Malaysia's Tenth Prime Minister

Malaysia's Tenth Prime Minister
YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim

Wednesday, April 15, 2020

Eyeing Kamarul Yusoff's take tentang seseorang

TENTANG SESEORANG

1. Munafik. Dia berkali-kali jumpa Datuk Seri Zahid Hamidi. Takkan dia tak tahu kena terima UMNO en-bloc (secara keseluruhan)?

2. Dialah yang merancang segala-galanya. Sekarang dia menyalahkan Tan Sri Muhyiddin apabila perancangannya gagal.

3. Dia marah kepada Datuk Seri Azmin yang tak walk out dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari. Perancangan dia ialah PH pecah dan dia tidak lagi terikat dengan janjinya kepada Datuk Seri Anwar.

4. Dia memang harap UMNO dan PAS sokong dia untuk dia kekal sebagai PM hingga akhir penggal. Dia hanya berubah fikiran bila Majlis Presiden PH pada 21 Februari sebulat suara sokong dia untuk terus jadi PM. Pada masa itu dia tidak lagi perlukan PAS dan UMNO.

5. Dia cuma mahu kekal berkuasa. Dia tak fikir pasal Melayu pun. Dia boleh kata, “Buat apa nak tinggalkan PH, Gobind sokong saya, Guan Eng sokong saya”. Ini dalam pre-council sebelum mesyuarat MPT pada 23 Februari. Sedangkan sebelum itu dialah yang duk cakap, “Tak boleh percaya DAP”, “Tak boleh percaya Datuk Seri Anwar”, dll.

6. You can never trust this old fox.

No comments: