Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, May 30, 2021

Eyeing Najib's troll?

 Najib hanya tahu troll? Najib hasut kerajaan?


Jom  baca ini:


𝗡𝗢 𝟭: Feb 2020: Najib suruh kerajaan PH halang pelawat asing dari negara China serta merta. Akibatnya terlambat dan gelombang pertama Covid bermula.

Apa yang pemimpin-pemimpin politik lain buat masa itu? Goyang telur?


𝗡𝗢 2: Mac 2020: Najib saran gunakan kaedah cash is king dan kekayaan negara RM2 trilion dibina dan ditinggalkan kerajaan BN bawah Najib untuk bantu Rakyat dan selamatkan ekonomi negara semasa PKP 1.0 dibuat. Akhirnya kerajaan PN ikut dan pemberian BPN/BPR bermula.


Pemimpin-pemimpin parti lain ada bersuara masa itu? Berapa ringgit haram kekayaan negara yang dibina dan ditinggalkan mereka?


𝗡𝗢 3:  Mac 2020: Najib suruh benarkan pengeluaran dari akaun 2 KWSP dan moratorium pinjaman diberi, Akhirnya i-Lestari dilancarkan dan moratorium pinjaman diberi.


Pemimpin parti kamu tak nampak bayang pun masa itu. Pernah mereka saran tak?


𝗡𝗢 4: Mac 2020: Najib suruh letak harga lantai bagi harga petrol apabila harga minyak dunia menjunam sehingga jadi negatif agar inflasi tidak meletop apabila harga minyak memulih.


Kerajaan PN tak hirau cadangan ini. Akibatnya kadar inflasi sekarang meroket naik dan menyeksa rakyat pada masa pendapatan kita berkurang akibat PKP tak henti-henti.


Siapa pemimpin lain yang terfikir benda ini? Ada?


𝗡𝗢 5: April/Julai 2020: Najib suruh kerajaan segera bawa usul untuk naikkan had hutang kerajaan dari 55% ke kadar lebih tinggi supaya ada ruang untuk membantu Rakyat apabila diperlukan. Kerajaan PN ikut saranan ini pada Ogos 2020.


Pemimpin-pemimpin lain cuma pandang sahaja sebab tak faham benda-benda cam ini.


𝗡𝗢 6: Julai 2020: Najib bidas kerajaan yang tukar syarat kuarantin mandatori bagi pelawat asing dari pusat kuarantin kerajaan ke kuarantin kendiri di kediaman kerana mahu jimat kos.


Setelah kluster Sivangangga melibatkan penduduk Malaysia yang pulang dari India langgar kuarantin kendiri, Kerajaan akhirnya akur dengan saranan Najib dan kuarantin kendiri pelawat asing di rumah tidak lagi dibenarkan. Sudah terlambat.


Di mana suara-suara pemimpin korang masa itu?


𝗡𝗢 7:  Julai 2020: Najib (dan Musa Aman) bidas Shafie bubarkan DUN Sabah untuk buat PRN Sabah. Najib kata tiada keperluan sebegini.


Pemimpin-pemimpin parti lain sokong PRN Sabah pula. Akhirnya Covid semakin naik.


𝗡𝗢 8: Oktober 2020: Najib beri amaran bahawa kuarantin kendiri hanya 3 hari saja bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah adalah amat berisiko dan berbahaya. Najib pilih kuarantin 14 hari walaupun diwajibkan 3 hari sahaja.


Seminggu selepas itu, kerajaan aku tersilap dan naikkan tempoh kuarantin ke 14 hari tetapi sudah terlambat setelah Covid di bawa balik dari PRN Sabah ke semenanjung.


Pemimpin-pemimpin lain membisu sahaja.


𝗡𝗢 9:  Oktober 2020: Najib saran kerajaan sekat rentas negeri selepas PRN Sabah ketika kes baharu cuma sekitar 400. Bahagian besar kes adalah di Sabah selepas PRN Sabah dan Kedah (kluster Sivagangga dan penjara Alor Setar). 


Tapi kerajaan tak layan dan hanya sekat rentas negeri pada awal November apabila kes baharu sudah mula sampai 1,000. Paling pelik ialah sekatan ini ditarik balik sepenuhnya pada 7 Disember setelah kes baharu cecah 1,600 sehari.


Pemimpin lain mana pernah peka dengan ini?


𝗡𝗢 10: Oktober 2020: Najib suruh kerajaan menetapkan dasar untuk asingkan banduan dan orang kena tahan baru selama 14 hari sebelum di pindah ke penjara dan depoh tahanan imigresen yang sesak. 


Kerajaan amalkan dasar ini pada bulan Februari setelah hampir semua penjara dan depoh imigresen menjadi kluster Covid besar. Paling sedih ialah Covid juga menjangkit warden dan pekerja imigresen yang kemudiannya sebarkan ke dalam komuniti.


Abah kau pernah fikir perkara-perkara seperti ini tak walaupun dia pernah menjawat Menteri KDN.


𝗡𝗢 11:  Oktober 2020: Najib cadang dan tuntut pengeluaran one-off dari akaun 1 KWSP. Akhirnya kerajaan terpaksa buat 4 bulan kemudian setelah menerima jutaan makian. Berjuta-juta rakyat berterima kasih pada Najib.


Korang? Syarat puteri Gunung Ledang dibilangnya. Siap kecam Najib. Akhirnya cubaan claim kredit tanpa berterima kasih pada Najib oleh pemimpin kerajaan PN diketawakan netizen.


𝗡𝗢 12: Disember 2020: Setelah jumlah kes Covid cecah 100k, Najib suruh kerajaan bertindak segera untuk hentikan gelombang ini sebelum menjadi lebih parah. Kerajaan tunggu hingga 13 Januari untuk buat Darurat dan PKP separuh masak.


Peminpin lain mana ada kisah Covid cecah 100k? Tak dengar siapa dalam kerajaan yang peduli pun masa itu.


𝗡𝗢 13: Disember 2021: Entah berapa kali Najib bidas dan beri amaran bahawa langkah kerajaan kurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing dari 14 hari ke 7 hari akan membawa kepada varian mutasi Covid lebih bahaya dan akan membawa tragedi untuk negara.


Kerjaan tak layan selama 5 bulan. Akhirnya kerajaan buat juga pada bulan April tapi sudah terlambat setelah sekurang-kurangnya 3 varian baru berjaya masuk untuk mengganas warga Malaysia.


Hanya Najib seorang sahaja yang pernah nampak risiko amat besar ini. Tak pernah Nabeel nampak mana-mana pemimpin parti PN atau PH lain yang pernah sebut perkara ini pun.


𝗡𝗢 14:  Januari 2021: Najib bidas kerajaan PN buat PKP 2.0 secara separuh masak dengan banyak kelonggaran sebab ianya akan membawa kepada penderitaan berpanjangan dan PKP 3.0 tak lama kemudian.


Akhirnya terbukti Najib betul dan PKP 3.0 terpaksa dibuat hanya 1 1 1/2 bulan selepas PKP 2.0 tamat. 


Akibat tidak dengar Najib, kerajaan PN menyusahkan seluruh Rakyat Malaysia dan membawa kepada lebih 2,000 nyawa terkorban secara sia-sia.


Tiada seorang pun pemimpin dari mana-mana parti selain UMNO pernah bekap Najib apabila dia berkali-kali beri amaran PKP separuh masa ini akan membawa kepada malapetaka.


Yang Najib dapat pula ialah kecaman dari parti PAS bahawa Najib cuma mahu troll untuk dapat likes. PPBM pula kata Najib tiada moral standing untuk memberi nasihat. Haprak betul.


𝗡𝗢 15:  Februari 2021: Najib beri amaran bahawa sekolah fizikal perlu ditangguh sehingga keadaan Covid terkawal. 


Kerajaan PN pula buka semula sekolah pada awal bulan Mac apabila kes Covid lebih tinggi berbanding ketika PKP 2.0 bermula. Akhirnya 64,000 murid dijangkit Covid, puluhan kluster pendidikan tercetus dan Covid merebak ke masyarakat melalui kanak-kanak dan ibubapa mereka.


Tak pernah sekali pun pemimpin-pemimpin parti PN pernah mengaku kesalahan sgt besar ini sampai sekarang.


𝗡𝗢 16:  Mei 2021: Najib berkali-kali kata suruh kerajaan jangan ulang kesilapan PKP 2.0 semasa membuat PKP 3.0 tapi ada kerajaan kisah? 


Tidak. dibiarkan sahaja PKP separuh masak selama sebulan sehingga Covid Malaysia berganda lebih teruk berbanding India, menjadi top 10 covid dalam dunia dan juara Covid ASEAN. Lebih 1,200 nyawa terkorban akibat Covid pada bulan Mei sahaja, 98 orang hari ini dengan 9,000 lebih kes baru.


Kepada Jkom dan haters...silalah bertaubat. Jangan fitnah Najib lagi sebab idea beliau memang top notch dan sekiranya saranan beliau diguna pakai oleh kerajaan, Covid kita tak kritikal hari in, ekonomi sudah memulih dan mungkin kita sudah dibenarkan rentas negeri untuk balik kampung pada Raya lalu.

Malu apa bossku?