Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Monday, April 26, 2021

Eyeing Najib's jab 25April,2021

 Hari ini berlangsung mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO-

Ya dengar sini Najib nak cakap 


Tidak pernah ada satu tohmahan yang kata saya atau anak-anak saya atau kroni dikatakan terlibat dalam projek Petronas.

.

Lalu hampir RM50 bilion aset Petronas dikikis PH dan PN selepas PRU14.

.

Saya pengerusi Khazanah Nasional. Nilai bersih Khazanah naik 3.7 kali ganda dari RM32 bilion ke RM116 bilion sebelum PRU14.

.

Tidak pernah ada satu tohmahan yang kata saya atau anak-anak saya atau kroni dikatakan terlibat dalam projek Khazanah.

.

Lalu dihakis dan dijual PH dan PN sehingga nilai turun ke RM80 bilion.

.

Saya jaga tabung KWAN yang naik 3.7 jali ganda dari RM4.3 bilion ke RM16.9 bilion sebelum PRU14. 

.

Satu Ringgit pengeluaran pun tak pernah dibuat saya.

.

Lalu dikorek oleh PN masa darurat ...

.

Semasa saya PM, kekayaan negara naik sebanyak RM1.2 trilion ke RM2 trilion manakala hutang negara naik RM300 bilion sepanjang tempoh 9 tahun saya PM.

.

Tapi hutang negara naik lebih RM300 bilion dalam tempoh 3 tahun selepas PRU14 manakala kekayaan negara menurun.

.

IPP dulu milik kroni-kroni PM4. Kita beli balik masa saya PM. tapi dijual balik selepas kita diselesaikan perjanjian berat sebelah yang banyak merugikan TNB dan Petronas.

.

Lebuhraya PLUS milik pihak swasta. Kita beli balik dan letak 50.1% bawah kerajaan dan 49.9% bawah KWSP supaya rakyat boleh mendapata pulangan dari hasil tol.

.

Hasil dari dasar "kroni saya Rakyat", dividen dan hibah tabung-tabung Rakyat seperti KWSP, ASB, LTAT dan Tabung Haji adalah tinggi dengan konsisten sepanjang tempoh itu.

.

Bukan itu saja tapi pelbagai bantuan kepada Rakyat diperkenalkan dan dinaikkan tiap-tiap tahun.

.

Pelbagai projek-projek pembangunan serta infrastruktur seperti Pengerang, MCKIP, TRX, Bandar Malaysia, Taman Tugu, Bangunan Warisan 118, Pan Borneo Highway, sambungan LRT1/.LRT2, LRT3, MRT1, MRT2, HSR, Lebuhraya CSR bebas tol dan sebagainya dilancarkan dan dimajukan bagi Rakyat dan demi pembangunan negara.

.

Ini dikatakan saya penyamun, penyanggak dan perompak dan saya mufliskan negara ke?


-DS Najib Razak

https://www.facebook.com/157851205951/posts/101578447572

No comments: