Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 21

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 

21/2020

Ekuiti Melayu/Bumiputera

Kerajaan tidak perlu "invent a new wheel". Vehicle yang ada sekarang dari Yayasan Pelaburan Bumiputera kepada Pelaburan Nasional Berhad dan seterusnya Amanah Saham Nasional Bumiputera boleh di gunakan untuk perbaikki kedudukkan ekuiti Bumiputera.

Model ini sesuai untuk majoriti daripada masyarakat kita kerana ramai kita dibawah dan pertengahan strata kuasa beli kerana kekurangan modal, masa dan kepakaran. Dengan ada satu badan professional yang menguruskan pelaburan dan mewakili pelbagai portfolio, risiko dapat dikurangkan jika dibandingkan pelaburan dibuat sendiri dan disatu kaunter sahaja. Pendapatan untung dari kaunter yang lain boleh subsidi kerugian kaunter yang lain. Elemen hedging ini akan membantu menjamin bayaran dividen yang diharapkan. Dan apabila pelaburan disatukan, tabung yang besar biasanya akan dapat peluang dan harga yang baik (volume purchase).

Dengan pemilikkan ekuiti oleh Bumiputera, selain dari dividen dan capital appreciation, peluang untuk anak Bumiputera mencari pekerjaan juga akan bertambah. Owners do have some influence in the running of business (policies) as long as they dont interfere with the operations.

Dengan professional yang pakar dan sistem yang canggih (computerised analytics and survey) dipasaran, ia akan dapat menjamin pulangan yang baik. Dengan pencapaian ini, bukan sahaja pelabur boleh guna simpanan peribadi atau potongan gaji, bahkan juga boleh meminjam kerana dividend yang diterima boleh melangsaikan bayaran instalment pinjaman.

Saya tidak mempunyai angkanya, tapi katakanlah ada 12 juta pelabur dengan pelaburan 200 billion, dengan ceiling 200,00 unit seorang pelabur, peluang untuk ramai lagi bumiputera untuk mencebur diri dalam pasaran ekuiti. Dengan potongan atau sistem auto labur dari pendapatan isirumah keluarga melayu (jika diambil kira 20 juta rakyat melayu purata 5 orang satu keluarga) yang berjumlah 5 juta pelabur bulanan dari RM10 hingga RM100 sebulan, peningkatan ekuiti dan pemilikkan asset industri, pengilangan, pembinaan, pembuatan, perusahaan dan perniagaan oleh bumiputera boleh dapat ditingkatkan. Dengan zaman teknologi yang canggih sekarang dimana sistem komputer boleh menganalisa senario ekonomi, prestasi syarikat, pengumpulan data yang besar, dengan pantas dan tepat, jaminan kepada pelabur akan lebih dipercayai dan diyakini.

Saya teruja dengan cadangan safety net yang dilontarkan oleh Dato Dr Hasan Mad. Clearing house atau tebus gadai saham milik bumiputera wajib diujudkan supaya ia kekal pegangan bumiputera. (Dalam konteks ini definasi bumiputera wajib di selaraskan dan dipastikan 100% dan bukan lagi 51: 49, 60:40 atau 70:30).

Satu aspek "safety net" yang saya ingin cadangkan ialah caruman keuntungan usahawan yang ditabungkan. Modus operandinya adalah saperti potongan KWSP tetapi melibatkan satu pihak ia itu keuntungan syarikat. Tabung untuk mikro business dan usahawan kecil & sederhana ini adalah safety net bagi usahawan bila menempuh kerumitan. Bila untung, katakan lah 10% dipaksa carum, bila menghadapi masaalah usahawan boleh bersandar kepada tabung ini bila kerugian atau kesulitan aliran tunai. Tabungan ini bila diuruskan dengan jaminan kerajaan juga akan menghasilkan dividen kepada penabung. Jumlah tabungan juga boleh jadi kolateral kepada pinjaman di instituisi yang lain.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat: NbM.

No comments: