Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 15

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 15/2020


Kenapa berpolitik? Untuk mendapat sokongan dan pengaruh untuk berkuasa dan memberikan pulangan kepada matlamat dan tujuan organisasi politik yang berkenaan.

Parti atau gabungan parti parti yang menuntut kemerdekaan bertindak secara lain, sementara Parti atau gabungan Parti Parti yang berjaya memerdekakan negara memerlukan perancangan dan tindakan yang lain untuk mengisi kemerdekaan dan membangunkan negara.

Parti atau gabungan Parti Parti memerlukan perancangan dan strategi yang lain apabila mentadbir negara yang sudah membangun dan menjadi maju.

Didalam negara maju, apabila terdapat rakyat tidak maju akan menimbulkan keresahan dan konflik. Kearah negara maju wajib menengok kepada pembinaan insan. Dari mentaliti rakyat yang dijajah , kepada mentaliti memperbaikki diri dari segi tuntutan agama, taraf hidup, ilmu dan pendidikan, kebahagiaan dan ketenteraman serta keselamatan (mengisi perjuangan kemerdekaan).

Malaysia membangun dan maju didalam keadaan yang tempang, ada jurang diantara bandar dan luar bandar, ada jurang diantara yang kaya dan yang miskin. Ada jurang yang ketara diantara kaum. Walaupun program membasmi kemiskinan boleh dikatakan berjaya, program menstruktur masyarakat melalui "social engineering" mungkin telah di "hijack" untuk munafaatkan segelintir dari yang banyak.

Kemelesetan kemelesetan yang melanda ekonomi negara mempunyai kesan kepada kejayaan yang telah dicapai. Kemurungan ekonomi "post pandemic covid-19" akan menjejaskan lagi pekerjaan, pendapatan dan mutu kehidupan.

Apakah rupabentuk politik negara maju dan"post pandemic covid-19" ?. Parti atau gabungan Parti Parti yang macam manakah yang wajar diamanahkan untuk menerajui masa hadapan negara yang tercinta.

Pada pendapat peribadi saya, Parti atau gabungan Parti Parti yang hendak mendapat mandat untuk memerintah wajar "review dan revisit" matlamat dan tujuan mereka. Selain daripada perkara asas untuk mengamal dan melaksanakan Rukun Negara, membasmi kemiskinan dan kelaparan, menjaga alam sekitar, pembangunan ekonomi negara yang inklusif, kebahagiaan rakyat dan menghakis salah faham rakyat mengenai hak Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu dan keistimewaan keistimewaan "priviledges" Melayu & PriBumi. Pimpinan Parti wajib bersih dari cacat cela salah guna kuasa, rasuah dan jenayah. Pegang kepada amalan Rasul Allah (sidique, amanah, tabligh dan fatanah). Kepentingan rakyat lebih dari kepentingan keluarga dan kroni (hapus nepotism dan cronyism). Pilih salah satu, nak politik diperingkat berjawatan wajib korban untuk tidak melibatkan diri, keluarga dan waris berniaga. Govt. Insituisi, Ajensi, GLC, GLIC jangan bersaing dengan usahawan dan syarikat Bumiputera. Mereka wajib terokai aktibiti yang belum diceburi Bumiputera.

Konsep Malaysian Malaysia, perjuangan reformasi, kebebasan hak manusia ala barat, parti islam talibarut parti chauvinist perkauman China, parti melayu yang ditubuh semata mata untuk jatuhkan Najib & memberi pengaruh berkerajaan kepada DAP wajib di tolak. Malaysian Malaysia bercanggah dengan Perlembagaan, gerakkan reformasi adalah topeng untuk gulingkan Mahathir dan bebaskan Anwar, Anwar dah bebas dan diampunkan dan Mahathir telah dijatuhkan, PPBM (hitam & merah), PKR, DAP, PAN dan Warisan telah berjaya tumbangkan Najib dan BN dengan tipu helah, tohmahan dan fitnah serta hasutan. Setelah dua tahun tuduhan merompak & menyamun kekal tuduhan. Yang timbul pengubahan wang. Parti Parti ini telah mencapai matlamat dan tujuan mereka kecuali DAP. Tetapi mereka terus hendak memilikki kuasa untuk kepentingan kepentingan yang mereka saja yang tahu.

Selama 22 bulan Malaysia telah mengalami pemerintahan politik yang sedemikian di atas dan kegelisahan dan keresahan majoriti rakyat dapat dirasai.

Dengan peralihan pemerintahan apabila Pakatan Harapan "abdicate" dari mandat mereka, suasana berubah kepada satu keadaan yang lega dan selesa walaupun diancam oleh Covid-19.

Parti Parti Islam dan Melayu wajar berpakat dan dengan sokongan Parti Parti lain yang mempunyai fahaman yang sama untuk masa depan Malaysia, satu persetujuan wajib dimeterai untuk baki tempoh pemerintahan sessi Parlimen yang ada sekarang dan untuk persediaan PRU15. Saya menyokong saranan MPM tempohari.

Wallahu a'lam bi shawab.
Salam hurmat, NbM.

No comments: