Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Monday, December 26, 2022

Eyeing Wong Chin Huat

 *Manusia khalifah di bumi*

*_WONG CHIN HUAT | Sinar Harian | 22 Disember 2022_*

https://premium.sinarharian.com.my/article/225964/mediasi-kritis/cetusan/manusia-khalifah-di-bumi 

MENYEDIHKAN sekali, tahun 2022 diakhiri dengan dua bencana, mengingatkan kita tentang banjir besar tidak terjangka yang melanda Selangor, Pahang dan negeri lain pada penghujung tahun 2021.

Bencana pertama ialah tanah runtuh di tempat perkhemahan di Batang Kali yang telah meragut nyawa 25 insan sementara tujuh orang masih belum dijumpai setakat petang Rabu.

Bencana kedua ialah banjir besar yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor, dan menyebabkan lebih 71,000 terpaksa meninggalkan rumah dan mencari perlindungan di pusat pemindahan sementara (PPS).

*_Saya tidak menyifatkan ini sebagai bencana alam seolah-olah ini tiada berkaitan dengan perbuatan manusia._*

Apabila kita menggunakan ungkapan “perbuatan Tuhan” (act of God), satu istilah dalam industri insurans yang boleh mengecualikan pampasan dalam banyak polisi insurans kerana di luar jangkaan, kita seolah-olah melepaskan tanggungjawab manusia.

Tanah runtuh tidak berlaku begitu sahaja kalau hutan di gunung atau bukit masih menutupi bumi. Iklim tidak akan berubah secara mendadak kalau aktiviti manusia tidak menghasilkan pelepasan karbon dioksida yang begitu tinggi sehingga suhu Bumi meningkat 0.18 darjah Celsius setiap 10 tahun dalam tempoh empat dasawarsa lalu.

*_Dalam kata lain, kalau kita meneruskan penebangan hutan dan pelepasan karbon, tak kira atas apa alasan pun, kita akan dilanda banjir dan tanah runtuh._*

*_Ini bukan kemurkaan Allah yang tidak terjangka, tetapi akibat perbuatan manusia yang memang dijangka. Ia umpama kita berisiko menghidap kanser paru-paru kalau kita kuat merokok._*

Hubungan sebab musabab ini adalah jelas dan tidak harus kita kelirukan sendiri. Kalau kita terus menebang hutan dan membinasakan alam, sekalipun kita berjaya menghapuskan maksiat dan judi di seluruh muka bumi, kita tetap akan dihukum dengan bencana perbuatan kita sendiri.

Kesedaran moden tentang pencerobohan alam di Barat telah bermula selewat-lewatnya pada tahun 1962 apabila ahli biologi, Rachel Carson menulis tentang musim bunga yang menjadi sepi kerana penggunaan ubat pembunuh serangga perosak yang mengancam pelbagai sepsies dan sistem ekologi.

Gelombang kesedaran hijau ini membawa kepada Agenda 21 semasa Sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1987, disusuli dengan pengumuman Matlamat Pembangunan Milenium (MDGs) pada 2005 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) pada tahun 2015.

Akan tetapi, *_kesedaran bahawa manusia bertanggungjawab menjaga alam sebagai habitat untuk kita dan spesies lain berakar umbi dalam pelbagai tradisi kerohanian, daripada kepercayaan orang asal di semua pelosok dunia sampai ke agama-agama sedunia._*

Saya berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan Muslim yang memperkenalkan konsep daripada *Surah Al-Baqarah Ayat 30*, bahawa *manusia sebagai khalifah (pengganti) di bumi yang ditugaskan untuk memakmurkannya*.

Saya memang jahil tetapi tetap tertarik dengan konsep ini yang boleh terpakai untuk seluruh umat manusia. Pembaca budiman yang berminat boleh menggoogle saja “manusia khalifah bumi” dan “alam sekitar”/ “ekologi”, banyak kupasan ilmiah dan media akan muncul.

*_Sebagai spesies yang dominan, tanggungjawab untuk memeliharakan bumi itu memang di bahu manusia. Jangan kita alihkan tanggungjawab ini kepada Sang Pencipta._*

Sekali air bah, sekali tebing berubah. Gelombang hijau parti politik telah mengubah landskap politik tanah air dalam PRU15.

Saya mengharapkan gelombang hijau alam sekitar dalam tahun 2023 untuk menggalakkan parti-parti politik kita berlumba-lumba menyelamatkan hutan dan alam.

_Sambut Tahun baru dengan Salam_

_Moga selamat Perlis ke Sabah_

_Periharalah hutan dan alam_

_Agar kita selamat dari air bah_

* _Profesor Wong Chin Huat ialah Timbalan Ketua (Strategi), Pejabat Asia, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB (SDSN-Asia) di Universiti Sunway._

Tuesday, December 13, 2022

Eyeing DSAZH as TPM

 KUALA LUMPUR, 13 Dis – Isu kesenjangan, penerokaan potensi ekonomi dan peningkatan taraf hidup luar bandar menjadi keutamaan dan fokus dalam menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau akan mengemukakan pelan tindakan dan indeks prestasi utama (KPI) KKDW dalam masa terdekat, selain usaha menggembleng tenaga dan kudrat kementerian itu dan agensinya bagi menyelesaikan segala isu yang berkaitan desa.

“Pembangunan luar bandar di Malaysia bukan bertujuan membandarkan wilayah atau kawasan luar bandar dan (juga) bukan proses urbanisasi.

“… tetapi memastikan luar bandar mencapai tahap kemajuan sesuai dengan acuan kemajuan ukuran standard yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam melestarikan pembangunan desa,” menurut Ahmad Zahid dalam catatan di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata proses modenisasi adalah dalam konteks cara berfikir, mengurus hal ehwal ekonomi yang progresif dan sesuai dengan keperluan semasa.

Ahmad Zahid berkata ukuran kejayaan pembangunan luar bandar tidak pernah berasaskan kepada pencakar langit yang tinggi, deretan bangunan mega, jalan raya bertingkat mahupun kawasan perumahan sesak dan padat, sebaliknya pembangunan tersebut adalah agenda yang mempunyai fokus serta dimensi tersendiri.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata melihat kepada angka statistik ekonomi dan demografi luar bandar, keadaan itu agak mencemaskan.

Mengambil contoh penghijrahan penduduk sejak 10 tahun kebelakangan ini, beliau berkata tahun lepas sebanyak 18.1 peratus penghijrahan penduduk dari bandar ke luar bandar direkodkan berbanding 3.0 peratus luar bandar ke bandar.

“Ini adalah angka yang menggalakkan kerana dengan penghijrahan penduduk kembali ke luar bandar, bermakna pengalaman kerja, kemahiran dan ekonomi yang lebih inovatif yang diterokai di bandar dapat dibawa ke luar bandar.

“Ini sepatutnya dapat meningkatkan limpahan ekonomi dan peluang di kawasan luar bandar, tetapi nampaknya tidak. Ekonomi luar bandar tetap memperlihatkan kesenjangan yang amat tinggi antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Berdasarkan data pada 2019, Ahmad Zahid berkata pendapatan penengah isi rumah luar bandar adalah RM3,828 berbanding RM6,561 bagi kawasan bandar.

Secara perbandingan mudah, beliau berkata bagi setiap RM100 yang diraih penduduk di bandar, penduduk luar bandar hanya mampu meraih sebanyak RM58.

Beliau berkata 2019 juga merekodkan kadar kemiskinan yang tinggi di kawasan luar bandar sebanyak 12.4 peratus berbanding kadar kemiskinan keseluruhan Malaysia iaitu 5.6 peratus, dan kesenjangan itu terus melebar tahun demi tahun, selain meminggirkan penduduk luar bandar daripada kebejatan ekonomi negara yang didorong kemajuan bandar.

“Data ini tidak mengambil kira 2020 ke atas yang mana kita tahu kesan ekonomi disebabkan wabak COVID-19 jauh lebih membarah. Ini adalah sesuatu yang semakin kritikal dan tidak boleh dibiarkan tenat.

“Sesuatu yang drastik dan radikal perlu dilakukan daripada sekarang jika tidak mahu kawasan luar bandar Malaysia terus ketinggalan,” katanya. – BERNAMA

Thursday, December 8, 2022

Eyeing the "pesawah"

WARKAH DARI SAWAH : KHAS BUATMU PERDANA MENTERI - DATUK SERI Anwar Ibrahim 🇲🇾

Assalamualaikum Wbt dan Salam Hormat dari Keluarga Besar Anak Sawah Tani .

Pertama - adapun warkah ini ditulis khas buat Perdana Menteri Malaysia secara terbuka, andai Datuk Seri membaca warkah ini, sesungguhnya ia lahir dari bunga ukir budi fikir seorang Anak Sawah yang lahirnya di tepian bendang Utara. Ayah - marhaen Merong yang mengenal mana Padi mana Menerong, inilah setangkai budi buatmu merenung.

Datuk Seri, ayah menyantuni hasrat Datuk Seri bahawa Perdana Menteri ke 10 Malaysia menerima cadangan secara terbuka.  Maka ayah letakkan partisan di tepi, biarlah warkah ini dibaca sebagai cadangan dalam memurnikan polemik isu Pesawah Padi di seluruh negara - marhaen bersuara. Maka ayah cadangkan supaya diperhalusi 15 perkara untuk mengangkat mandiri Pesawah di Malaysia.

1. “Knowledge is greater than privilege", ayah mencadangkan supaya dana untuk RnD penambahbaikan Benih Padi Hybrid seperti Siraj dan MR12H ditambah kepada pihak MARDI. Benih Padi yang lebih baik adalah jaminan penambahan output Tan dalam pengeluaran semusim Padi.

2. Selaras dengan hasrat pertama untuk meluaskan skop kajian, ayah mencadangkan supaya kuota dan dana Geran Penyelidikan di setiap Universiti tempatan yang menawarkan jurusan Pertanian ditingkatkan. Wujudkan usaha untuk mendigitalkan tesis kajian terpilih dalam ikhtisas pertanian - dengan hasrat Pustaka Siber Tani diwujudkan, supaya akses maklumat dan variasi idea lebih mudah dicapai oleh semua golongan. 

3.  "Jika ingin melihat negara ini 30 tahun lagi, didiklah anak remaja kini". Ayah mencadangkan untuk meningkatkan minat ke arah pertanian sawah - wujudkan Lawatan Penanda Aras 100 orang pelajar dari 3 Zon Pertanian Padi utama Malaysia - Utara (Kedah, Pulau Pinang), Tengah (Perak) dan Zon Sekinchan-Sabak Bernam (Selangor) untuk melihat pertanian padi moden di negara Jepun dan Korea. Buka minda mereka.

4.  Mengambil idea dari Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Port Dickson - ayah mencadangkan supaya diwujudkan program 1 Sekolah 1 Sawah di sekolah-sekolah zon Bandar yang mana pelajarnya tidak pernah terdedah kepada pertanian Sawah Padi. Biasakan yang tidak, betulkan yang biasa. Lahirkan mereka yang menghargai sawah padi dan mengenali proses pertanian ini secara terperinci.

5. Ayah juga mencadangkan supaya kawalan biologi Burung Hantu / Program Pungguk Jelapang diperluaskan semula. Rumah Burung yang dulunya wujud di beberapa lokasi utama sawah negara kebanyakannya telah kosong, adalah wajar supaya Burung² ini dipastikan kembali wujud sebagai kawalan kepada serangan Tikus secara alami.

6.  Bagi memastikan para pesawah mempunyai lapangan saraan kedua, juga dengan hasrat "dari reban ke meja makan", ayah mencadangkan supaya Program Jom Tani Selepas Padi diwujudkan. Suntikan dana kepada pesawah terpilih diberi untuk mewujudkan ternakan Itik dan Ayam Penelur, supaya program rintis seperti ini suatu masa nanti memecahkan masalah monopoli pasaran Telur Ayam dalam negara. 

7.  Menggiatkan Pelancongan Desa berasaskan pemandangan Padi seperti di Kampung Agong, Penaga dan Sekinchan. Langkah ini juga menjamin peluang kerja kepada komuniti pesawah tempatan serta pulangan ekonomi yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan prasarana setempat.

8. Salah satu akar kepada leluhur Melayu ialah kisah Wan Empuk dan Wan Malini penanam Padi Huma. Mengambil idea dari pelancongan Padi Huma di Tegallalang - Bali, ayah mencadangkan kawasan Bukit yang telah ditarah untuk diteres semula dan ditanam Padi Huma. Manfaatkan semula setiap inci tanah bukit yang telah diguna, dari terbiar tanpa Cegatan Silara - molek dimanfaatkan sebaiknya.

9.  Bersesuaian dengan kemajuan teknologi, penggunaan Drone untuk menyembur racun dan baja perlu diberikan pendedahan kepada generasi remaja. Bukan sekadar peluang kerjaya, tetapi menjamin sifar kematian dan efek kesihatan akibat daripada aktiviti penyemburan racun secara manual oleh pesawah sejak dulu kala.

10.  Memperluaskan kajian bakteria/mikrob baik yang membantu pertumbuhan Padi sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pengkaji Agrotani - Cthnya: Puan Wahida Hambali. Selain dari itu, pesawah perlu diberikan pendedahan dan dibekalkan benih pokok Bunga Pukul Delapan (Turnera Subulata/Trioniflora), yang mana pokok ini memberikan manfaat secara alami untuk sistem ekologi sawah Padi.

11.  Bantuan Kewangan Awal Persekolahan RM 300 per kepala untuk anak-anak Pesawah yang masih bersekolah dari Pra Sekolah hingga Tingkatan 6.

12. Subsidi alat ganti dan kos pembaikpulihan sebanyak RM 1000 setahun untuk pengusaha jentera tani dan pesawah yang memiliki Kubota / Trekta. 

13.  Penghapusan hutang PTPTN kepada anak pesawah yang mencapai pointer 3.5 dan ke atas, atau pointer 3.2 dan ke atas sekiranya ikhtisas terkait pertanian.

14.  Skim Pemilikan Kereta Pesawah Pertama (SMILE) untuk membantu pesawah yang tidak mempunyai slip gaji memiliki kereta - hasil usahasama Proton/Perodua dan pinjaman faedah rendah Agrobank.

15.  Program Subsidi Haji sebanyak

RM 2000 kepada pesawah / pasangan yang berumur 60 tahun ke atas, dengan syarat mengerjakan Haji kali pertama.

Datuk Seri,

Kenangan mendewasakan memori bahawa Datuk Seri ialah Talam yang mengangkat piring sumbing marhaen dari Baling ketika Demonstrasi 1974, hatta ianya adalah tinta yang mencorak perjalanan politik Datuk Seri dari Permatang Pauh hingga Putrajaya.

Besarlah harapan seandainya buah fikiran ini diperhalusi oleh Datuk Seri dan kepimpinan negara. Setelah kami menumpahkan janji dan undi kepada Malaysia, semoga Malaysia menumpahkan semula nuansa membela kepada pesawahnya.

"Kedah Tua tidak dibina di dalam mimpi - Kota Melaka hancur dalam 14 hari"

Semoga ALLAH merahmati Malaysia,

Terima Kasih Perdana Menteri. 😊

Sekian

Monday, October 31, 2022

Eyeing Mike Chan's stem cell

𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗿𝗶 𝗗𝗿. 𝗠𝗶𝗸𝗲 𝗖𝗵𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗽𝗼𝗶𝗻𝘁𝗲𝗱 𝗮𝘀 𝗕𝗼𝗮𝗿𝗱 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗼𝗳 𝗦𝗦𝗣 𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹 𝗔𝗱𝘃𝗶𝘀𝗼𝗿𝘆 𝗕𝗼𝗮𝗿𝗱!

ZURICH: European Wellness Biomedical Group Chairman Prof. Dato’ Sri Dr. Mike Chan has been officially appointed into the SSP Global Advisory Board, joining SSP Health Care and Life Sciences, a business unit of Strategic Swiss Partners - renowned management and advisory firm serving multinational corporations, Fortune 500, governments, corporate institutions, and high net worth individuals worldwide!

His expertise and over 38 years of experience in integrative, biological and regenerative medicine, stem cell therapy, anti-aging, biological age reversal, immunology, and quality life extension will no doubt become an important asset in the unit’s expansion into stem cell treatment and bio-molecular medicine.

Medicine is constantly developing, with scientists working on new ways to make life easier for patients. One of the greater goals of medicine is to replace or restore damaged tissue, cells, and organs, thus potentially extending life – an area that Prof. Dato’ Sri Dr. Mike Chan has intimate knowledge in. The enigmatic scientist’s foray into anti-aging and regenerative medicine began in the mid-80s, when he worked under the tutelage of some of the world’s greatest cell therapists hailing from the Soviet Union, Germany, and Switzerland. He subsequently pioneered bio-regenerative medicine, cellular/organo therapy, and stem cell research in Europe, and led several companies renowned for anti-aging cellular therapies into rapid global expansion – with operations in research and development, product development, manufacturing and distribution as well as physician education initiatives to improve clinical applications of biopharmaceuticals.

Since then, he has conducted more than a 1,000 lectures, seminars, and symposiums worldwide in the fields of anti-aging, bio-regenerative medicine, and stem cell therapies. His team introduced the world's first medical textbook stem cell book for physicians in 2006 and has authored and co-authored over 40 books on stem cells, aging, neurodegenerative and neurodevelopment disorders, metabolic diseases, biological and regenerative medicine and has 70 scientific and medical publications in USA and UK. He also authored the world's first book on the application of Stem Cells and Peptides on animals (from dogs and cats to birds, horses and camels), which is based on his 3 decades of experience treating animals and working with breeders and pedigree owners worldwide. He also holds membership in more than 20 academic bodies worldwide.

Additionally, Prof. Dato’ Sri Dr. Mike Chan and his companies have won more than 20 awards including awards for invention, top leadership, entrepreneurship, quality assurance, and other achievements from international bodies in Europe, the Middle-East, and Asia. Most recently, the accomplished scientist gained global acclaim by receiving the "BrandLaureate Brand ICON Leadership Award" (2021) and "Most Outstanding Brands Leadership Award" (2020) - in addition to steering three companies (European Wellness, MF3, and FCTI) to receive the "Wellness Innovative Premium Therapeutic Solution Award", "International Quality Health & Beauty Solutions Award" and "Anti-Aging Bio Regenerative Stem Cells Research Award" respectively - during the prestigious BrandLaureate Awards. Organised by The World Brands Foundation (TWBF), the BrandLaureate Awards celebrates brands and leaders that have not only stood strong, but have also reflected their agility and resilience in today’s unprecedented economy to emerge as forerunners in innovation, inspiration, and integrity.

Other recent awards also include the 2022 ASEAN Wellness Excellence Award and an Appreciation Award which he represented European Wellness to receive during the ASEAN Leadership and Partnership Forum in Phnom Penh, Cambodia, as well as the Asia Pacific Outstanding Business Leader Lifetime Achievement Award & ASEAN Distinguished Lifetime Achievement Awards (2021), and WCES Excellent Entrepreneur Lifetime Achievement Award (2020). Prof. Dato' Sri Mike Chan also holds multiple international patents in stem cells, immunology, and biotech.

Guna Mahalingam, chairman of Strategic Swiss Partners, said: “Stem cell treatment and bio-molecular medicine is delivering hope for new treatments across many currently untreatable diseases and truly promises to be a game changer when it comes to addressing some of the major health challenges facing the world today. Professor Dato’ Sri Dr Mike K.S. Chan has dedicated decades of his life to the field of anti-aging and regenerative medicine and stands out as one of the most respected pioneers in the field. We are proud and honoured to welcome him to the SSP Health Care and Life Sciences team.”

𝗥𝗘𝗔𝗗 𝗠𝗢𝗥𝗘: https://www.strategicswisspartners.com/single-post/professor-mike-chan-joins-swiss-ssp-health-care-team

Congratulations on your new appointment, Prof. Dato’ Sri Dr. Mike Chan! 

𝗔𝗕𝗢𝗨𝗧 𝗦𝗦𝗣 𝗛𝗘𝗔𝗟𝗧𝗛 𝗖𝗔𝗥𝗘 & 𝗟𝗜𝗙𝗘 𝗦𝗖𝗜𝗘𝗡𝗖𝗘𝗦:

SSP Health Care & Life Sciences is a business unit of Strategic Swiss Partners Zurich AG. The SSP healthcare team consists of highly qualified and experienced professionals in pharmaceutical sciences, medicine, marketing, finance, and management, with years of working experience in various industries across several global regions. SSP Health Care & Life Sciences focuses on the successful development and assistance of promising healthcare technology which could benefit millions of people.

https://www.strategicswisspartners.com/

𝗔𝗕𝗢𝗨𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗙. 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗥𝗜 𝗗𝗥. 𝗠𝗜𝗞𝗘 𝗖𝗛𝗔𝗡:

Prof. Dato’ Sri Dr. Mike K.S. Chan, 61, is a Researcher, Author, and Educator who specializes in biotechnology research and development of stem cells, peptide therapeutics, and biological and regenerative medicine. Founder of European Wellness Biomedical Group, Germany – a vertically integrated group comprising key divisions in IP research and development, biotech and biopharma manufacturing plants (Germany & EU), Educational Institutions & Professional Academies, and global product distribution across 80 countries, 30+ hospitals, medical wellness, diagnostics, and youth restorative centers with research labs in Germany, USA, Athens, Switzerland, UK, Turkey and Malaysia.

He currently sits on the Board and heads the Scientific Committee for Regenerative Medicine, ESAAM (European Society of Preventative, Regenerative and Anti-Aging Medicine, Est. 2003) in addition to being the Society’s Chairman for the Asian region. He is also an Associate Professor of AASCP, USA (American Academy of Stem Cell Physicians), Chairman for A4M (American Academy of Anti-Aging Medicine, USA) Thailand. He is also Chairman of Japan’s Medical Association for Regenerative Medicine, MMJ (Multi-Dimensional Holistic Medical Team Japan) and Senator of BWA, Germany (Federal Association for Economic Development & Foreign Trade for China, Indonesia & Malaysia). 

https://european-wellness.eu/advisory/prof-dr-mike-chan/

https://mikechan.org/

✉ For any bookings/general inquiries, kindly contact us via e-mail at info@european-wellness.com.

Prof Dr Mike Chan

#SSP #StrategicSwissPartners #GlobalAdvisoryBoard #SSPHeatlhCareLifeSciences #Official #Appointment #Switzerland #BoardMember #ProfDrMikeChan #EWC #EuropeanWellness

Eyeing Mahiaddin's story 1

TUN M LETAK JAWATAN : APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?

”Saya tidak tikam sesiapa. Saya cuma mahu menyelamatkan negara”

Tun Mahathir kata saya tikam beliau dari belakang. Jenuh saya memikirkan bila masa saya menikamnya.

Saya pada mulanya tidak mahu melayan tuduhan ini kerana bagi saya ini cerita politik yang telah berlalu. Saya lebih suka mengambil sikap berlapang dada.

Tetapi saya berfikir semula. Kalau saya tidak jelaskan kedudukan yang sebenarnya, ramai orang akan mempunyai pandangan serong terhadap saya.

Mungkin ramai yang tidak tahu cerita sebenar. Jadi, marilah saya ceritakan.

Pada pagi 24 Februari 2020, iaitu hari Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, saya menemui beliau di rumahnya. Beliau tidak beritahu saya tentang niatnya untuk meletak jawatan.

Setelah saya pulang ke rumah, saya menerima sepucuk surat daripada Tun Mahathir memaklumkan kepada saya bahawa beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan. Pada masa yang sama, sepucuk surat peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dihantar ke Istana Negara.

Saya amat terkejut dengan tindakan Tun Mahathir meletak jawatan. Saya bergegas semula ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Namun beliau berkeras untuk meneruskan niatnya.

Pada sebelah petangnya, pimpinan BERSATU, PAS, UMNO, GPS dan WARISAN  berkumpul di rumah Tun Mahathir untuk memujuk beliau supaya menarik balik peletakan jawatannya. Malangnya, beliau masih berdegil.


Kenapa Tun Mahathir meletak jawatan?

Alasan yang diberikan di dalam suratnya kepada saya ialah kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan Majlis Tertinggi parti yang mewakili ahli-ahli parti. Sehari sebelumnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH). Beliau meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan keputusan MPT BERSATU untuk keluar PH.

Sebenarnya, Tun Mahathir telah memulakan gerakan untuk BERSATU keluar dari PH. Tetapi beliau membuat pusingan u di saat akhir apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuaratnya pada 21 Februari 2020 membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebelum itu, kalau kita masih ingat, beliau telah didesak oleh beberapa pihak di dalam PH supaya berundur untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM-8.

Setelah Majlis Presiden PH membuat keputusan untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, beliau cuba meyakinkan MPT Bersatu supaya kekal berada di dalam PH. Tetapi MPT Bersatu hampir sebulat suara membuat keputusan sebaliknya. 

Keputusan ini dibuat kerana memikirkan BERSATU semakin kehilangan sokongan orang Melayu akibat tindak-tanduk beberapa pihak di dalam PH terutamanya parti DAP yang dilihat gagal menjaga sensitiviti orang Islam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 

Dalam dua pilihan raya kecil di Semenyih dan Tanjung Piai, calon BERSATU yang bertanding atas tiket PH kalah. Sokongan pengundi Melayu kepada Bersatu ketika itu merosot walaupun kedua-kedua kerusi ini dimenangi oleh BERSATU dalam PRU-14.

Walaupun kecewa dengan keputusan MPT BERSATU, Tun Mahathir tidak sepatutnya meletak jawatan. Kerana pada masa itu telah ada 138 Akuan Bersumpah Ahli-Ahli Parlimen dari BERSATU, PKR, PAS, BN, GPS, PBS dan WARISAN yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri. 

Saya adalah salah seorang Ahli Parlimen yang telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Maksudnya, walaupun BERSATU keluar PH, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak terjejas. Malangnya, Tun Mahathir meletak jawatan juga atas kerelaannya sendiri.

Apabila seorang Perdana Menteri meletak jawatan, maka menurut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang Perdana Menteri baharu mesti dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Dengan peletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU, saya sebagai Presiden parti telah mempengerusikan mesyuarat khas MPT Bersatu. Mesyuarat tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk mencalonkan semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri. Semua Ahli Parlimen BERSATU telah diarahkan supaya menyokong Tun Mahathir.

Pada ketika itu, Presiden PAS dan Presiden UMNO mencadangkan supaya saya menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri. Saya tolak pencalonan itu kerana keputusan parti ialah untuk menyokong Tun Mahathir.

Ketika semua Ahli Parlimen dipanggil menghadap oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, saya telah menyatakan sokongan saya kepada Tun Mahathir.

Malangnya, Tun Mahathir gagal mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen. Sebahagian besar Ahli-Ahli Parlimen yang menandatangani Akuan Bersumpah menyokong beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini telah menarik balik sokongan kepadanya. Oleh sebab itu, menurut Perlembagaan Persekutuan, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Seorang lagi calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pun gagal mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Negara pada masa itu terumbang-ambing kerana tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada ketika itulah saya sekali lagi didatangi oleh rakan-rakan dalam parti PAS dan UMNO yang menyatakan sokongan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut mereka, inilah satu-satunya cara untuk menyelamatkan negara daripada keadaan yang terumbang-ambing.

Sebagai tanda hormat saya kepada Tun Mahathir, saya telah menemui beliau untuk meminta sokongannya. Beliau beritahu saya beliau sedia memberi sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri jika saya berjaya mendapatkan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Saya beritahu Tun Mahathir,Insya-Allah saya akan mendapat sokongan majoriti.

Namun, Tun Mahathir membuat pusingan u sekali lagi apabila beliau mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk berlawan dengan saya. Allahuakbar. 

Jadi, cuba saudara dan saudari bayangkan. 

Adakah saya menikamnya dari belakang? Adakah saya khianat?

Saya buat ini demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara saya. Saya bukan pengkhianat.

Mengenai sebab BERSATU keluar PH, saya akan ceritakan kemudian.

Saturday, October 29, 2022

Eyeing Najib's defence

One of the key propaganda messages most used by PH and PN against me is that Malaysia's financial health and debt were getting worse when I was Prime Minister.

I still read many comments from their supporters expressing this.

Actually, the reverse is true and I want to set the record straight so that you are no longer deceived by PH.

When I was PM, the government deficit was reduced for 8 consecutive years (bottom chart) but became bigger again after GE14.

As a result, government debt increased from RM688.6 billion as at end 2017 before GE14 to RM1.05 trillion as of 1st quarter 2022 - a  staggering 46.5% increase in less than 4 years.

As a result, the debt to GDP ratio for Malaysia was also reduced every year and reached 48.7% as at Q1 2018 just before GE14 - way below the statutory limit of 55% that the BN government set for itself.

Post GE14, the debt to GDP ratio increased again under the PH and PN government.

The statutory debt limit was then raised twice to 60% and then to 65%.

Since GE14, the debt to GDP ratio has jumped from 48.7% to 62% as at end 2022.

Both the government deficit and debt to GDP ratio would have been higher if PH did not then excessively raid the RM176b cash reserves of Petronas left behind by the BN government compared to the RM30b cash when I started as PM.

Imagine that in the year 2019 alone, PH took RM54 billion from Petronas.

(Imagine this: They can just take RM54 billion in one year alone from Petronas and yet they tell you that Malaysia will go bankrupt due to 1MDB's RM32 billion debt which was only needed to be paid by year 2039? 

On the contrary, 1MDB's RM140b Bandar Malaysia and the RM40b TRX projects alone would have generated more than enough cashflow as it is gradually developed to pay for the RM32 billion and still generate tens of billions in profit for the government).

"March 2019: (Updated) Petronas to pay RM54 billion dividend to govt"

https://www.nst.com.my/business/2019/03/467229/updated-petronas-pay-rm54-billion-dividend-govt

Despite both the government deficit and debt to GDP ratio reducing for 8 consecutive years, the BN government was still able to build all sorts of large public infrastructure projects such as MRT, LRT1 and LRT2 extensions, the toll-free Central Spine Road highway, the toll-free Pan Borneo Highway, introduce various forms of aid including introducing BR1M at RM500 in 2012 which was then raised almost every year to RM2,000 by year 2018.

The share market doesn't lie. That is why the share market more than doubled during the 9 years I was PM and reached its highest ever level at 1896 points in April 2018 just before GE14.

And this is why people like Kit Siang would not dare debate me about such stuff as these are all facts and figures. Should they be confronted, they will be forced to admit they have been lying.

Write-ups and graphs are from here:

https://focusmalaysia.my/malaysia-to-see-wider-fiscal-deficit-in-2022-amid-heavy-subsidies-spending/

Saturday, October 22, 2022

Eyeing the I files by Jonathan Smith

This has been a story nearly a year in the telling, but decades in the making; and for indulging me in this tale, I thank you, dear readers.

The work before you is the result of many hands, and though I shall not name them individually, I thank them all for their diligence, their humour, and most especially their record-keeping. These files will soon be locked away again, perhaps to appear decades hence in a museum or archive; or perhaps not at all. That depends on the declassification dates in some cases.

Some time, and very soon, Najib Razak and Anwar Ibrahim will face off one last time. The result rests in the hands of those men and women – including my children – who have lived through Anwar’s time, and who now perhaps have a fuller vision of the man.

Who is Anwar Ibrahim? A street brawler turned politician? A Saudi-backed and –inspired theocrat? A lover of literature? A man who dreamed of leadership, but never understood or exercised it? A perpetual victim of his own sins as much as anyone else’s?

I realise as I commit these final words to my computer that even now, I do not know the answer to this except to say that the answer to all of these is yes – but that even that answer is qualified by Anwar’s desire, at heart, to be everything to everyone; and that paradoxically, he could never be, because in his core, he has nothing.

And I? I am an old man, my days of excitement long behind me. I find I am weary of this tale, though satisfied that I have completed it. It is time to return to my beautiful wife, and growing my fortune for her and my children, and the joy of retirement.

REPORT THIS ADWith that, I return to the shadows from whence I came, and wish you all the best of wisdom and luck in the events to come later this year.

–J.S.

Kuala Lumpur, 8 February 2013

Tuesday, October 18, 2022

Eyeing his comments

If the Malay vote bank still supports former Prime Minister Najib Abdul Razak, it’s probably because they are not speaking the same language as non-Muslim voters in Malaya. Voters in the Borneo Territories — Sabah and Sarawak — are less inclined to malign Najib in the wake of the Tues 23 Aug 2022 conviction on the SRC case, unlike non-Muslim Malay voters see Najib as eligible for Immediate Pardon based on the Tainted Ruling arising from the miscarriage of justice on the RM42m SRC International case. They want Agong to grant Najib Immediate Pardon before nomination day for GE15 on multiple grounds including on conviction not being perfected in law.

There are also other mitigating factors for Immediate Pardon like the Basic Features Doctrine (BFD) in the Constitution, the Doctrine of Separation of Powers and the prerogative and discretionary powers of government and management, and the two great principles that govern the Cabinet System, viz. consensus — no voice against — and collective responsibility.

Najib, being the only one charged in court on the 1MDB Story, remains a violation of the rule of law.

Under the BFD, the Najib Administration (2009 to 2018) stands indemnified for “acts in office”, and has immunity and implicit Pardon.

In the High Court, even if Judge Nazlan didn’t stand recused for alleged “conflict of interest”, it had no jurisdiction over the SRC case i.e. it was not a matter for judicial consideration and resolution. The mitigating grounds have been mentioned.

Elephant in the Room

Malay voters, in the wake of Najib’s jailing, worry about the elephant in the room which divides as it unites Malaysia, viz. the 4th Prong of Article 153, the New Economic Policy (NEP) and the quota system. The 4th Prong speaks of a “reasonable proportion” of opportunities from the government to do business. The NEP set a target of 30 per cent of Malaysia’s corporate wealth for Orang Asal, Orang Asli and Malay by 1990 or, if necessary, by a later date as it may be work in progress.

Orang Asal, Orang Asli and Malay see corruption holistically, beyond the MACC Act 2009, as the act of making everything one touches to go bad. This is the proverbial brush, in law, which tars everyone. Let him, who is without sin, cast the first stone.

The MACC remains about the simple act of giving and taking. Invariably, takers are brought to justice, while givers have immunity as prosecution witness, after “plea bargaining”. In law, it’s unlawful, “plea bargaining” being entrapment, duress, blackmail, and even coaching witnesses for perjury.

Plea bargaining does not exist in Malaysia under the criminal justice system and adversarial system of justice. The Attorney General (AG) can be dragged to court, under Article 145, for abuse of power.

Non-Muslim voters view political donation in a narrow, restricted sense, as deriving personal benefits from bribery and corruption. If political donation is euphemism for corruption, it’s also an approach favoured by the MACC when it suits its convenience.

The Attorney General’s Chambers (AGC) isn’t far behind the MACC’s approach on political donation.

Political Donation

Political donation would not end up in court, as deriving personal benefit from bribery and corruption, if recipients declared and paid income tax. In Malaysia, there’s no law on political donation, no law against it, and it’s not discouraged.

Malay voters have noted, in mitigating for Najib, that taxes due have strangely not been raised in court, not even when former Sabah Chief Minister Musa Aman claimed that the RM380m attributed to him, as deriving personal benefits from bribery and corruption, was political donation.

The court freed Musa of 46 charges of bribery and corruption, on Mon 8 June 2020, when he uttered the magical words, “political donation”. The AG and the court never asked Musa for proof of political donation by way of receipts from the Inland Revenue Board (IRB).

If Musa can be given the benefit of the doubt on political donation, it was violation of the rule of law when Najib was denied the same right. In law, Article 8, there can be no discrimination, no one is above the law, everyone is equal under the law, and where there are rights, there are remedies.

Based on Musa’s admission in court, MACC and Bank Negara should have frozen, seized and forfeited the RM380m by civil action. Musa could have offered to settle the matter out of court, without prejudice i.e. no admission of liability, and thereby saved 60 per cent of the money, based on previous cases. Still, he must settle with IRB for the RM380m. If the civil action was challenged, a criminal suit would be instituted.

Voters Not Blind

Malay voters are not blind that the RM42m in Najib’s SRC International case was a pittance compared with the RM380m political donation. In law, the public test would be what two passengers on a bus from Petaling Jaya to Kuala Lumpur believe. They would not accept that RM380m was political donation since there was no proof produced in court that income tax was paid.

So, while Najib literally rots in jail for 12 years over RM42m, Musa is laughing all the way to the bank with RM380m tax-free. He’s also secure in the knowledge that MACC and Bank Negara were probably in cahoots with him, given the inaction in law, on the aborted money laundering charges.

Malay voters can see that the criminal justice system spared Musa while, in a contradiction in terms, vilifying Najib.

Inflated government contracts, another issue of significance, maybe a matter for MACC and Bank Negara under money laundering laws.

Indeed, to cite a related example on selective prosecution and selective persecution, the MACC and its predecessor ACA (Anti Corruption Agency) declared after investigating Taib Mahmud that government contracts — generally inflated — wasn’t corruption on the grounds that “contracts were signed”.

MACC does not do due diligence on government contracts for fraud, cheating, disproportionate profits and secret profits. In law, secret profits belong to the principal i.e. the government in this case. Inflated government contracts go for double, triple and even up to ten times what it should cost the taxpayer. Three examples were raised in Parliament, not so long ago, and can be found in the Hansard. The one km rail link between KLIA2 and KLIA cost RM100m; the Army bought a 0.45 sen Maggi mee packet at RM4.50 per packet; and Malaysian Airlines (now defunct) served nasi lemak at RM150 per plate on board flights.

SEDC Joint-Ventures

It was an open secret that the Taib Family entered into “joint-ventures” with SEDC (Sarawak Economic Development Corporation) for government contracts. Invariably the “joint-ventures” were favoured at the expense of genuine bidders. The pro-government media used to report that Taib left Cabinet meetings considering bids by the “joint-ventures” for government contracts. The Cabinet meetings, dutifully chaired by Deputy Chief Minister Alfred Jabu Anak Numpang, would approve the bids by the “joint-ventures”. If the “joint-ventures” were denied, Jabu risked being removed from the government. In law, it was acting under duress.

The Taib Family became fabulously wealthy as documented extensively by The Sarawak Report, the London-based whistleblower website purportedly funded by a European Foundation, but to no avail. Editor Clare Rewcastle Brown had some success with the 1MDB Story in cahoots with Mahathir Mohamad and the Opposition.

Money laundering cases were never filed in Sarawak as Putrajaya needs the support of the Taib-controlled block of parliamentary seats. In fact, the arrangement arises from 1966 when Chief Minister Stephen Kalong Ningkan was ousted in an emergency masterminded by the Federal government. After a brief tenure in office by Penghulu Tawi Sli, no Orang Asal (Original People) has been Chief Minister of the Territory, despite forming the single largest majority. The territorial government, under the unchanged control of the proxies of the Federal government, appears to have a licence to be serial money launderers.

The Orang Asal have also lost hundreds of thousands of NCR (native customary rights) land, i.e. ancestral and historical property, to crony companies including from Malaya. The court has generally ruled, in violation of the rule of law, against Orang Asal defending NCR land.

Finally, when push came to shove after Najib became Prime Minister, Taib was forced to make way in Mar 2014 for Adenan Satem. Taib became Governor and remains there like a latter-day Sultan.

Phenomenon

The MACC and AGC should explain this Sarawak phenomenon in the wake of politically-motivated cases brought by the MACC and AGC against Najib, his wife Rosmah, Umno President Ahmad Zahid Hamidi and others. Therein, the matter lies partly on the “holier than thou” story of corruption in Malaysia.

The Opposition wants to make kleptocracy and corruption — read Najib in jail — the issues in GE15.

In retrospect, the Barisan Nasional (BN) Supreme Council should have met on Thurs 10 May 2018 and thrown its support behind incumbent Najib Abdul Razak as PM-designate and conveyed the decision to the Agong.

Agong would have to consider since Najib was the incumbent and the Opposition and Agong were divided on the PM-designate.

Generally, by convention, the incumbent PM can be invited first to try and form the gov’t.

Parliament can test confidence in the PM.

On Thurs 10 May 2018, I thought of Greece.

It has been noted that the changing of the guards was normally followed by a period of uncertainty.

My thoughts were on the confidence factor. In Greece, the Opposition won the election. They immediately informed the people that the government could not afford to repay the national debt. This statement should not have been made. There was a run on the Greek economy. The rest is history. Greece is suffering to this day.

LGE Statements

Lim Guan Eng (LGE), after he became Finance Minister, compromised confidence in the economy with his statements. The country is suffering from this to this day.

LGE should have been magnanimous. He should not have mentioned 1MDB, off-balance sheet commitments and gov’t guarantees.

If the press hounds him, he could have said that the government was doing due diligence on the Najib Administration and forensic accounting. After that, the matter should be placed under the Official Secrets Act 1972 (OSA’72), lest confidence is compromised. If this had happened, Najib would not be in jail.

Pakatan Harapan (PH) was carried away by its BS (bullsxit) on Thurs 10 May 2018. We must know where politics ends and good gov’t begins.

LGE became so excited and emotional when he was appointed by the Agong as Finance Minister, despite having roots in China, that he allegedly lost all sense of proportion and fair play towards the Orang Asal and Malay. Apparently, he belaboured in the delusion that he was the sole fountain of wisdom and had a Divine Mandate to act with impunity.

These are issues for GE15.

Before Mahathir resigned on Mon 24 Feb 2020, I said that he would be looking for a way to get rid of DAP from the Federal Cabinet.

I didn’t expect him to resign!

Wednesday, September 21, 2022

Eyeing Nikkei Asia's Views on China and Asia

 China's COVID lockdowns mean its economic expansion this year will be slower than the rest of emerging Asia for the first time in more than three decades, the Asian Development Bank projected in a new report.

In an updated Asian Development Outlook report published Wednesday, the organization downgraded its forecast for China's 2022 growth to 3.3% from 5.0% in April. The bank also cut its projection for next year to 4.5% from 4.8%.

Under its zero-COVID strategy, the region's largest economy imposed lockdowns to fight outbreaks, even as other countries loosened restrictions to reopen their economies.

Those lockdowns, the ADB said, add to other economic challenges the region faces. These mainly stem from Russia's drawn-out invasion of Ukraine, which has pushed up global food and fuel inflation and led advanced economies to raise interest rates.

Developing Asia as a whole is forecast to grow 4.3% in 2022, down from a 5.2% estimate in April. Excluding China, the region is projected to grow 5.3%, the ADB said.

The ADB defines developing (or emerging) Asia as one of its 46 regional members in Asia and the Pacific -- basically all of the region's economies except Japan.

For 2023, the emerging Asian region is forecast to grow 4.9%, instead of 5.3%.

"Developing Asia continues to recover, but risks loom large," ADB Chief Economist Albert Park said in a statement.

"A significant downturn in the world economy would severely undermine demand for the region's exports," Park said. "Stronger-than-expected monetary tightening in advanced economies could lead to financial instability. And growth in [China] faces challenges from recurrent lockdowns and a weak property sector."

The ADB projects regional inflation to accelerate to 4.5% this year, from 3.7% in its earlier forecast. Price increases are expected to stabilize at 4.0% next year, but that is still higher than the previous forecast of 3.1%.

The bank said rising inflation is expected to dent the recovery of South Asia, which is predicted to grow 6.5% this year, instead of 7.0%. The growth forecast for India, South Asia's largest economy, has been cut to 7.0%, from 7.5%, with a 7.2% expansion predicted next year.

The economy of crisis-hit Sri Lanka is expected to shrink 8.8% this year, before the contraction eases to 3.3% in 2023. Pakistan, which grew 6% in its 2022 fiscal year ended June, is predicted to expand at a slower pace of 3.5% in 2023 as International Monetary Fund-backed efforts to fix the country's fiscal deficit curtail economic activity, the ADB said.

Still, there are bright spots in other parts of the region.

Southeast Asia's growth forecast for this year has been raised to 5.1% from 4.9%, and a 5.0% expansion is projected for 2023.

This year's improved forecast comes amid stronger domestic demand in Indonesia, Southeast Asia's largest economy, which is predicted to grow 5.4%, up from 5.0%. The Philippines is now estimated to expand 6.5%, rather than 6.0%.

Saturday, September 10, 2022

Eyeing Azad Jasmi's writings

 *Berhati-hati dengan Riak, Ujub dan Takbur.*

*Azad Jasmi l 10 Sep 2022*

————————————

1. Saya ingin kongsikan elemen sifat “sakit” yang ada dalam diri kita, namun kerap kali kita tidak sedar dan sering alpa dengan sikap ini.

2. ALLAH SWT berfirman: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Luqman 31:18)

3. Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang, antaranya ialah riak atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, sifat takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.

4. Kita lihat ramai cerdik pandai dalam kalangan kita dan pemimpin-peminpin yang berkuasa yang membawa dan mempamerkan sikap riak dan sombong. 

Mereka menjadi riak dan sombong kerana mempunyai kelebihan daripada orang lain, sama ada mempunyai kuasa sebagai penjawat awam atau memegang jawatan tertentu, mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang akhirat, mempunyai harta kekayaan, mempunyai kegagahan fizikal atau keturunan yang baik.

5. Kelebihan dianugerah Tuhan tidak mereka syukuri dengan perasaan syukur dan tawaduk tetapi membuat mereka menjadi riak dan sombong.

i. Takbur

Ialah berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.

ii. Ujub

Bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

iii. Riak

Ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

6. Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil.

Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

7. Baca Doa Ini Bila Dipuji, Elak Rasa Riak, Ujub Dan Takabbur

Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”

8. Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:

Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)

(Sumber tentang bacaan doa ketika dipuji ini ialah dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

9 Semoga ada manfaat dan kebaikan dari perkongsian kecil ini. Ini merupakan ingatan buat saya yang sering terlupa.

Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya.

10. Ilmu ini ialah ilmu Allah dan saya hanya sampaikan dengan harapan agar ada manfaat bersama untuk dikongsikan insyaAllah.

Tuesday, August 30, 2022

Eyeing Lin Sean Si's comments

(Disediakan oleh Lim Sian See, terjemahan drpd tulisan asal dlm BI)

Orang-orang penting kes SRC:

Dalang: Jho Low - Tidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.Orang yang memalsukan 20 tandatangan pindahan wang dari bank: Orang yang tidak dikenali, tidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Orang yang menguruskan akaun Najib: Nik Faisal.  Tidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Orang yang didakwa mengarahkan wang daripada Ihsan Perdana (akhirnya daripada SRC) untuk dimasukkan ke dalam akaun Najib: Datuk Azlin telah meninggal dunia, tentunya TIDAK memberi keterangan.

Orang yang mengesyorkan dan membentangkan kertas dalam kabinet untuk diberi jaminan kerajaan RM4b: Nor Mohd Yaacob tetapi kononnya dibayar RM85 juta oleh Jho Low: Tidak didakwa, disenaraikan sebagai saksi pendakwaan tetapi ditarik balik dan TIDAK memberi keterangan.  Bukti tidak dibenarkan untuk diterima masuk ke mahkamah.

Orang yang mengesyorkan Najib membuka akaun dan atas namanya sendiri dan memantau akaun Najib jika ada transaksi yang mencurigakan... tetapi keluarganya mengambil hampir RM700 juta daripada Jho Low: Tidak didakwa, disenaraikan sebagai saksi pendakwaan tetapi ditarik balik dan TIDAK memberi keterangan.  Bukti tidak dibenarkan untuk diterima masuk ke mahkamah.

Peguam yang menyediakan perjanjian dan dibayar oleh Jho Low: Tidak didakwa, tidak dapat dikesan dan TIDAK memberi keterangan.

Seluruh lembaga pengarah dan semua pengurusan SRC yang meluluskan pembayaran kepada Ihsan Perdana: Tidak didakwa, TIDAK memberi keterangan.

Jurubank yang melanggar kod perbankan dengan berurusan dengan kakitangan yang tidak diberi kuasa serta tidak menghantar penyata akaun kepada Najib: Bersaksi tetapi tidak didakwa.

Begitu banyak bukti dalam perbicaraan ini adalah khabar angin dan tidak boleh disahkan.

Tetapi bagaimana perbicaraan boleh diteruskan dan diadili oleh hakim yang langsung tidak punyai sebarang pengalaman dalam mahkamah jenayah.

Friday, August 19, 2022

Eyeing Zaid Ibrahim's explaination

 [8/19, 17:38] +60 12-390 3888: PRESS STATEMENT

BY DATUK ZAID IBRAHIM

I wish to make this press statement as there have been numerous queries from the media to me as to why my law firm, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) were discharged by Dato’ Sri Najib Razak as solicitors on record for his ongoing appeals in the SRC International matter before the Federal Court.

This morning, lead counsel, Hisyam Teh Poh Teik, informed the Federal Court that my law firm has been discharged.  

I confirm that this decision was made by Dato’ Sri Najib with my full support and agreement.

As I understand it, Dato’ Sri Najib’s decision was prompted by his belief that his lawyers cannot serve any useful purpose as lawyers for him anymore in the ongoing hearing relating to the appeals in the Federal Court.

Dato’ Sri Najib believes that the prevailing assumption of the judges is that the reorganisation of his legal team towards the end of last month was part of a tactical ploy and a ruse to stifle and stall proceedings so as to avoid or delay the final judgment and sentence to be passed on him or for political reasons.

As a politician myself, I can confirm that this unfortunate assumption is furthest from the truth.

As a lawyer, and who was asked to assist Dato’ Sri Najib in this matter, I have seen materials and the papers to state categorically that the fresh evidence that he was seeking to admit would have had a nuclear effect on the issue of Justice Nazlan Ghazali’s conflict of interest and apparent bias in being the Trial Judge and passing Judgment and sentence on Dato’ Sri Najib.

I regret that despite the best efforts of lead counsel, Hisyam Teh Poh Teik, and the lawyers in my team both from Kuala Lumpur and Singapore, we have not been able to dispel this sad misconception.

The fact that Dato’ Sri Najib may have just been seeking justice appears to have been uncharitably disregarded.

The decision for me and my Firm to accept this Brief rested primarily on our view that Dato’ Sri Najib’s case called for a new approach and fresh perspectives. It also required him to abandon unnecessarily vitriolic matters and personal attacks on Justice Nazlan who had presided over the trial.

Instead, we were intent on focusing strictly on the legal and factual issues surrounding the case, concentrating especially on the issues of bias and conflict of interests.

We believe from an objective analysis of the facts of the case that the evidence was overwhelmingly in Dato’ Sri Najib’s favour.

In order to ensure that the application to adduce fresh evidence was properly and strongly put forward before the Court, I consulted my friend and colleague in Singapore, Niru Pillai of Niru & Co LLC. I know that Niru can bring added value and would be a very good architect to bring completely different perspectives to any difficult cases. Niru put together a team in his Firm to assist ZIST. He also then reached out to take independent advice from leading counsel in criminal law and in the current situation facing the application to adduce the fresh evidence and the appeals.

Given Niru’s vast network of professional relationships in India with leading lights and doyens in the Indian legal profession, Niru sought out 2 very established leading Senior Advocates, Sidharth Luthra and Kavin Gulati.

Niru officially briefed them and the Indian Legal Team was put together with Rony John and Avi Tandon assisting.

In my view, this was a great team and I can confirm that Dato’ Sri Najib was extremely pleased with its work. 

We believed that the application was well founded and was very compelling. Unfortunately, the Court in its wisdom did not think so. The application was not allowed.

Even Dato’ Sri Najib’s request for a short adjournment to enable our legal team to properly get up the case, and for counsel to adequately prepare his submissions and arguments for what is clearly an extremely complex and high-profile case, was denied outright.

In the short four weeks since we were engaged, we have painstakingly perused the relevant appeal records, reviewed substantial affidavits, carried out extensive research on the law, prepared the final response affidavits and filed extensive written submissions. This was a monumental and herculean task on its own, given the short period within which we had to be ready because the Court refused to even adjourn the applications, let alone the appeals.

We had even prepared a fresh motion to seek a Review of the Federal Court’s decision to deny Dato’ Sri Najib’s application to adduce fresh evidence. This has not been filed.

We are more than satisfied that we have done our utmost best for Dato’ Sri Najib.  

It is beyond belief that the highest Court in the land would deny Dato’ Sri Najib the right to adduce relevant material and necessary evidence to ensure that the truth is established and justice is done. The application was to show how manifestly egregious was the conflict of interest on the part of Justice Nazlan. In my view, the Judge was clearly biased. He had no business being the Trial Judge in the SRC matter. It is clear to us that the setback which Dato’ Sri Najib has suffered is a grave injustice arising from a manifest error of law and certainly derailed all efforts to pursue his constitutional rights that he is entitled to.

We recognize and accept that Dato’ Sri Najib is at a critical point in the legal timeline of his SRC case, and with his personal liberty at stake, we accept graciously his decision to discharge us.  

We understand perfectly well that he must do what is best for himself.

I stand by my earlier statement that my Firm will never abandon Dato’ Sri Najib as our client, or any other client. That is neither our culture nor tradition. Nonetheless, the exigencies of the current exceptional circumstances and situation impel us to be mindful of the needs of the client. The client’s interest is paramount. I wish Dato’ Sri Najib the very best. I will always be there to help him in any situation, as a lawyer and a friend.

I have learnt many things over the last few weeks.  For instance, I did not know that lawyers in criminal cases must get permission from the courts to discharge themselves, which I believe is a startling new legal proposition.  Neither did I appreciate that inflexibility and rigidity were essential ingredients of justice.  I always thought the foremost ingredients of justice were fairness, reasonableness and compassion and that these took precedence over administrative efficiency.

On a personal note, I learnt who my real friends are.  Retired judge Mahadev Shanker ranks very highly among them, and I thank him for his kind words to me in recent times.

Not, though, are those who besmirched my character because my work has sometimes involved in taking up unpopular causes.  

Nonetheless, I will always remain to be determined not to be shaken off my core beliefs. I will always fight for justice, whether for the ordinary man or for the King. In doing so, I will also want to ensure that justice is not only done but also seen to be done.

No one can stop me from pursuing what I believe truly in my heart and mind. The law has been my passion and helping others has been my calling.

I intend to keep calm and carry on.

Datuk Zaid Ibrahim

19 August 2022


Eyeing Azrul Abu Hasan's view

Saya lihat ramai yang bergembira apabila DS Najib Razak makin hampir dipenjarakan oleh Mahkamah Malaysia.Mereka lupa tentang jasa-jasa DSN sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Mereka hanya ingat dan percaya yang beliau mencuri duit rakyat berjumlah berbillion ringgit dan ini dikuatkan lagi dengan imej-imej lavish yang ditunjukkan oleh isteri beliau. 

Mereka begitu bukan hanya kerana lumrah manusia itu yang alpa dan sukakan fitnah. Jika manusia itu tidak alpa dan sukakan fitnah, Allah SWT tidak akan mengingatkan manusia tentang hakikat diri mereka ini di dalam Al-Quran. 

Saya secara peribadi tidak mengenali DSN. Kami tidak pernah bersua dan bersembang dari hati ke hati berdua. Jadi, bukan mudah untuk saya hakimi diri beliau. Namun, saya tidak rasa DSN seorang yang ikut cara menyamun duit rakyat supaya dapat hidup senang lenang sebab beliau berasal daripada keluarga yang sudah lama kaya-raya yang memang mudah untuk dapatkan kemewahan dan wang ringgit. Jadi, tiada keperluan untuk beliau merompak duit rakyat lagi. 

Lain pula kebiasaannya bagi mereka yang asalnya hidup susah, anak seorang cikgu berketurunan Kerala contohnya. Duit dan kemewahan adalah sesuatu yang mereka dambakan dan tidak sesekali mereka mahu kembali ke zaman susah itu. Orang seperti ini jika kita mahu hukum mereka, rampas lah harta benda mereka. Barulah mereka tidak dapat tidur lena. Apabila rampasan harta dibuat oleh polis di rumah DSN, beliau tenang-tenang sahaja. 

Saya percaya yang 1MDB ini ditubuhkan salah satu sebabnya adalah mahu mengelakkan kebergantungan terhadap duit billionaire kapitalis yang mahu mengawal politik Malaysia secara hidden hands. Selain itu, 1MDB juga tertubuh untuk mengambil alih powerplants IPP yang dikuasai kroni Mahathir yang menyangkakan diri mereka mafia yang mengawal Malaysia. Sebab itu DSN betul-betul dibenci oleh tycoon-tycoon yang kononnya bekerja kuat untuk kaya padahal hanyalah menjilat anak Kerala untuk kekal berkuasa. 

Jadi, sebenarnya rakyat boleh pilih. Dalam politik lama anjuran Mahathir memang ada keperluan untuk ada dana berbillion ringgit supaya ahli-ahli parlimen boleh dibeli. Suntikan wang ke dalam akaun DSN yang kemudiannya dikembalikan adalah untuk memastikan pasca PRU13 tiada ahli parlimen yang lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan BN. Selepas dipastikan lompatan tidak berlaku, dana itu dipulangkan walaupun beberapa juta telah dibelanjakan. Soalan saya, adalah dana ini milik rakyat Malaysia? Di manakah yang dikatakan DSN rompak duit rakyat berbillion ringgit jika initial capital syarikat 1MDB hanya RM1 juta?

*Saya sendiri tidak setuju jika wang ringgit itu adalah ukuran untuk memenangi pilihanraya atau pemilihan.* Jika yang paling kaya lah yang layak menjadi pemimpin, Perdana Menteri atau Presiden parti, maka Robert Kuok boleh lah jadi YDPA, Vincent Tan boleh jadi Presiden MCA, Ananda Krishnan boleh jadi Presiden MIC dan Syed Mokhtar boleh jadi Presiden UMNO. Mark Zuckerberg atau Bill Gates atau Elon Musk pula boleh jadi President of America. Sebab itu saya tidak setuju Zafrul boleh jadi Pengerusi BN Selangor fast track hanya kerana beliau janjikan gula kepada BN Selangor padahal beliau adalah ahli bahagian Lembah Pantai sebelum ini. 

Jadi, percubaan DSN untuk membunuh kebergantungan terhadap kroni-kroni dan tycoon adalah sesuatu yang harus dipuji. Orang berniaga boleh menjalankan perniagaan tanpa perlu membayar rental fees kepada politicians secara paksa rela. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan UKSB dan ini hanyalah satu syarikat yang dipaksa-rela bayar yuran bulanan secara tunai kepada ahli-ahli politik. Nama-nama lain yang disebut dalam perbicaraan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana itulah amalan yang dianjurkan Tun Mahathir di mana nama beliau sendiri disebut pengarah syarikat UKSB sebagai ahli-ahli politik yang terima duit UKSB. 

Ketika zaman DSN juga rakyat miskin terus dibantu dan BKM yang anda dapat hari ini pun adalah asalnya BR1M yang beliau perkenalkan. Projek-projek infrastruktur seperti MRT, LRT, ECRL, HSR juga mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak Malaysia yang berkebolehan dan tidak ada seorang engineer membawa Grab di zaman beliau. Kepakaran mereka diperlukan dan digunakan seadanya. Mungkin akibat kesenangan ini sikap rakyat juga ada yang lupa diri dan tidak mahu dilihat sebagai warga Malaysia yang mendapat bantuan kerajaan, kononnya mereka berjaya atas usaha sendiri. Wahai rakyat, jadilah manusia yang mengenang budi. Inilah yang diajarkan di sekolah kan? Usah menjadi kacang yang melupakan kulit. 

DSN juga merupakan Perdana Menteri yang memperkenalkan pusat-pusat UTC untuk kemudahan awam, Klinik 1 Malaysia yang bayar token RM1 tak perlu berbelanja ratusan ringgit di klinik-klinik swasta yang berteraskan keuntungan, Kedai Rakyat 1 Malaysia yang mengawal harga barang tidak tinggi melambung seperti baru-baru ini, pelupusan konsesi tol dan pembinaan lebuhraya tanpa tol, diskaun sehingga 20% untuk bayaran balik PTPN, elaun-elaun nelayan dan pesawah dan banyak lagi. 

Yang membingungkan adalah kerana fitnah yang tidak dibendung dan perang persepsi yang gagal, segala jasa beliau telah dilupakan. Malah, rakyat boleh terpengaruh dengan permainan politik dendam padahal perkara-perkara yang melibatkan periuk nasi mereka sepatutnya lebih utama. 

Adakah sebenarnya mereka ini tidak layak untuk mendapat seorang pemimpin yang sayangi mereka? Adakah sebenarnya mereka tidak suka orang yang fikir tentang periuk nasi mereka memimpin mereka? Tidak logik. Sangat tidak logik. 

Kadangkala saya terfikir juga mungkin mereka layak untuk merasa kesusahan kerana nampaknya dalam 22 bulan zaman gelap zaman Pakatan, mereka masih tidak serik. 

Azrul Abu Hassan

Sunday, August 14, 2022

Eyeing Malaysian Justice by Romen Bose

 https://www.facebook.com/111513788055529/posts/pfbid0bYZmZtmP7uPG72xj1YX9CHDfnkJA1QpUNzR9egwnXSY9SGzM81L2Qrw62ZNARGPil/?sfnsn=mo

Is this really Justice?

I’ve had it.

I have been following the ongoing saga of Datuk Seri Najib’s SRC International trial and how it has been rushed over the last four years (fyi, Anwar’s Sodomy II trial took six and a half years) but I have not made any comments because of my belief in the independence and integrity of the Malaysian judiciary and in the honourable men and women who interpret and deliver judgements based on the laws of the land.

So, I was silent when the Court of Appeal dismissed new evidence allegedly showing that the husband of former Bank Negara Malaysia (BNM) Governor Zeti Akhtar Aziz, was allegedly in cahoots with Jho Low in the 1MDB scandal, a relationship the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) effectively confirmed in November 2021 when it said that as part of its recovery of 1MDB assets, Singaporean authorities had repatriated US$15.4 million to the Malaysian Government that had been seized from a company owned by Zeti’s husband. 

Given Singapore’s robust banking, investigative and legal systems, I don’t think they would have seized and repatriated funds if they did not have proof that it was related to funds siphoned from 1MDB. 

Mind you, Zeti’s reassurances was why Najib did not seem panicked when I spoke to him a day after the Wall Street Journal exposed the 1MDB scandal in 2015. As he told me then, he had been assured by Zeti that it was fine to open bank accounts in his own name and to have the US$643.41 million transferred in. Yet, despite giving Najib these assurances in 2012, Zeti then in 2018 publicly denied knowing anything about it. 

She said: "In fact, on 3 July 2015, I was called to the Prime Minister`s office. He made a request for me to issue a statement that he had done nothing wrong in his account. I informed him that I cannot issue such a statement because I did not have knowledge of transactions that had occurred in his account."


Funnily enough, I believe the MACC had investigated Zeti in 2018/2019 and had even submitted a report to the AGC (i.e. the guys who were already prosecuting Najib) showing that not only was Zeti fully aware of the monies flowing into Najib’s account but that her husband was allegedly hiding his and her children’s ill-gotten gains in Singapore. 


From this, I believe Zeti had lied about the various 1MDB-linked funds transfers. Whether it was from 1MDB, KWAP or SRC is academic. If she lied about this, then one has to call into question BNM’s involvement and awareness of the various other fund transfers.

The biggest question that I thought the judges would be asking was, “Why did Zeti not make Najib aware of any ‘suspicious’ transactions?” I would think US$643.41 million would qualify as a suspicious transaction. Could it be because she was fully aware of these transactions but kept quiet because she knew her husband was being paid handsomely by Jho Low? Or was it because, when the scandal broke, she realised the only way to save herself was to deny any knowledge of the transactions?

I would have thought that would have been enough doubt for the judges to see that Najib would have very likely been unaware of any impropriety in regard to the funds coming into his account (whether from SRC or not) as he relied on the promises of the then central bank governor (and other trusted advisors who we now know were also on Jho Low’s payroll) whose duty was to also warn him if anything improper had occurred, and who has now been shown to have lied about her knowledge and actions regarding the siphoned 1MDB-related funds.

I was also silent when the Federal Court said the Court of Appeal was correct in dismissing this new evidence. The Chief Justice laid down circumstances where further evidence could be adduced, namely that the evidence must not have been made available during the trial proper, that it is relevant and credible, and that it would have raised reasonable doubt in the minds of the jury or trial judge in arriving at the decision of a case.

Ok, I am not a lawyer, but isn’t an MACC report that effectively proves that the head of Malaysia’s financial regulator at the time of all these transactions (including that of the SRC funds) had lied about her involvement and knowledge of the transactions (and who knows what else?), constitute as relevant and credible? And would this not have raised a reasonable doubt in the mind of anyone as to whether there was a greater conspiracy linking the 1MDB and SRC charges against Najib?

And shouldn’t the judges also have asked themselves why the prosecution (whom I believe were made aware of the MACC report back in 2018/2019) did not the make the report public, but rather chose to quietly drop Zeti as a prosecution witness without giving any explanation?  

I was also silent when the Bar Council held a protest to condemn the MACC’s investigation into trial Judge Mohamad Nazlan Mohamad Ghazali, following allegations of an unexplained sum of 1 million ringgit in his bank account and the fact that Nazlan had failed to disclose his role, involvement, or knowledge in the setting up of SRC International although he had served as the general counsel and company secretary for the Maybank Group in 2006.

In a summary of his High Court judgement, Nazlan allegedly stated: “…the approval for the establishment of SRC by the accused (Najib) provided the true starting point for the involvement of the accused in the company.”

Now, anonymous whistle-blowers have sent Najib a cache of minutes of Maybank meetings and emails (if proven authentic) showing that Nazlan, not only served as the general counsel for Maybank but also allegedly attended meetings where the bank recommended the setting up of SRC in the first place. As such, Nazlan was privy to matters which went to the heart of Najib’s defence in the SRC trial. 

More interestingly, some of these documents also indicate the MACC, during its investigations of Nazlan earlier this year, had asked the judge about his involvement in the various Maybank meetings. 

In his affidavit last week to adduce the new evidence, Najib said that he has been “made to understand that when asked by the MACC officer of his knowledge/involvement …, Justice Nazlan initially denied having any knowledge …, but only after being confronted with email threads and documents by the MACC officers (did Nazlan admit) that he was indeed involved.”

So, now, not only is there strong evidence that the then governor of the central bank had lied about her involvement in the 1MDB linked funds transferred into Najib’s accounts, but that the High Court judge who had convicted Najib on seven charges of abuse of power and misappropriation of RM42 million funds belonging to SRC, had himself also allegedly been caught lying to investigators about his involvement in the setting up of SRC and deliberations on a RM4.17 billion loan to 1MDB.

In 2018, the Bar Council had demanded that the initial SRC trial judge Mohd Sofian Abd Razak recuse himself as he was the younger brother of Pahang state executive councillor and Benta Umno state assemblyperson Mohd Soffi Abdul Razak. Bar President George Varughese said then: “The rule of law demands that justice must not only be done but it must manifestly be seen to be done.”

However, when it was shown that, the current SRC trial judge was intimately involved in the setting up of SRC and appears to have lied to investigators, the Bar Council remains silent.

It is convenient to say that one was not aware of the situation at the time of the trial but now that you are aware of it, what action will you take? 

Shouldn’t you be demanding for a mistrial because the Bar Council believes that, “justice must not only be done but it must manifestly be seen to be done” in this instance as well? Or is there a double standard going on here? 

But it was the Federal Court’s decision last Friday not to allow Najib’s newly constituted legal team more time to go through the evidence and prepare for his case, despite just being handed all this new evidence to sift through and prepare, that really takes the cake.

Here you have potential evidence that the country’s top financial regulator lied about her knowledge, role and involvement in the 1MDB related funds that went into Najib’s account and you also have potential evidence that the trial judge who convicted Najib, was caught lying to investigators about his involvement in the very company that Najib is accused of stealing from. 

And none of these details were provided to Najib (even though I believe the prosecution would have likely seen the MACC report on Zeti) and it was only because of anonymous whistle-blowers who wanted to see justice prevail, that these documents have only now come to light. So far, no one has questioned or even impeached the authenticity or credibility of any of these documents.

And we refuse to give a few weeks more to Najib to prepare for proper submissions before you? 

I may not be a lawyer, but even I understand the concept of natural justice. this is not it.

 #najibrazak #NRC11 #finalreckoning #najibrazak #FREENAJIB #UMNO #UMNOSebuahPerjuangan #UmnoDuluKiniSelamanya #barisannasional #MCA #UMNOOnline #malaysiagazette

Saturday, July 23, 2022

Eyeing Najib’s rebuttal

Tun M masih nak salahkan saya bagi membalas kenyataan saya kata negara semakin berundur ke belakang berbanding negara jirang selepas PRU14.

Antara kenyataan yang dia keluarkan hari ini ialah projek-projek masa Najib terlalu mahal, tidak diperlukan dan negara sudah bankrap.

Secara khusus dia petik projek keretapi laju HSR Kuala Lumpur ke Singapura.

Dia kata HSR ini tidak diperlukan sebab jaraknya terlalu pendek.

Baiklah..

HSR pertama Indonesia ialah dari Jakarta ke Bandung yang dijangka siap pada tahun depan (2023) = jarak 142km.

HSR pertama Thailand ialah dari Bangkok ke Nakhon Ratchasima dan dijangka siap pada tahun 2026 = jarak 253 km

HSR pertama Malaysia dari Kuala Lumpur ke Singapura yang ditangguh oleh kerajaan PH dan dibatalkan kerajaan PN = jarak 350km.

Nasib baik Tun M bukan PM di Indonesia dan Thailand sebab tak adalah negara-negara jiran tersebut buat projek HSR sebab jaraknya lagi pendek berbanding HSR KL-Singapura.

Lagipun, Tun M macam tidak faham bahawa sektor KL-Singapura merupakan sektor penerbangan antara paling sibuk dalam dunia.

Permintaannya tinggi dan HSR KL-Singapura bakal menguntungkan.

Disamping memajukan pembangunan negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia yang dilalui landasan HSR, tren elektrik HSR ini akan mengurangkan pencemaran udara, menyediakan tambang yang lebih murah, menyenangkan Rakyat dan memajukan lagi sektor pelancongan memandangkan Singapura merupakan hab penerbangan antarabangsa yang dikujungi ramai pelancong antarabangsa.

Pembangunan Johor Baharu, Iskandar Puteri, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, Putrajaya dan Kuala Lumpur mendapat manfaat besar.

Maksudnya pulangan ekonomi dari projek ini adalah sangat besar. Melebihi RM500 bilion pada tahun-tahun mendatang.

Tapi malangnya Tun M tak faham benda macam ini. Dia lebih gemar buat kereta nasional ketiga dan projek kereta terbang.

Sebab itu, keretapi laju tidak diperlukan. Rakyat boleh terbang ke sini ke sana dengan memandu kereta terbang.

Lepas itu, Tun M pula berulang meratib negara sudah bankrap bawah Najib.

Entahlah pelabur mana yang mahu labur dalam negara sekiranya Perdana Menteri sendiri selalu ratib negara sudah bankrap.

Dah kata bankrap, masih mahu labur ke?

Entahlah bankrap ke mana masa itu sebab ketika kerajaan BN kalah PRU14, hutang negara sebanyak adalah sebanyak RM686.8b. Nisbah hutang kepada KDNK pada suku pertama 2018 adalah 48.7%.

Lalu hutang dinaikkan ke RM1.08 trilion selepas PRU14. Nisbah hutang turut naik ke 62%.

Petronas dijarah RM80 bilion manakala RM30 bilion aset bersih Khazanah lesap ketika PH memerintah.

Lalu Tun M pula yang pernah mengaku rizab kekayaan negara adalah sebanyak RM2 trilion.

"Feb 2020: Dr M: Govt to tap RM2 trillion 'war chest'"

https://www.nst.com.my/business/2020/02/569993/dr-m-govt-tap-rm2-trillion-war-chest


Ya. RM2 trilion. Dinaikkan RM1.2 trilion dari RM800 bilion dalam tempoh saya PM.


Jika Tun tak bersetuju, sila nyatakan berapakah kekayaan negara pada tahun 2008 sebelum saya jadi PM sekiranya kekayaan negara melebihi RM2 trilion pada tahun 2020?

Wednesday, June 29, 2022

Eyeing Najib's contention

 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0fjrpv6J7K6fsUtBjppByfGQjE9KQKaxhcVJW1fHrmS7dMqo3a4aZ4kTTgvXZFuT7l&id=100044428416531&sfnsn=mo


One of the key propaganda messages most used by PH and PN against me is that Malaysia's financial health and debt were getting worse when I was Prime Minister.


I still read many comments from their supporters expressing this.


Actually, the reverse is true and I want to set the record straight so that you are no longer deceived by PH.


When I was PM, the government deficit was reduced for 8 consecutive years (bottom chart) but became bigger again after GE14.


As a result, government debt increased from RM688.6 billion as at end 2017 before GE14 to RM1.05 trillion as of 1st quarter 2022 - a  staggering 46.5% increase in less than 4 years.


As a result, the debt to GDP ratio for Malaysia was also reduced every year and reached 48.7% as at Q1 2018 just before GE14 - way below the statutory limit of 55% that the BN government set for itself.


Post GE14, the debt to GDP ratio increased again under the PH and PN government.


The statutory debt limit was then raised twice to 60% and then to 65%.


Since GE14, the debt to GDP ratio has jumped from 48.7% to 62% as at end 2022.


Both the government deficit and debt to GDP ratio would have been higher if PH did not then excessively raid the RM176b cash reserves of Petronas left behind by the BN government compared to the RM30b cash when I started as PM.


Imagine that in the year 2019 alone, PH took RM54 billion from Petronas.


(Imagine this: They can just take RM54 billion in one year alone from Petronas and yet they tell you that Malaysia will go bankrupt due to 1MDB's RM32 billion debt which was only needed to be paid by year 2039? 


On the contrary, 1MDB's RM140b Bandar Malaysia and the RM40b TRX projects alone would have generated more than enough cashflow as it is gradually developed to pay for the RM32 billion and still generate tens of billions in profit for the government).


"March 2019: (Updated) Petronas to pay RM54 billion dividend to govt"

https://www.nst.com.my/business/2019/03/467229/updated-petronas-pay-rm54-billion-dividend-govt


Despite both the government deficit and debt to GDP ratio reducing for 8 consecutive years, the BN government was still able to build all sorts of large public infrastructure projects such as MRT, LRT1 and LRT2 extensions, the toll-free Central Spine Road highway, the toll-free Pan Borneo Highway, introduce various forms of aid including introducing BR1M at RM500 in 2012 which was then raised almost every year to RM2,000 by year 2018.


The share market doesn't lie. That is why the share market more than doubled during the 9 years I was PM and reached its highest ever level at 1896 points in April 2018 just before GE14.


And this is why people like Kit Siang would not dare debate me about such stuff as these are all facts and figures. Should they be confronted, they will be forced to admit they have been lying.


Write-ups and graphs are from here:

https://focusmalaysia.my/malaysia-to-see-wider-fiscal-deficit-in-2022-amid-heavy-subsidies-spending/

Tuesday, May 31, 2022

Eyeing Malaysia's PM on HALAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

“Aplikasi Konsep Halalan Toyyiban di Malaysia Sebagai Model Pembentukan Amalan Terbaik Industri Ekonomi Halal Global”

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnianya kita dapat berkumpul di Majlis Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi 2022 bertemakan ‘Ekonomi Halal’.

2. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana sudi menjemput saya memberikan syarahan ini.

3. Penghargaan juga kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) yang turut memberikan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi

4. Umum mengetahui Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra disapa dengan nama ‘Pak Lah’ oleh Keluarga Malaysia, merupakan antara tokoh yang terbilang dalam sejarah negara.

5. Justeru itu, syarahan ini amat besar maknanya kepada negara dan juga diri saya sendiri rentetan daripada sumbangan dan jasa beliau ketika mentadbir negara dari tahun 2003 hingga 2009. ‘Pak Lah’ ini juga turut dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

6. Pembangunan ekonomi halal di negara ini merupakan salah satu legasi utama Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah yang terus diberi perhatian utama oleh Kerajaan dan diperkasakan dari semasa ke semasa.

7. Selain potensi industri ini besar, ia juga merupakan satu kewajipan (fardhu kifayah) dalam kalangan kaum Muslim. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al- Mukmimun (ayat ke-51) bermaksud “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

Konsep Halalan Toyyiban

8. Kita tahu bahawa halal bermaksud ‘dibolehkan’ manakala toyyiban pula bermaksud ‘baik’ dan ‘bermanfaat’ bukan hanya aspek fizikal tetapi juga rohani. Konsep Halalan Toyyiban disokong oleh falsafah asas Maqasid Syariah yang melindungi kebajikan manusia daripada sebarang kemudaratan.

9. Selain itu, falsafah kepenggunaan konsep halal dan baik datangnya daripada makanan yg bersih, suci kaedah perolehannya serta bebas dari kemudharatan.

10. Prinsip halal ini tidak tertumpu kepada kandungan barangan tetapi juga keselamatan pengguna daripada segi kandungan, hubungan dengan alam sekitar dan etika dengan haiwan. Tidak menghairankan, makanan yang memenuhi prinsip halalan toyyiban menjadi pilihan utama kerana kualitinya diakui bersih, selamat dan bersifat universal.

11. Sesungguhnya, konsep halal ini tidak tertumpu kepada orang Islam semata-mata tetapi juga terpakai untuk masyarakat am kerana sesuatu yang baik menjadi keperluan setiap individu.

12. Jika dilihat dari sudut pandangan Islam pula, halal mendatangkan kesan positif dalam semua aspek, manakala daripada sektor ekonomi pula ia menyaksikan perkembangan pesat industri makanan halal di serata dunia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

Ekonomi Halal: Kombinasi Perspektif Agama dan Ekonomi

13. Industri Ekonomi Halal ini perlu dilihat daripada perspektif agama dan ekonomi. Bezanya Islam dengan agama lain terletak pada kaedah penyerahan diri yang dilakukan agama masing-masing sebagai bukti keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan.

14. Ini kerana dalam pembangunan Islam, setiap perkara dinilai dengan keadilan, mematuhi garis panduan syariat Islam, menjaga keharmonian masyarakat dan menegakkan amar ma’aruf nahi mungkar.

15. Dalam industri halal pula, masyarakat berhak mendapat sesuatu yang baik, suci lagi selamat berdasarkan garis panduan ditetapkan Islam demi menjaga kesejahteraan umat-Nya. Ini termasuk status halalnya makanan, sumber yang diperoleh serta kesan makanan tersebut kepada kesihatan.

16. Individu muslim tidak dibenarkan memakan atau menggunakan barangan tidak halal. Menurut hadith Rasulullah: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan haram itu juga jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhah (yang masih ragu) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkannya (perkara syubhah), maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka ia boleh terjatuh pada perkara haram.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

17. Prinsip halal bukan berkait dengan agama semata-mata, ia turut memberi pradigma baharu kepada isu lebih global seperti kelestarian ekonomi, kesedaran alam sekitar, keselamatan makanan dan kebajikan haiwan.

18. Dalam konsep ekonomi, teori pembangunan sosial turut memberi penekanan kepada penggabungan dasar ekonomi dan kebajikan sosial dalam memanfaatkan kesejahteraan masyarakat.

19. Pertumbuhan ekonomi membantu kerajaan menyediakan bantuan, manfaat, perkhidmatan dan program sosial yang terbaik kepada masyarakat, dan seterusnya membolehkan perancangan ekonomi lebih seimbang, adil dan membawa kemakmuran bersama.

20. Ekonomi Halal menggabungkan elemen keperluan agama dalam perniagaan dengan menekankan hubungan sesama manusia bersandarkan persaudaraan dan kesamaan manakala harta dan segala sumbernya di muka bumi pula dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Allah SWT.

21. Sehubungan itu, ekonomi halal perlu diangkat sebagai salah satu sistem yang berdaya saing dan penyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, pasaran produk halal juga patut berkembang sehingga ke negara-negara bukan Islam.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

Malaysia sebagai Pusat Rujukan Utama Ekonomi Halal

22. Industri produk halal di Malaysia ini mula diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II, 1996-2005, dan diikuti pula Dasar Pertanian Negara Ketiga, 1998-2010. Industri ini dibangunkan kerana Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan.

23. Kepentingan industri halal ini turut dititikberatkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2020, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

24. Pelan induk ini mempunyai teras strategik antara lainnya menjadikan Malaysia pusat serantau bagi produk dan perkhidmatan halal seperti produk farmaseutikal, peralatan perubatan, pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian.

25. Isu halal bukan sahaja dipandang daripada isu keagamaan, malah menjadi satu gaya hidup dan jaminan kualiti sesebuah negara.

26. Di Malaysia, tanggungjawab, peraturan dan pemasaran halal terletak di bawah kuasa badan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Halal Development Corporation (HDC), dan Majlis Agama Islam Negeri.

27. Sekali lagi suka saya nyatakan di sini, HDC yang dilancar pada September 2006 juga hasil daripada aspirasi Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah.

28. Agensi kerajaan ini menerajui pembangunan industri halal dengan turut menetapkan standard halal, proses audit untuk melindungi integriti halal serta menyelaras pembangunan industri halal Malaysia di sektor awam dan swasta.

29. Perkembangan ini menyaksikan Malaysia menjadi rujukan sebagai model halal hub global. Pembangunan ekosistem halal komprehensif menjadikannya sumber baharu pendapatan negara.

30. Kepakaran dan keilmuannya dalam pensijilan halal diiktiraf kuasa ekonomi dunia seperti China, Jepun, Australia, Korea Selatan dan beberapa buah negara Islam lain seperti Indonesia, Turki, UAE dan Bosnia.

31. Segala usaha yang dilakukan juga selaras dengan Program Pelan Induk Industri Halal (HIMP 1.0) (2008-2020), HIMP 2.0 (2019-2030) serta Program Pembangunan Strategik

Industri Halal yang bertujuan menjadikan negara sebagai pemimpin halal global dalam inovasi, pengeluaran dan perdagangan.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

Dana Endowmen Ekonomi Halal di UKM

32. Saya juga dimaklumkan kerjasama erat pihak Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) dan Hadhari Global Foundation dengan pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah membawa kepada kelahiran Dana Endowmen Ekonomi Halal yang turut dilancarkan pada hari ini.

33. Tujuan utama penubuhan dana endowmen ini adalah membangunkan kepemimpinan dalam penyelidikan dan pendidikan dalam bidang ekonomi halal. Ini meliputi bidang Sains dan Teknologi, dan Sains Kemanusiaan.

34. Saya menyambut baik penubuhan Dana Endowmen Ekonomi Halal ini dan berharap usaha ini dapat memperkasakan aktiviti akademik dan intelektual dalam bidang ekonomi halal agar Malaysia dapat menerajui agenda ekonomi halal di peringkat pengajian tinggi.

35. Pada masa sama, saya ingin melihat program pembangunan modal insan dalam bidang ekonomi halal di peringkat antarabangsa juga dapat dilaksanakan. Pihak Kementerian khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, JAKIM, HDC dan pihak industri diseru supaya dapat menyokong usaha murni ini.

36. Kerjasama dan usaha ini sejajar dengan wawasan negara untuk mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 2015-2030) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

Melangkah ke hadapan

37. Ekonomi Malaysia kini berdepan dengan ketidakpastian yang berlaku di peringkat global selain persaingan semakin sengit dalam ekonomi serantau (regional economics). Peranan dan sumbangan ekonomi Halal tempatan terhadap ekonomi negara masih boleh dipertingkatkan atau ditambah baik supaya menjadi lebih signifikan.

38. Berdasarkan laporan Global Islamic Economy Report (2016/2017 hingga 2020/2021), Malaysia menduduki peringkat pertama daripada segi skor petunjuk ekonomi Islam global. Bahkan, Malaysia menunjukkan prestasi teratas dalam sektor kewangan Islam.

39. Namun begitu, enam sektor lain, iaitu makanan halal, pelancongan, fesyen, kosmetik dan farmasetikal, dan media dan rekreasi masih ada ruang diperbaiki untuk meningkatkan skor dalam sektor tersebut.

40. Pada masa ini, ekonomi halal dilihat lebih mencakupi dan berkembang sekitar sektor kewangan dan makanan, sekali gus memperlihatkan kewajaran kepada kita bahawa aspek ini perlu diberikan perhatian dan diperbetulkan.

41. Kepesatan kewangan Islam antaranya dipacu oleh permintaan masyarakat terhadap sistem bebas riba, mempunyai unsur gharar dan masyir (spekulasi atau perjudian) selain adanya juga kawal selia dan model pengembangan sistem kewangan Islam yang tersedia di peringkat global.

42. Justeru, Pelan Induk Ekonomi Halal harus diupayakan dan diusahakan oleh pemegang taruh untuk memperkasakan ekonomi halal. Ini dilakukan dengan meningkatkan peranannya dalam pelbagai sektor ekonomi halal dalam pembangunan negara.

43. Pada masa ini, cadangan kawal selia sedia ada lebih terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti manakala JAKIM pula bagi kawal selia industri halal. Oleh itu, kawal selia lebih komprehensif boleh disatukan misalnya melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.

44. Saya menyeru saranan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Model Rujukan Utama dalam bidang Ekonomi Halal dapat direalisasikan.

45. Semoga apa yang diiltizamkan, dapat kita realisasikan bagi memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia melalui pemerkasaan dalam bidang ekonomi Halal.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah

Wasalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh