Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 19

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 19/2020


Fools or idiots - bodoh, ahmak, baghal, bahlul, bebal, benak,bengap, bingung, bongak, bongok, congong, dogol, dongok, dungu, goblok, hamik, jahil, palui, pandik, pongah, pusung, sementung, songor, tolol, samdol, bingai, tongong dan lain lain.

Di India kalau mengikut agama atau masyarakat ada kelas atau kasta mereka yang dibahagikan kepada Brahmin (Paderi dan Guru), Ksatriya (Pendekar  dan Pemerintah) Vaisya (Petani,  Pedagang dan Pelukis) dan Sudra (Buruh).

Agama, lokasi geografi, latar belakang, pelajaran & pendidikan, pekerjaan, percampuran & hubungan dan perkara perkara lain yang berhubung kait saperti . Takbur, Hasad dengki, Bakhil, Ujub, Riya’, Lahap kadangkala akan menentukan watak, sikap, pemikiran, tingkah laku, emosi, keputusan dan tindakan seseorang insan.

Almarhum Senator Datuk Azman Attar pernah menyuarakan bahawa "if you are in power, you must be powerful, if not you are a bloodyfool". Sudah tentu hujjah ini ada baik dan buruknya. Berkuasa untuk kebaikkan atau kejahatan. Adakala nya bolih dipisah dari putih dan hitam tetapi adakala nya ia kelabu. Oleh itu wajib ada pemisahan diantara Raja Berpelembagaan, cabang Eksekutif, Kehakiman dan Legislatif. Sistem diMalaysia cacat disatu ketika apabila eksekutif rampas hak Raja Berpelembagaan dan campurtangan dalam cabang Kehakiman. Alhamdullilah syukur, perkara ini telah diperbaikki dengan Eksekutif yang sedang berkuasa sekarang.

Fitrah Allah swt dengan ciptaan dan kejadian maanusia dibekalkan akal, minda, pemikiran, deria, mata, telinga, hidung, mulut dan anggota yang lain. Kita lihat dan dengar apa yang berlaku. Kita ambil, cerna dan tapis. Tabayyun saperti dalam surah 49 ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan“.

Masa yang lampau telah berlalu dan tidak kita mempunyai kuasa untuk merubahnya. Kita boleh "delete" dan padam tetapi telah tetap berlaku. Kita telah melaksanakan tanggongjawab kita mengikut suasana dan keadaan sewaktu itu. Silap atau betul, masa telah dan akan menentukan nya. Betul diwaktu itu mungkin salah sekarang. Selagi hayat dikandung badan, kita boleh membetulkan apa yang salah, perbaikki yang silap, kuatkan yang lemah, satukan yang telah berpisah, tegangkan yang telah kendur dan berserah kepada Allah swt.

Kita semua berilmu, hanya masa akan menentukan sama ada keputusan dan tindakan kita bijak atau tidak.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat: NbM.

No comments: