Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Thursday, October 16, 2008

Eyeing the Barisan Nasional Direct Membership concept

BN direct

Pendahuluan:

Masyarakat berbilang kaum dan agama diMalaysia memerlukan satu forum politik yang baru untuk menempoh fasa Malaysia sebagai negara maju (developed country) apabila Wawasan 2020 berjaya dilaksana dengan sepenohnya dalam masa 12 tahun lagi. Asas nya(foundation)wajib dimulakan sekarang untuk di uji dalam sekurang kurang nya dua pilihanraya umum.

Tujuan dan matlamat:

Mengujudkan satu forum dimana rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang agama, keturunan dan kaum dapat menjadi anggota kepada satu badan siasah untuk melaksanakan tanggongjawab politik mereka bagi menyelesaikan masaalah ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh negara sebagai satu bangsa Malaysia.

Perlaksanaan:

Pada peringkat pertama nya Barisan Nasional perlu menerima keahlian secara terus (direct membership).

Syarat keahlian terus ialah sesaorang yang ingin memohon mestilah seorang pengundi yang berdaftar dan mempunyai alamat email.

Kelulusan keahlian adalah secara otomatik.

Keahlian nya sah di lokaliti nya sahaja (bila ada perpindahan perlu mendaftar semula).

Sistem perwakilan:

Ahli ahli di caucus lokaliti (L) akan memilih seorang wakil ke caucus daerah mengundi (DM).

Ahli ahli di caucus daerah mengundi (DM) akan memilih seorang perwakilan ke caucus Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli ahli di caucus DUN akan memilih seorang perwakilan ke caucus Parlimen.

Ahli ahli di caucus Parlimen memilih tiga wakil untuk menganggotai Majlis Tertinggi Barisan Nasional.

Pemilihan perwakilan di setiap peringkat akan dicapai dengan pengundian secara sulit melalui pengundian secara pos dan atau online yang ditadbir urus oleh Bahagian Keahlian Terus Barisan Nasional (HQ).

Ahli di setiap peringkat akan mendaftarkan minat untuk menawarkan diri sebagai perwakilan di peringkat mereka ke Bahagian Keahlian Terus Barisan Nasional (HQ) melalui borang atau template online yang disediakan.

Jadual pemilihan perwakilan:

JanuariWakil (L) ke (DM)‏

FebruariWakil (DM) ke (DUN)‏

March – Wakil (DUN) ke Parlimen

April – Wakil Parlimen ke Majlis Tertinggi

(Perwakilan disetiap peringkat dipilih satu tahun sekali dan boleh menjadi perwakilan sekali sahaja seumur hidup).

Perwakilan di setiap peringkat akan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan HQ di peringkat masing masing.Untuk tempoh tahun yang disandang jawatan sebagai perwakilan peringkat

ahli itu memainkan peranan sebagai pegawai perhubungan (moderator) diperingkat yang mereka dipilih sahaja.

Data Keahlian:

1. Nama

2. Tarikh Lahir

3. Negeri

4. Kod Lokaliti

5. Kod Daerah Mengundi

6. Kod Dewan Undangan Negeri

7. Kod Parlimen

Nota:

Untuk keberkesanan perlaksanaan, satu sistem pengkalan data perlu dibina dan komunikasi diantara ahli dan juga dengan ibu pejabat dilaksanakan melalui email.

Log in Ahli ialah nombor kad pengenalan nya sementara password peringkat pertama ialah kod pemilih pilihanraya nya. Ahli boleh mengubah password nya satelah lulus keahlian.