Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Wednesday, April 28, 2021

Eyeing the 1MDB debt issue

 Hari itu, kerajaan PN guna alasan hutang RM32b 1MDB membebankan untuk korek Tabung KWAN bernilai RM16.9b.


Saya jawab serta-merta dan tunjukkan bukti bahawa satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar balik sejak PRU14 walaupun dana sekurang-kurangnya RM33.4b sudah diselesaikan atau dipulangkan.


Masih ada lagi dana untuk diterima dalam proses penyelesaian.


Saya juga senaraikan aset-aset 1MDB yang masih ketinggalan seperti 40% kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan GDV RM140b, 100% kepentingan dalam projek TRX dan juga 8 pangkalan MINDEF yang telah dibina atau dinaiktaraf oleh 1MDB.


Maka saya tanya kerajaan, mana perginya dana RM33.4 bilion yang telah dikembalikan setakat ini?


Senarai dan bukti ada di sini:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157850876830952


Adakah dana yang dikembalikan tidak dapat ringankan beban?


Adakah rizab tunai Petronas yang dinaikkan masa saya PM dari RM30b ke RM176b untuk PH/PN jarah tidak ringankan beban?


Adakah nilai aset bersih Khazanah Nasional yang dinaikkan masa saya PM dari RM32b ke RM116b untuk PH/PN jual tidak legakan beban?


Adakah nilai aset dalam tabung KWAN yang dinaikkan masa saya PM dari RM4.3b ke RM16.9b yang PN sedang korek ini tidak kurangkan beban?


Adakah RM176b + RM116b +RM16.9b ini kurang dari hutang RM32b 1MDB?


Kenapa sehingga kini kerajaan PN tak mahu jawab?


Kenapa setelah kerajaan PN belanja RM600b seperti dikata PM8 dan naikkan hutang negara sebanyak RM200b, baru kerajaan PN mahu guna alasan hutang 1MDB RM32b itu membebankan walaupun dana diperolehi sudah cecah RM33.4b dan nilai aset 1MDB ketinggalan masih cecah RM100b?


Jika kerajaan PN tak gunakan propagandaa lapuk seperti sering digunakan Guan Eng sebagai alasan "terpaksa" korek Tabung KWAN, saya tak kacau.


Sebab kamu gunakan alasan itu maka saya berhak untuk bertanya: 


Ke mana perginya dana RM33.4b itu?


Adakah dana itu sudah digunakan sepenuhnya untuk tujuan lain?


Kenapa tak digunakan untuk bayar hutang 1MDB dengan sepenuhnya supaya kerajaan PN dan Jkom tidak boleh gunakan alasan negara bankrap sebab Najib dan 1MDB atau alasan hutang 1MDB membebankan?

No comments: