenepikan bukti2 baru sedangkan pelaku diarah bela diri, membuktikan bahawa ada keraguan munasabah dalam kes? 

Bagaimana pula dengan penguatkuasaan undang2 Malaysia, integriti perbankan Malaysia yang membatalkan saman terhadap Joanna Yu Ging Ping, saman terhadap AMMB Holding Berhad, AmBank Islamic Berhad yang telah melanggar Akta Bank dan Instituisi Kewangan (BAFIA) dengan berurusan dengan pihak ketiga yang tidak sah, yang bukan pemegang mandat akaun? 

Bagaimana pula dengan integriti instituisi perundangan Malaysia yang menyaksikan bekas penasihat bekas Menteri yang didakwa ketika itu dilantik menjadi peguam negara dan seterusnya disabit tidak bersalah? 

Bagaimana pula dengan instituisi perundangan negara yang mengenepikan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara dan bekas Menteri yang didedahkan akan akaun2 luar negara milik suami dan ahli2 keluarga? 

Bagaimana pula dengan kes2 yang digugurkan selepas pakatan harapan mengambil alih tampuk kuasa? 

Bagaimana pula dengan cubaan kerajaan Malaysia satu ketika dahulu yang cuba mengangkat bekas banduan untuk dijadikan Perdana Menteri? 

Bagaimana pula dengan kekayaan tidak terkira bekas PM dan kekayaan anak2 mereka yang menjadi bilionaires tapi tidak disiasat? 

Bagaimana pula dengan kes Forex 30 Bilion dengan RCI penuh oleh Bank Negara yang kemudiannya difailkan sebagai NFA - No Further Action tidak memalukan negara? 

Bagaimana pula dengan kes BMF yang bukan sahaja melibatkan dana lebih dari RM2 Bilion tetapi turut menyaksikan pembunuhan auditor Malaysia di Hong Kong - arwah Jalil Ibrahim? 

Bagaimana pula dengan sistem perundangan kita yang membakulkan sampahkan kertas siasatan PDRM akan kegiatan pengganas2 LTTE yang terdiri dari antara parti komponen kerajaan yang memerintah tidak lama dahulu? 

Sebelum ingin menilai bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa sebagai individu yang memalukan negara, mohon cermin diri. 





 

No comments: