Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tuesday, April 14, 2015

Eyeing Azmy Kelana Jaya's comment on previous call for the resiganation of Mahathir Mohamad

TAHUKAH anda? pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ada lapan individu pernah mendesak beliau meletakkan jawatan sekitar tahun 1987, kira-kira enam tahun selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Pada ketika itu pun, Dr Mahathir tidak  mempedulikan desakan tersebut dan terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003.
Terdapat lapan individu yang pernah mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang pernah diperkatakan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Syed Hamid Albar.
Baki mereka yang mahu Dr Mahathir meletakkan jawatan ialah Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan bekas Menteri Perusahaan Awam Datuk Abdul Manan Othman.
Kebanyakan daripada individu itu merupakan anggota awal Parti Semangat 46 dipimpin Tengku Razaleigh. Parti itu ditubuhkan selepas Dr Mahathir enggan meletakkan jawatan biarpun didesak.
Daripada beberapa laman blog, ada mengatakan bahawa Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menerima desakan untuk melepaskan jawatan.
Tetapi beliau berkata “Saya tidak pernah didesak letak jawatan sepanjang jadi Perdana Menteri,” kenyataan yang dipetik The Edge baru-baru ini.
Antara kejadian yang menyebabkan timbul desakan itu ialah peristiwa Memali, pemilihan Presiden UMNO 1987, pengharaman UMNO pada 1988, kerugian Bank Negara, kes Perwaja Steel dan isu berkaitan pemecatan Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga pernah didesak letak jawatan kerana skandal pembelian 88 buah pesawat pejuang jenis Skyhawk pada awal 80-an.
Ia menjadi satu kontroversi kerana dari 88 buah yang dibeli, hanya separuh sahaja boleh digunakan itupun dengan pelbagai masalah teknikal sehingga dikatakan ramai juruterban Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang atau terbunuh dalam nahas.
Sebenarnya, ia merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang Perdana Menteri itu didesak meletakkan jawatan tetapi adakah desakan itu sesuai atau tidak untuk disuarakan.
Dr Mahathir pada ketika itu tidak langsung mengendahkan desakan itu dan terus kekal sebagai Perdana Menteri jadi tidak ada salahnya Perdana Menteri kini Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir negara secara tersendiri dan terus kekal.
Tambahan lagi, Najib memperolehi sokongan demi sokongan dari para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga sokongan dari sayap parti dalam UMNO di belakang beliau.
Ia bagi menunjukkan kepimpinan Najib disokong oleh mereka biarpun dikritik secara bertalu-talu oleh Dr Mahathir melalui media, blog dan video ke atas kepimpinan beliau.

No comments: