Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Monday, August 22, 2011

Eyeing the OCBC Cycle Malaysia 2011

Berbasikal keliling KL OCBC Cycle Malaysia 2011


(Dari kiri) Jeffrey Chew, Naim Mohamad dan Chris Robb pada pelancaran OCBC Cycle Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR – Program berbasikal mengelilingi Kuala Lumpur, OCBC Cycle Malaysia 2011 akan dianjurkan buat pertama kali pada 15 dan 16 Oktober ini bermula di Dataran Merdeka.

Pengarah Urusan Spectrum Worldwide, Chris Robb, iaitu pengajur program tersebut berkata, acara itu bakal menarik pelbagai lapisan masyarakat dan usia dalam usaha memupuk minat membabitkan diri dalam sukan berbasikal.

“Malaysia terkenal dengan acara berbasikal antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi (LTdL), tetapi dalam masa yang sama kita juga mahu mengajak masyarakat Malaysia sama-sama mengayuh basikal sebagai amalan gaya hidup sihat.

“Program tersebut boleh dijadikan platform untuk menarik minat golongan muda terbabit dalam sukan berbasikal,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hadir sama dalam sidang akhbar tersebut ialah Pengarah OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Jeffrey Chew.

Tambah Robb, pihaknya mensasarkan 4,000 hingga 5,000 penyertaan pada program tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, pihaknya akan membantu menjayakan acara tersebut dengan menarik penyertaan pelumba basikal kebangsaan.

“Saya tidak dapat membuat keputusan kerana pada tarikh yang sama ramai pelumba negara akan menyertai Grand Prix di Sabah.

“Saya akan berbincang dengan Presiden PKBM (Datuk Abu Samah Abd. Wahab) mengenai perkara ini supaya tarikh GP tersebut boleh dianjakkan ke tarikh lain, bagi membolehkan pelumba negara turut serta pada OCBC Cycle Malaysia 2011 nanti,” ujarnya.

Mereka yang berminat mendapatkan maklumat mengenai OCBC Cycle Malaysia 2011 boleh melayari laman web www.ocbc.cyclemalaysia.com.my.

No comments: