Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Sunday, August 16, 2020

Eyeing PMN 14

 Sekadar berkongsi pemikiran saya 14/2020


Pembangunan Negara bergantung kepada faktor ekonomi dan bukan ekonomi.

Antara perkara ekonomi ialah Aset alih & Tidak alih, hasil mahsul (Pertanian, Pembuatan, Perdagangan, Perkhidmatan)
simpanan dan kegunaan modal, ekspot & impot, pendidikan & kemahiran & kepakaran serta pengajaran sepanjang hayat, guna tenaga & sumber manusia & modal insan, teknologi maklumat & bukan maklumat & Sains dan pengurusan yang siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Faktor bukan ekonomi yang agak terutama penting ialah politik atau sistem politik dan dasar pembangunan negara. Falsafah yang dituruti sama ada kapitalistik, sosialistik atau percampuran dan imbangan kedua duanya. Keadilan saperti termaktub didalam perlembagaan dan kesaksamaan yang telah dipersetujui. Kedaulatan undang undang. Ketenteraman & keselamatan serta keharmonian & kebahagiaan rakyat. Tiada rakyat yang lapar & miskin dan alam sekitar dipelihara.

Negara boleh membangun dan maju tetapi tidak semestinya warga negaranya turut maju. Kelemahan perlaksanaan Dasar akan mengakibatkan kepincangan ekonomi dan sosial. Jurang kekayaan boleh berlaku dan kesetabilan politik boleh terjejas. "A developed nation status without the peoples mental development, satisfaction and happiness will see a chaotic and restless future".

Kegawatan politik yang berlaku sekarang adalah kerana konflik kepentingan. Berebut kuasa untuk kepentingan apa dan siapa? Perolehan kuasa yang bukan ekonomi untuk menguasai ekonomi. Menyalahguna kuasa serta kedudukkan untuk kepentingan selain dari negara dan rakyat. Mengaut untung untuk kelompok dan bukan untuk pembahagian yang saksama kepada warga negara. Kepentingan diri dan keluarga lebih daripada kepentingan ramai (bukan maksud kepentingan keluarga tidak penting tetapi berpada pada).

Wajib ada pemisahan nyata supaya apabila memilih tampok kuasa, jawatan politik atau jawatan mentadbir - tidak boleh dibenarkan keluarga (dekat dan jauh) mendapat faedah kepentingan tanpa melalui peroses tender atau perolehan yang telus dan berintegriti. Orang meniaga yang pegang jawatan politik yang berkuasa wajib "blind trust" semua pegangan dan kepentingan perniagaan mereka. Jika hendak mentadbir wajib korbankan aktibiti perniagaan. Jika diri dan keluarga hendak berniaga jangan pegang jawatan politik yang mempunyai kuasa. Sebagai ahli politik biasa, penyokong parti politik tidak mengapa.

Masaalah boleh diselesaikan jika faktor ekonomi dan bukan ekonomi ditadbir urus dengan baik dan sempurna.

Salam hurmat, NbM.

No comments: