Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Friday, April 10, 2015

Eyeing Datuk Seri Salleh Said Keruak's take on Mahathir Mohamad

Tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukanlah taktik baru yang pernah diguna pakainya.
Menurut tulisan blog Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, taktik yang dilakukan Tun M itu pernah melakukan perkara sama untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
"Tun M telah memperlekehkan pentadbiran Pak Lah dengan mengatakan kerajaan kita diuruskan oleh 4K iaitu Kak Endon (isteri Pak Lah), Kalimullah (orang kuat Pak Lah), Khairy (menantu Pak Lah) dan Kamal (anak Pak Lah)," katanya.
"Kali ini Tun M menggunakan cara yang sama iaitu membabitkan isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor demi menyingkirkan Najib.
"Gelaran 'first lady' bukan pertama kali diguna pakai, bahkan pernah juga digunakan oleh isteri Tun M, Tun Dr Siti Hasmah," katanya.
Tambahnya, cara kritikan Tun M itu telah memberi gambaran dasyat mengenai keperibadian Rosmah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
Tulis Salleh lagi, keistimewaan yang diberikan kepada Rosmah adalah hak kerajaan kerana beliau juga adalah 'First Lady' yang memainkan peranan secara formal.
"Saya harap siapa pun pilihan Tun M selepas ini, orang itu dapat meneruskan projek Jambatan Bengkok dan landasan berkembar keretapi ke Singapura pada tahun pertama Tun M menjadi Perdana Menteri.
"Kalau tidak orang itu bakal berdepan untuk dikritik oleh Tun M di masa hadapan."

No comments: